Monday, September 20, 2010

Collateral Pembangunan Lembah Tembeling

Lembah Tembeling terletak di Daerah Jerantut. Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. 14 kawasan FELDA dan Kampung Tradisional adalah termasuk.

Keluasan daerah mengikut mukim, bilangan JKKK dan bilangan penduduk adalah seperti berikut:-

MUKIM

LUAS

(HEKTAR)

JUMLAH

JKKK

BANCIAN

1996

Burau

12,170.20

3

3,611

Kelola

5,698.09

2

320

Kuala Tembeling

17,353.29

6

2,902

Pedah

24,605.42

9

25,010

Pulau Tawar

84,435.45

13

24,063

Tebing Tinggi

10,878.18

6

3,121

Teh

9,583.16

6

6,711

Tembeling

135,718.33

7

6,411

Hulu Cheka

38,332.65

7

8,846

Hulu Tembeling

416,997.16

5

2,704

Jumlah

755,771.93

64

83,699
















Jumlah pengundi parlimen Jerantut ialah 48,000 . Terdapat 3 DUN iaitu DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak. Pada PRU 12, BN menyapu bersih parlimen dan 3 DUN tersebut.
WZWH dalam posting ini mahu bicara "collateral" pembangunan Lembah Tembeling. Lembah Tembeling terbahagi kepada 3 lokasi:
  • Hulu Tembeling
  • Tembeling Tengah
  • Kuala Tembeling
Keluasan Lembah Tembeling ialah 570,068.78 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut. Mempunyai 18 JKKK dan penduduk seramai 12,017 orang (bancian 1996). Kalau dari keluasan tanah Lembah Tembeling sangat dominan di Daerah Jerantut, WZWH merasakan sewajarnya Daerah Jerantut patut ditukar nama kepada Daerah Tembeling.

Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.

Kepada ahli ekonomi dan ahli politik urban bandar selalu mereka mengatakan pembangunan Lembah Tembeling tidak ekonomik, membazir wang negara, untuk apa penduduk cuma 12,017 orang. Dalam kes Projek Jalan Ulu Tembeling yang bernilai RM460 juta hanya untuk memenuhi kehendak penduduk Ulu Tembeling yang hanya berjumlah 2704 orang sahaja.

Adakah Projek Jalan Ulu Tembeling ini berbaloi di kaca mata PM, perancang ekonomi negara dan pelabur? Jika hujah dan fakta ini dibentang kepada penduduk Ulu Tembeling adakah bersedia untuk kadar ke diri?

WZWH boleh berhujah bahawa kita perlu jalan Ulu Tembeling kerana kita mahu jalan Ulu Tembeling ini boleh disambung ke Terengganu. Kita mahu memajukan ekonomi dan rangkaian perhubungan di sebelah utara sempadan Pahang Terengganu. Bagaimana mahu menyakinkan pembuat keputusan untuk menyokong kehendak penduduk Lembah Tembeling?
Apa "collateral" iaitu jaminan dan cagaran untuk kerajaan melaksanakan projek-projek tersebut mengikut jadualnya dan dengan jawapan bahawa kerajaan ada peruntukannya. Bagaimana mahu buat kerajaan komited dan bersungguh berbelanja peruntukan yang besar ini :
  • Projek Jalan Ulu Tembeling RM460 juta
  • Projek Jalan Ulu Tembeling - Terengganu RM450 juta
Maka "collateral" atau jaminan dan cagaran untuk buat kerajaan bersedia melaksanakan projek tersebut dengan secepat mungkin ialah kita mesti mempengaruhi kerajaan dengan "offer" Lembah Tembeling yang boleh buat kerajaan teruja dan terpaksa melabur lebih banyak peruntukan lagi kerana "benefit dan return" kepada negara amat baik dari segi jangka panjang selain meyelesaikan isu kritikal keperluan negara .

Inilah "collateral"nya yang WZWH cadangkan:
  • Projek Hidroelektrik Sungai Tekai Lembah Tembeling 300MW RM2.7 bilion.
  • Projek Loji Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling 1000MW RM3.6 bilion
DS Najib sebagai seorang PM yang progresif sudah tentu memahami keperluan tenaga pemangkin industri teknologi tinggi negara untuk bersaing secara kompetitif dengan negara serantau. Berkembangnya sektor industri teknologi tinggi akan membantu industri SMI yang melahirkan usahawan dan mencipta banyak peluang pekerjaan.

