Wednesday, September 8, 2010

Analisis DUN Damak PRU 12 Dan Penyelesaian.

WZWH telah bertukar-tukar pandangan dan fikiran dengan YBM Tengku Azlan, ahli parlimen Jerantut. WZWH amat bersetuju dengan pandangan Ku Lan bahawa DUN Damak perlu dan sudah sampai masanya diberi kepada UMNO.

Jerantut adalah kawasan parlimen majoriti Melayu. Dari 48,000 pengundi parlimen Jerantut, pengundi Cina hanya berjumlah 9000 orang membentuk 18% dari jumlah pengundi. Majoriti pengundi Cina menetap di DUN Damak.

Berikut keputusan PRU 12 DUN Damak;
Manakala Abang kepada Dr Hamzah (calon PAS parlimen Jerantut) iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN.

Mohd Nor Jaafar PKR 5165
Dato' Lau Lee BN 5674
Koh Boon Heng Bebas 3295.

Maka BN menang DUN Damak dengan majoriti tipis 509. Pengundi Melayu ramai memberi undi kepada calon PKR Melayu. Disamping mempertahankan juga calon MCA BN.

WZWH mahu tunjukkan dimana kelemahan MCA di DUN Damak. Kita lihat peti-peti undi yang majoriti negatif:
  • SK Tebing Tinggi = -99
  • Balairaya Tebing Tinggi = -146
  • SK Temin = -204
  • SK Jerantut saluran 2 = -46
  • SK Bandar Jerantut = -412
  • Balairaya Lata Kasah = -26
  • SK Damak = -81
  • SJKC Batu Balai = -90
  • SM Agama Ulu Cheka saluran 2 =-39

Juga terdapat 7 peti undi yang majoriti kurang dari 50 iaitu:
  • SK Gintong = 11
  • SK Jerantut = 0
  • SMK Padang Saujana saluran 1 dan 2 = 39
  • SK Kampung Baru = 2
  • Dewan JKKK Kampung Som = 2
  • SM Agama Ulu Cheka saluran 1 = 25

Jika BN letak calon UMNO bertanding di DUN Damak, WZWH dan YBM Ku Lan berpandangan bukan sahaja UMNO boleh menang dengan lebih majoriti di DUN Damak malah ianya juga boleh melonjak undi BN parlimen Jerantut. Sebab mudah pengundi Melayu bertindak seiring memangkah atas dan bawah parlimen dan DUN Damak.

WZWH mahu YBM Ku Lan menyampaikan mesej ini kepada PM dan MB. WZWH rasa semua AJK Bahagian UMNO Jerantut menyokong cadangan WZWH ini.

Jika MCA bertanding lagi di DUN Damak maka WZWH tidak yakin MCA dapat mempertahankan DUN Damak. Bukan saja DUN Damak nanti akan jatuh ke tangan PKR malah akan menjejaskan peluang BN menang parlimen Jerantut dan WZWH tidak mahu Pakatan Rakyat merayakan kemenangan mereka dalam PRU 13 nanti di Jerantut seperti gambaran di bawah:

En Zaharuddin Abdul Rahman calon potensi DUN Damak. Beliau AJK UMNO Bahagian Jerantut. Bertugas sebagai Pegawai Felcra Jerantut. Aktif dalam UMNO dan kegiatan masyarakat di DUN Damak. Beliau dilantik oleh YBM Ku Lan sebagai Penyelaras DUN Damak. Merupakan orang kuat dan harapan Ku Lan.

7 comments:

Anonymous said...

Sudahlah jgn memungkor,jadi2 buat pedooh mcm awk tu handal sgt, mlm tu aku ada, awk sempor muka duduk jauh diceruk takut nk jumpa Ku Lan. Ku Lan sebagai pemimpin jiwa besar panggil awk dtg dekat dia, awk cerita dalam blog ni kononnya Ku Lan minta maaf ngan awak. Ada 40 org mlm tu tahu awk memungkor, igt semua org bodo awak boleh tipu ke???

Tukar2 pandangan konon, duk dia pegang telur jer malam tu tak berbunyi, handal dalam blog jer la awak tu....

sudahla tak ke mananya awk tu, mati beragan jer la

Anonymous said...

eik, wzwh dah kenan sd pulok, pemungkor lak dia.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 1:03 dan 1.22,
Sewaktu Ku Lan dan WZWH bersalam-salaman ketika itu Ku Lan minta maaf pada WZWH dan WZWH sebaliknya. Apa yang buat Anon dua orang jadi begitu emosi. Apa yang patut, Anon berdua komen tentang isu yang WZWH cadang dalam posting blog ini. Itu yang relevan.

Anonymous said...

eh dia emosi kata org, pemungkor!

Anonymous said...

Ooo, patutlah nak dapat borang felcra kena bayar RM100, mampulah BN kalau ni calonnya. Ular sawa tu, tk lama lagi nak jadi naga, tgk saja perutnya...mcm perut wan amizan juga tentu kuat makan rasuah dan haram

Anonymous said...

iye ke nk borang felcra dia pau 100, ish3 teruk betul pemimpin agung ni, hok di angkat oleh diri dia sendiri.

COMFORM WAYAR PUTUS!

Anonymous said...

Salam,

PRU ke 13 semakin hampir & mencabar. Calon bukan pilihan tidak semestinya ditolak oleh pengundi. Penting diterima oleh akar umbi... Servicing... penting!!!. Bakal, penyokong, pendokong dan pencadang, tengok kiri kanan depan belakang atas bawah. Bukan tongek dan tengek...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...