Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, September 1, 2010

Ahli Parlimen Jerantut PRU 13 Ramalan PAS

WZWH telah melayari beberapa blog Jerantut pro PAS. Rupanya blog-blog pembangkang juga berminat membincangkan siapa calon parlimen Jerantut pada PRU 13 nanti.

Blog-blog PAS sepakat dalam mengumumkan calon PAS bertanding parlimen Jerantut. Apa yang menarik minat WZWH ialah blog-blog PAS juga "speculate" meramalkan siapa calon UMNO/BN yang akan bertanding nanti.

Pembangkang meramalkan dua calon UMNO akan dipilih oleh DS Najib dan MB DS Adnan. Kita ikuti pandangan satu blog PAS di Jerantut.

Ini dia penganti Ku Lan...

Dr. Hamzah bin Jaafar

atau


Dato' Wan Amizan Wan Razak

atau


Dato' Azizan Yaakob

PAS Jerantut hanya mencadangkan seorang calon sahaja iaitu Dr. Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut. PAS Jerantut meramalkan samada Dato' Wan Amizan Wan Razak atau Dato' Azizan Yaakob. Ternyata PAS Jerantut tidak memberi harapan dan mengenepikan beberapa orang tokoh UMNO seperti Dato' Dr. Shukri dan Tn Hj Kamaruzaman Baria. Mungkin PAS Jerantut merasakan Dato' Wan Amizan Wan Razak dan Dato' Azizan Yaakob wajar diberi perhatian.

Dato' Wan Amizan Wan Razak, 38 tahun Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, ADUN Tahan, Ketua Pemuda UMNO Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia (Sekretariat Luar Bandar). Tokoh yang mempunyai dua base sokongan politik dari DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar. Anak jati Tembeling dan anak peneroka Jengka 12. Tokoh yang diminati golongan muda dan tua Jerantut. Mempunyai jentera politik yang efisien dan efektif.

Dato' Azizan Yaakob 55, mantan ADUN Pulau Tawar, Timbalan Ketua UMNO bahagian Jerantut, EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Sekarang aktif dengan kegiatan NGO Jerantut. Anak Jati Ulu Cheka. Ramai juga penyokong Dato' Azizan Yaakob bersetuju kalau dia dicalunkan sebagai ahli Parlimen Jerantut. Tiada cacat celanya Dato' ini sekiranya BN meletakkannya bertanding bagi menentang calun dari Pas iaitu Dr Hamzah tapi sebelum itu mestilah laluannya dalam BN tidak disekat.

Dr Hamzah bin Jaafar, 44, graduan Al Azhar adalah Yang Dipertua PAS Jerantut. Beliau juga adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. Pesuruhjaya PAS Pahang adalah saudara dan sekampung dengan Dr Hamzah iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dari Kampung Batu Balai, Jerantut.

Dr Hamzah adalah calon Parlimen PAS Jerantut dalam PRU 11 dan 12. Berikut ialah prestasi Dr Hamzah:

Sejarah pilihanraya Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

Manakala Abang kepada Dr Hamzah iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN. Mohd Nor Jaafar PKR 5165, Dato' Lau Lee BN 5674 dan Koh Boon Heng Bebas 3295.

Pada WZWH strategi politik dua-beradik ini untuk "MENGKELANTANKAN"Parlimen Jerantut dan Dun Damak hampir berjaya.

Pada 12 Jun 2010 di Muktamar PAS Kota Bharu, Dr Hamzah mendesak kepimpinan PAS memikat pengundi Melayu yang membentuk asas parti disamping merapatkan PAS dengan pengundi Cina jangan lupa Melayu. Melayu patut jadi sasaran utama PAS.

"Kita tidak ada masalah dengan orang Cina dan India yang menjadi penyokong kita...Kita harap PAS memenangi semua kerusi Melayu dalam PRU 13 dan mengantikan UMNO", itulah cita-cita Dr Hamzah Jaafar. YB Husam Musa amat rapat dengan Dr Hamzah dan Husam Musa sangat suka kerana Dr Hamzah menyokong rancangan Husam Musa "ekonomist" PAS dengan dana RM200 juta untuk menyapu bersih 65 kerusi parlimen UMNO di Semenanjung Malaysia.