Sesuai dengan kehendak DS Najib bahawa;
"The Najib administration has identified 131 entry point projects (EPPs) which it believes could bring in the much-needed US$444 billion (RM1.4 trillion) worth of investments to realise its Economic Transformation Plan (ETP) and turn Malaysia into a high-income nation by 2020.

The EPPs are due to be unveiled at the performance management and delivery unit's (Pemandu) open house tomorrow where its CEO and Minister in the Prime Minister's Department (in charge of the ETPs), Idris Jala, will be doing a presentation on the outcome of the 12 National Key Economic Areas (NKEA) labs held to find ways to revitalise the flagging economy.

It is understood that five of the 12 NKEA labs have been given closer attention. They are the business services sector, oil and gas, financial services, education and development for the "Greater KL" project.

Twelve EPPs have been identified for the oil and gas sector, with the focus on making Malaysia the leading hub for oil field services and
investing in alternative energy capacities including civil nuclear programmes."

WZWH ulangi sesuai dengan kehendak DS Najib mahu melabur dalam tenaga alternatif seperti program loji janakuasa nuklear. Inilah "collateral" pembangunan Lembah Tembeling- Projek Loji Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling.

9 comments:

Anonymous said...

Priority untuk Hulu Tembeling sekarang ialah jalan Kuala Tahan - Ulu Tembeling - Terengganu.Itu fundamental ekonomi Di Hulu Tembeling.Projek2 macam Hidroelektrik Tekai dan Loji Nuklear Lembah Tembeling tinggalkan dulu.Sebab terlalu banyak hype tentang jalan ni dan "keuluan" Hulu Tembeling ni,apa kata saudara dedahkan siapakah kontraktor utama projek jalan paling famous di Jerantut ni?Boleh la jugak kami rakyat yang BODOH-TOLOL-HARI2KENATIPU-TAPIMASIHCOOL ini tahu serba sedikit.Yelah mana lah tahu kan,kontraktor tu buat jalan ala kadar ke,lubang sana sini,buat jalan macam nak tak nak je, tapi still dapat duit banyak poket tebal sampai koyak tak muat,bolehlah kami rakyat2 daerah Jerantut dan Ulu Tembeling khasnya berjumpa dengan mereka yang terhormat ini.Lagi satu apa kata,saudara sendiri pergi survey projek ni,upload gambar2 projek di blog saudara SETIAP MINGGU.Baru lah kami yang bebal ni tahu sampai mana progress projek ni.Bila dah siap jalan ni barulah boleh buat projek dam dan nuclear plant tu.Haa lagi satu,boleh tak jangan buat jambatan di Kuala Tahan pergi Taman Negara?Naik bot sudah!Nanti hilang pulak balak kat Taman Negara.Orang luar sapu balak hari-hari jadi kaya tak hingat dunia tapi orang sendiri makan nasi dengan biji getah sekali sehari.SADIS.Inikah yang dikatan 1Malaysia?Damn.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 8:35,
Terima kasih memberi pandangan. Mengenai Projek Hidroelektrik dan loji nuklear perlu dibuat dengan segera adalah pandangan peribadi WZWH untuk lebih cepat memajukan Lembah Tembeling. DS Najib pun bersetuju pada dasarnya menyokong projek tenaga alternatif ini.

Kontraktor yang dipilih adalah kontraktor profesional, berpengalaman buat jalan. Sudah tentu kualiti jalan dijaga kerana projek Jalan Ulu Tembeling ada 3 pakej. Kalau tidak buat sempurna nanti JKR disqualified lansung tak dapat buat pakej seterusnya.

Anon jangan bimbang, WZWH sentiasa memantau perkembangan projek ini. Cakap WZWH laku lagi setakat ini.

Anon jangan silap faham jambatan Kuala Tahan yang nak dibuat tu bukan macam jambatan kuala Krau bernilai RM60 juta. Semua orang ingat jambatan Kuala Tahan besar. Jambatan ini untuk pejalan kaki saja. Kosnya hanya RM16 juta sahaja berjaya dibawa oleh YB Dato' Wan Amizan. Ianya boleh jadi landmark Kuala Tahan. Pelancung senang berulang alik ke seberang. Ini satu cara hendak bersihkan pemandangan tepi sungai yang penuh dengan kedai-kedai rakit yang sepatutnya dipindahkan ke darat. Jika air besar, pelancung boleh melihat air Sungai Tembeling yang deras. Hutan Taman Negara tetap terpelihara dilindungi undang-undang.

