Nuffnang Ads

Pages

Thursday, September 2, 2010

Najib Jamin MEB Bukan Menggantikan DEB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Model Ekonomi Baru (MEB) bukan untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi mengenai liberalisasi yang progresif.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berhati-hati dengan apa yang dilakukan dan memikirkan kepentingan semua rakyat Malaysia termasuk Bumiputera.

“MEB bukan mengenai menggantikan sepenuhnya (DEB) tapi mengenai liberalisasi yang progresif.

“Jadi, kita amat berhati-hati dengan apa yang kita lakukan kerana akhirnya, kita perlu mempertimbangkan kepentingan semua rakyat Malaysia. Jadi, kepentingan bumiputera akan diambil kira,” katanya kepada pemberita selepas menerima sebuah buku mengandungi ucapan tahniah Hari Merdeka daripada para pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur, di sini.

Minggu lepas, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata dasar DEB yang pro Bumiputera masih perlu dan jangka masa 20 tahun masih tidak mencukupi bagi orang Melayu untuk bersaing dengan bangsa lain.

Beliau juga berkata gagasan 1 Malaysia merupakan satu konsep yang berdasarkan kepada perlembagaan negara ini.

“Jadi apa sahaja peruntukan berkaitan di dalam perlembagaan, Rukun Negara dan kontrak sosial, tapi ia dikatakan bahawa kita sentiasa berlaku adil dan kita sentiasa bertimbang rasa dalam dasar-dasar dan bagi kita untuk menjadi inklusif,” katanya.

Tun Mahathir meramalkan ketegangan dan perpecahan kaum akan berlaku jika DEB dihapuskan seperti revolusi komunis di Eropah. Masa tidak sesuai untuk memperkenalkan polisi yang tidak peduli kepada perbezaan kaum untuk lebih mengutamakan ekuiti dan merit

Mahathir berkata masa beliau menjadi PM dan menjalankan dasar DEB, Malaysia menikmati stabiliti dan pertumbuhan ekonomi yang baik.

Sekarang ini walaupun cakap-cakap mengenai "meritocracy" berleluasa namun hakikat sebenar negara telah berpecah lebih dari dulu. Rakyat Malaysia tidak kira kaum semakin rasis . Kumpulan yang menyokong "meritocracy" mahu penguasaan sesuatu kaum dalam semua bidang. Orang Melayu yang menyokong "meritocracy" meletakkan maruah di tempat yang salah.

Dalam perkembangan lain Nurul Izzah Anwar mencabar Ibrahim Ali berdebat tentang artikel 153 mengenai hak istimewa orang Melayu. Nurul Izzah Anwar mahu artikel 153 dihapuskan. Katanya orang Melayu selama 53 tahun tidak perlu itu semua. Dengan sinis Nurul Izzah bertanya," Adakah ini negara Malaysia atau Malaysaja! Ibrahim Ali membidas Nurul Izzah sebagai pengkhianat. Ibrahim Ali mahu berdebat dengan ayah Nurul Izzah iaitu Anwar Ibrahim.

3 comments:

Anonymous said...

nurul izzah.. statement ko tu dah menunjukkan kejahilan ko sebagai seorang pemimpin.. tak ada homework punya statement..

cuba bawak statement ni dalam pilihanraya Sarawak nanti, tengok macam mana nasib ko dalam arena politik Malaysia

Anonymous said...

anon 3.43,
nrul izzah keturunan keling.keturunan dia berasal dari negeri kalinga.kat rumah, bapak dia, pakai kain putih simpul-simpul selit celah perut sampai nampak lutut sambil makan tosai.semasa bapak dia jadi tpm dulu dia seorang yang liar dan kaki merokok.dia keling tentu anti melayu.orang india pun tak ngam dengan dia sebab dia keling.jadi nak hairan apa kalau dia anak beranak nak hapuskan hak istimewa orang melayu.sedangkan dia lupa kerana hak istimewa orang melayulah bapak dia kaya raya kumpul dan sedut duit rakyat simpan kat luar negara dan dijaga oleh si rahim ghous.beraap banyak borang pink yang bapak dia keluarkan untuk kayakan juak-juak dan kaum kerabat dia termasuklah kamaruzaman baria pencacai dia di jerantut.inilah wajah sebenar keluarga nurul izzah dab bapanya end war aljuburi.pengkhianatul malayu albumiputera.

WZWH said...

Salam Anon 9:24,
WZWH setuju Nurul Izzah keling sebab itu dia tak sensitif dengan artikel 153 hak orang Melayu.