Dr Hamzah menjanjikan kemenangan mudah parlimen Jerantut ke tangan PAS yang menjadikan peransang kuat memotivasikan Husam Musa. Bertambah yakinlah Husam Musa dengan rancangan "PAS ke Putrajaya PRU 13".

Dr Hamzah mengkaji bahawa UMNO sabotaj usaha PAS dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dengan undi Felda. Ada 40 kerusi parlimen di kawasan Felda dan semuanya dimiliki UMNO.

Isu Felda bangkrap oleh Mazlan Aliman AJK PAS Pusat ialah satu usaha bersama idea Dr Hamzah dan Pakatan Rakyat melemahkan sokongan UMNO di kalangan peneroka.

Berjayakah nanti usaha Dr Hamzah "MENGKELANTANKAN" parlimen Jerantut pada PRU 13 nanti? Jawapan itu ada pada 23,000 ahli UMNO Jerantut, ada pada cucu-cicit Pawang Nong di Ulu Cheka, ada pada cucu-cicit Mat Kilau di Pulau Tawar, ada pada cucu cicit keturunan Bendahara di Tembeling dan ribuan peneroka di 16 kawasan Felda Jerantut yang masih mengenang budi Tun Razak dan anakandanya YAB DS Najib PM!

4 comments:

Anonymous said...

x de mende sgt nak di kenang pada razak dan anak nye najib tu...memang kewajipan pemerintah berkhidmat untuk rakyat...buat apa nak diungkit ungkit...buat apa nak tatang bagai minyak yg penuh pada pemimpin...pemimpin itu kuli rakyat dan wajib berbudi kpd rakyat tak kira lahir pemimpin dari parti apa mahupun parti komunis...sekarang masanya pemimpin mendengar rakyat bukan pemimpin yg mengarah rakyat...paham!!! samjey??? abko toda shey konu dunnia heyyyyyy!!!!!!!!!

Anonymous said...

anon 1.56,
langciau!!!!tiuniama!!!!tiuniasin banyak bising.bangsa yang bangsat ialah bangsa yang tiada jati diri.bangsa yang mudah melupakan jasa pemimpin.bangsa yang suka menghapuskan nama pemimpin dari catatan sejarah.apa punya bangsalah awak ni.jadi lebih baik lupakan jasa ibu dan bapak awak yang bersusah payah membesarkan awak kalau itulah prinsip awak.maaf,pantang saya kalau orang memperlekehkan tun razak.tak ada tun razak,tak ada tunku rahman tak onn jaafar dah tentu awak merempat sekarang ini di jajah cina lanciau.maaf kalau awak terguris,tapi saya perlu menyedarkan awak kerana jenis awaklah yang ramai sekarang di malaysia ini yang bakal menyerahkan tahta pemerintahan malaysia kepada kafir laknat dengan di sokong kuda tunggangan dap iaitu pas al fasikun.pas yang telah melacurkan sebahagian masjid dimlaysia yang mana pelanggannya ap dap.allahuakbar,matnyerweh dema ni!

WZWH said...

Salam Anon 10:03,
WZWH setuju orang yang tidak terima kasih dengan Tun Razak tidak sedarkan diri dan PAS pelacur politik DAP.

bumi samarata said...

Tun Razak adalah negarawan yang tidak ada tolok bandingnya. Babi saja yang tidak mengenang jasanya.

2. Tapi orang melayu rasa sedih bila anak dia Nazir CEO CIMB berucap depan cina menepuk dada yang dia pendatang sama dengan cina juga.

Nazir ini wayar putus juga. Dia ingat dia anak Tun Razak dia boleh cakap ikut dan. Itulah masalahnya orang melayu bila kaya tak ada dah rasa nak jaga perasaan kaum sakai proto-malay yang hidup ribuan tahun ditanah melayu ini.

Jadi kalau melayu -umno tak menang dah pru 13 jangan salahkan orang lain. rosak badan kerana mulut. Mulut sapa? mulut anak Tun Razak.