Anonymous said...

salam,
anon 8.35,tahu tak kenapa pembangunan lambat sampai ke lembah tembeling?sebab ramai orang yang bermentaliti seperti awak.suka berburuk sangka dan tidak optimis.biarkan mereka yang sibuk mengaut harta sebab mereka sendiri yang akan menanggung akibat jika haram perbuatan mereka.yang penting kemajuan dapat dibawa ke lembah tembeling.orang seperti saudara ramai diulu tembeling seperti urg di bulu dan yang sama waktu dengannya yang sentiasa memperlecehkan pemikiran dan idea orang lain.khalil yaakub dah lama tahu perangai ini sebab itulah projek jalan ulu tembeling di bawa ke tanjung lumpur.kesian orang ulu tembeling sebab ramai sangat yang BODOH TOLOL macam anon 8.35 dan urg dibrudu.

Anonymous said...

Pembangunan lambat sampai kat Tembeling bukan sebab mentaliti orang Tembeling tapi sebab ada pemimpin tapi TAK BERGUNA.Ada faham?Bukan memperlecehkan idea suadara tapi tunjukkan lah bukti.BUKTI maa.We want proof.Jangan lah sembang je lebat,kerja tak jalan.Orang muak + sakit hati.Malaysia ni kan negara yang yang sedang menuju negara"maju" dan "berpendapatan tinggi",kata Mr Najib.KLIA,Putrajaya,Sepang Circuit,KLCC,panjat Everest,hantar Encik Muzaffar Shukor melancong ke angkasa habis berbillion,bangga katanya.Tak lama lagi nak buat Bullet Train KL-Singapore,KL MRT,Greater KL.Lagi duit rakyat habis.Pembangunan infrastruktur je lah yang hebat di Malaysia ni(hebat2 pun yang anehnya jalan Ulu Tembeling baru terkial-kial cangkul tanah nak buat jalan selepas 53 tahun negara ini merdeka.WOW)tapi rakyat apa dapat?gaji ada naik?barang semua nak naik.Hidup makin susah.Tak lama lagi kerajaan nak start buat GST yer?Lagilah hebat azab kami orang miskin tak macam encik.Mewah.Jadi kami luahkanlah perasaan tak puas hati seperti Anon first tadi (saya) agar encik2 pemimpin boleh faham.Ada encik peduli?Semua pandai cakap je.Sembang lebat,janji manis,pijak semut tak mati.Sekian.Thank you very much

Anonymous said...

SALAM,
Bagus anon 12.14,sudahada kemajuan berfikir tidak seprti komen yang mula-mula tadi.insya allah,kita sudah ada pemimpin local anak jati tembeling.selama ini hampir 6 penggal kita dijajah adun dari luar yang tidak menjiwa derita orang tembeling.pegang jawatan masih lagi baru.kita perlu beri ruang dan peluang kepada beliau untuk berkhidmat.berilah sokongan dan semangat kepada beliau.biarlah orang luar dun kita mengutuk dan menghina beliau kereana mereka memang tidak suka melihat tembeling maju dan kepingin merebut kerusi dun tembeling saja.ingatlah kota rom tidak dibina dalam masa sehari.matnyerweh!

Anonymous said...

bahagialah warga jerantut dengan kehadiran nuklear plant. kah kah kah

orang jerantut..hhehe nasib korang ler..

kah ka hkah

Anonymous said...

Moron of the year!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 1:04 dan Anon 3:34,
Sila nyatakan dan jelaskan hujah anda jika tidak bersetuju dengan idea WZWH. Apa yang Anon tahu tentang teknologi terbaru tenaga nuklear. Kenapa DS Najib mahu bina nuclear power plant dalam EPP Program Transformasi Ekonomi? Anon-anon tahu?

Anonymous said...

salam,
anon 1.04 dan anon 3.34 adalah jelmaan abu jahal dan abu lahab.fikiran mereka masih tertutup dan jumud.ketika dunia mencari-cari alternatif terhadap minyak yang semakin berkurangan maka nuklear adalah pilihan terbaik untuk menutupi masalah tersebut.ketika dunia berebut-rebut memajukan teknologi nuklear anon dua ekor ini berebut-rebut mencari cawan tembaga yang disimpan oleh dr shukri,malang sekali.mungkin mereka produk sekolah tunas bakti yang tak berpeluang mengikut aliran sains disekolah arus perdana.seperti abu jahal dan abu lahab yang tidak mahu menerima yang baru tapi mengajak sekali orang lain mengikut mereka.wzwh teruskan perjuangan kamu kerana najib sendiri berminat dengan teklogi canggih dan menguntungkan ini.tentang abu lahab tu jangan bimbang kerana kita ada surah tabbatyadaabilahabin watab!matnyerweh!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...