Nuffnang Ads

Pages

Thursday, September 30, 2010

Kemenangan UMNO Galas Perlu Buktikan Ramalan The Economist Salah

Lapuran terbaru The Economist telah menyingkap muslihat kemelot dalaman UMNO dan keazaman parti pemerintah untuk kekal berkuasa atas apa-apa kos merupakan ancaman besar kepada kestabilan Malaysia.

The Economist Intelligence Unit country report mencadangkan Pakatan Rakyat akan dapat keuntungan politik tetapi berkemungkinan besar tidak cukup kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan majoriti.

Kestabilan Malaysia sejak 50 tahun dulu bergantung kepada 3 faktor:
  • Kekukuhan kuasa Barisan Nasional
  • Kawalan kemas UMNO terhadap BN
  • Sokongan majoriti Melayu kepada UMNO
Laporan The Economist menyatakan 3 faktor di atas tidak lagi begitu seperti ditunjukkan prestasi lemah BN pada PRU 2008 dan kemenangan bersejarah Pakatan Rakyat di 5 negeri dan memenangi 82 kerusi parlimen.

Keputusan PRU 2008 menunjukkan ke tiga pengaruh telah lemah. 3 faktor ini tidak boleh lagi mempertahankan "framework" politik negara pada PRU 13 nanti.

Kemelut politik dalaman UMNO, keazaman UMNO untuk kekal berkuasa tidak kira apa kos merupakan ancaman kestabilan politik di Malaysia.

Kumpulan-kumpulan UMNO telah berjuang untuk menentukan hala tuju parti kebelakangan ini ekoran cubaan presiden parti DS Najib mengimplementasi pembaharuan mesra pasaran.

Najib menghadapi tentangan dari pihak konservatif UMNO yang menganggap pembaharuan adalah ancaman kepada hak istimewa Melayu.

Najib juga menghadapi kepayahan menjual Model Ekonomi Baru kepada komuniti Melayu keseluruhan yang tindakbalasnya secara suam dan menerima kritikan dari NGO Melayu Perkasa

Tun Mahathir menambah derita dengan tembakan snipernya dari belah yang sama.

The Economist Intelligent Unit report juga meramalkan BN akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam PRU 13 kerana UMNO tidak lagi boleh bergantung harap dan sokongan dari "better educated, liberal middle-class Malays" yang cenderung menyokong pembangkang.

Keputusan yang berkemungkinan besar PRU 13 nampaknya kekalahan lebih banyak kerusi BN bila undi pengundi-pengundi muda sederhana Melayu jemu kepada skandal politik dan usaha UMNO yang berlebihan mempromosi nilai Islam serta pengundi-pengundi Cina dan India tidak mahu kembali menyokong-tidak mahu memberi sokongan kepada BN.

WZWH setuju dengan pandangan Tun Mahathir bahawa kita kena cabar pemikiran Barat. Kalau boleh The Economist mahu UMNO dan BN angkat tangan menyerah kalah. The Economist mahu menjatuhkan moral penyokong-penyokong UMNO dan BN. Sebaliknya laporan The Economist Intelligent Unit report cuba menaikkan moral pembangkang.

UMNO dan BN perlu buktikan bahawa laporan The Economist ini salah bila UMNO boleh memenangi PRK Galas, sebarang PRK kalau ada lagi, PRU negeri Sarawak dan akhirnya PRU 13.

Dalam politik menang perang ialah menang pilihanraya. Apa-apa tidak guna cakap kalau UMNO kalah pilihanraya. UMNO mesti menang PRK Galas ini.

PRK Galas bukan PRK biasa. Ianya adalah "turning point" atau persimpangan samada Melayu masih mahukan UMNO lagi, menentukan samada rakan-rakan BN dan musuh pembangkang akan menghormati UMNO atau tidak.

Sebab itu keputusan Majlis Tertinggi UMNO menyerahkan tugas Pengarah Pilihanraya kepada Ku Li adalah tepat sekali. Gua Musang adalah lubuk Ku Li sejak tahun 1960an lagi. Ku Li adalah tokoh politik veteran dan terkanan, berpengalaman luas politik lebih-lebih lagi di Kelantan.

DS Najib dan Muhyiddin Yassin membuat keputusan politik yang bijak. 3.1 juta ahli UMNO amat berharap sentuhan maestro politik Ku Li menghasilkan satu kemenangan di PRK Galas yang bakal melonjak semangat juang, keyakinan, persepsi positif ahli-ahli UMNO dan penyokong-penyokong BN.

PRK Galas adalah permulaannya...kebangkitan bermula di parlimen Gua Musang. Sekali lagi Ku Li mencorakkan warna-warni politik UMNO. Ku Li masih lagi berperanan sebagai aset UMNO.

Sedikit info PRK Galas.


Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan peti undi majoriti Orang Asli, 2 kawasan peti undi majoriti Cina dan 5 kawasan peti undi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan peti undi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas YB Chek Hashim Selema mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland.

1 comment:

Anonymous said...

They don't know when something is dangerous or can't tell if that interesting remote control will get them into trouble Once those training priorities have been set, stick to themWhen our GOD will respect our Free Will, why aren't we humans respecting each other's Free Will? In many instances we have been raped of our Free Will by the many limitations which are inflicted upon us every day More than t-shirts or other types of MMA apparel, an MMA jersey is considered a personal item that incorporates the personality of a fan or competitor when he walks out in public
They gave up trying to educate us about these things years ago It has everything to do with consistency and setting limits2 As you empty your mind of old business and memory, new concepts and awareness will replace them and become your new truth

[url=http://www.officialfalconsnflshop.com/]Falcons Tony Gonzalez Jersey[/url]
[url=http://www.denverbroncosofficialstore.com/]Elvis Dumervil Broncos Jersey[/url]

Do you want to do it through music? Visual signs? Do you want them to guide you through humorous events? You decide Wearing your team Since no one was there to see the phenomena in question much less to repeat it, such statements are now only speculative, conjectural and akin to simple guesswork

[url=http://www.indianapoliscoltspros.com/]Andrew Luck Authentic Jersey[/url]