Monday, September 13, 2010

Penderitaan Dan Azab Orang Ulu Tembeling

Posting blog Urag Drrulug bertajuk "Menyabung Nyawa Di Pedalaman" memberi lapuran sebuah bot perahu panjang Tembeling telah karam dan terbalik semasa meredah Jeram Panjang mudik Sungai Tembeling 2 hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya. Berita ini begitu menyentuh hati WZWH

Memang Jeram Panjang tempat lokasi selalunya berlaku bot penumpang Ulu Tembeling selalu karam. Sejarah bot karam di Jeram Panjang adalah penderitaan orang Ulu Tembeling kerana sungai yang terpaksa puluhan jeram diredahi kerana tiada kemudahan jalan raya moden dari Kuala Tahan ke Kampung-kampung Ulu Tembeling.

WZWH mula-mula tahu berita malang ini bila menziarahi ayah saudara WZWH, Wan Hamidon bin Wan Ahmad di bandar Jerantut pada malam Hari Raya Pertama. Mangsa yang terlibat ialah ayah saudara sepupu WZWH, Wan Zahari dari Kampung Mat Daling. Isteri Wan Zahari ialah emak saudara benar WZWH, Wan Maziah binti Wan Ahmad.

WZWH diberitahu terdapat 21 orang kanak-kanak dan orang tua di dalam bot ketika kejadian. Ayah Zahari dikatakan mudik salah alur lalu terlanggar batu membuatkan bot melintangi Jeram Panjang. Dan tiada seorang luan (orang di depan bot sekali yang ada galah panjang meninjau dan mengenalpasti alur) maka Ayah Zahari tersilap alur. Terjahan air jeram lalu membuat bot karam dan terbalik.

Mengikut cerita beberapa orang penyelamat, mereka menjumpai 12 orang kanak-kanak bergayut di bawah atap zink. Lantas penyelamat menyelamatkan mereka. WZWH bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini.

Sejarah bot orang Ulu Tembeling karam di jeram-jeram sepanjang yang WZWH tahu tidak melibatkan kematian jiwa kecuali kemalangan bot karam di Jeram Ampai, Tembeling Tengah dan di Kuala Tembeling sahaja.

Masalah jeram ialah bila air surut ada banyak batu-batu timbul manakala bila air besar maka ombak besar dan alur pun berubah. Kalau air bah sangat besar mungin boleh berlaku olak jeram yang baru dengan ombak besar terutama di tempat yang ada banyak batu besar-besar. WZWH pernah mengalaminya sendiri ketika mudik masa air bah 1983 lalu terpaksa menempuh olak jeram baru dekat Kampung Pagi.

Bila bot karam maka amat malang kerana tuan punya bot kehilangan bot dan enjin bot. Harga enjin bot berkuasa kuda 40 ialah RM9000 ke atas. Harga bot perahu panjang Tembeling berharga antara RM10,000 hingga RM15,000. Jika ada duit simpanan, pengusaha bot boleh bila-bila beli enjin tetapi masalah hendak menempah bot baru kerana tukang-tukang bot perahu panjang sudah berkurangan, bekalan kayu cengal untuk buat bot sangat susah dan payah dan tiada kayu lagi. Tempahan bot perahu panjang Tembeling boleh ambil masa dari 6 bulan ke setahun lebih.

WZWH amat faham kekecewaan blogger Urag Drrulug kerana tiada kemudahan jalan raya moden ke Ulu Tembeling. Ini buat Urag Drrulug kritik dan menyalahkan pemimpin. WZWH harap Urag Drrulug bersabar. Projek jalan raya Ulu Tembeling telah bermula fasa pertama dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi sejal April 2010 lalu, seterusnya fasa ke dua dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat dan seterusnya fasa ke tiga dari Kampung Kuala Sat ke Kampung Mat Daling. Insyallah, WZWH percaya Projek Jalan Ulu Tembeling yang bernilai RM460 juta ini akan siap dengan sempurna dalam masa 7 tahun lagi.

Berikut WZWH petik dari blog Urag Drrulug...

MENYABUNG NYAWA DI PEDALAMAN

Gambar hiasan: Bapak Menteri serta pemimpin kita tentu tidak pernah
merasa keadaan sebegini dalam hidup mereka



Beberapa hari sebelum menyambut shawal, dalam suasana masing-masing menyiapkan diri menyambut Hari Raya Aidil Fitri, sama ada berkaitan dengan persiapan peralatan dan bahan-bahan makanan untuk sambutan berkenaan serta pulang ke kampong halaman satu tragedi buruk telah berlaku.

Sebuah bot yang sarat memuatkan penumpang dan barang-barang telah karam dan terbalik di Jeram Panjang berhampiran Kuala Tahan yang hampir mengorbankan beberapa nyawa.

Diberitakan bahawa seorang tua sudah hampir-hampir 'cengkelik' (lemas) di 'olak' Jeram Panjang, 'tengka' diantara Jeram Pangang dengan Jeram Dedari. Nasib baik beliau dapat diselamatkan oleh sebuah perahu lain yang lalu ditempat kejadian dimana mereka didalam bot berkenaan dapat 'menyambar' tangan mangsa yang sudah tidak dapat bertahan dan mengapongkan diri lagi.

Ni kena tanya Wan Zahari dari Kg. Mat Daling. Bot yang karam tu masih tertambat di 'kepala' Jeram Dedari. Injin nya hilang tenggelam. Nasib baik penumpangnya yang termasuk kanak-kanak dapat diselamatkan oleh Orang Asli yang tinggal berdekatan serta oleh Joe Basri, seorang pemandu pelancong di Taman Negara yang kebetulan berada ditempat kejadian ketika itu.

Bukan sekali ini Sungai Tembeling meragut nyawa orang kampong. Peristiwa bot karam berlaku bukan sahaja ketika air 'besar' tetapi berlaku juga dikala air 'surut'. Murahnya nyawa urag drrulug yok?

Penduduk kampong yang terpaksa bertarung nyawa selama ini berharap supaya kerajaan dapat segera mengotakan janjinya untuk membina jalan raya. Ada suara nakal berkata; jika perkampongan dihulu ini didiami oleh kaum cina, sudah tentu kerajaan telah membina jalan raya untuk mereka, malangnya yang tinggal disana adalah bangsa Melayu. Maka mudahlah kerajaan perbodohkan mereka dengan berbagai janji palsu.

Rakyat merasakan bahawa ketika ini bangsa Melayu dilayan bagaikan anak tiri sedangkan kaum cina ditatang bagaikan minyak yang penuh. Kerajaan nampaknya lebih sukan menyusukan kera dihutan tetapi membiarkan anak dirumah mati kelaparan.

Jangan biarkan rakyat di pedalaman terus menyabung nyawa demi kelangsungan hidup mereka, mereka juga berhak mendapat nikmat dan kekayaan negara kita yang merdeka ini. Jika pemimpin tidak mampu jalankan tugas, sila letak jawatan dan bagi peluang pada orang lain.

Oiiiih! Payoh amat kamiq duduk drrulug neh. Tarok lalu kemudahan macam urag de bandor. Nork ilir mudek pon susoh amat. Mase ayer taho kamiq kene tulok bot, mase ayer besor kamiq takot ke umbok besor, takok ke karaph bot kamiq. Sape ke hark buleh membile kamiq? Napork nyeq kena pakok kelain larh PRU natiq, hehehe

WZWH harap Urag Drrulug rasional dalam berfikir jangan cepat ikut hati dan emosi. WZWH akan pastikan ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan mengotakan janjinya dan memastikan Projek Jalan raya Ulu Tembeling berjalan mengikut jadual "projek management"nya. Ini prioriti utama WZWH.

5 comments:

Anonymous said...

Suruh la Najib naik bot dari Kuala Tembeling ke Mat Daling.Baru dia tau macam mana hidup jadi orang ulu.Yelah orang ulu lah kan.Mana layak nak bagi pembangunan.Bila nak pilihanraya nanti sibuk la balik dengan janji-janji manis.Lepas tu peduli apa beliau."Orang Ulu Tembeling kan IQ rendah,bukan dia ingat pun janji aku dulu.Nak buat jalan?Eh,buat apa?Membazir duit je.Baik kita rembat balak kat Ulu Tembeling.Diorang bukan perasan pun...1Malaysia !"kata Mr Najib

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 4:51,
DS Najib orang Pahang amat faham masalah dan keperluan mendesak penduduk Ulu Tembeling. Bersabarlah, kita kena ada kepercayaan kepada PM kita. Jika kita tidak percaya kepada PM orang kita sendiri bagaimana orang luar hendak yakin. Projek jalan Ulu Tembeling sudah selesai, sekarang proses implementasi. Projek ini ambil masa 7 tahun bila siap nanti. WZWH dan YB Dato' Wan Amizan akan pastikan projek ini siap mengikut jadual. Orang Ulu Tembeling masih ada harapan yang cerah dan terang. WZWH tidak akan menghampakan impian sedara-sedara di Ulu Tembeling. Ini ialah perjuangan misi utama politik pembangunan WZWH dan YB Dato' Wan Amizan. Ulu Tembeling masih ada pemimpin generasi muda yang akan membela nasib kaumnya. Insyallah, berkat doa orang tua-tua kita, kita akan berjaya.

YANG GAMBI said...

Salam bro, koi bersimpati dengan masyarakat Ulu Tembeling..... tetapi koi seronok sesekali dapat pergi ke sana melalui jalan sungai...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam bro,
Seronok memang seronok ikut sungai tapi sangat lambat. Masa itu emas, sepatutnya dari Kuala Tahan kalau ada jalan hanya 30 minit tapi ikut sungai 3-4 jam. Time is money.

chenerong ular said...

KITA SESEKALI PERGI MELANCUNG MEMANG SERONOK,BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL,BAYANGKN BERPULUH TAHUN MEREKA DAN SAYA DI WAKTU DAHULU MENANGGUNG KESENGSARAAN HINGGA WAKTU KINI,BAYANGKAN KESABARAN YANG ADA PADA MEREKA,MEREKA TEPAKSA TEMPUHI JUGA UNTUK MASA2 YANG MENDATANG,KERNA MEREKA TIADA PILIHAN DAN SAYANG KAN TANAH TUMPAH DARAH MEREKA, TAPI KESABARAN MANUSIA PASTI ADA HAD NYA...SAYA MEMANG ANGKAT TABIK PADA SAUDARAMARA SAYA DI SANA....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...