Thursday, September 2, 2010

WZWH Bangkitkan Semangat Kesedaran Politik Jerantut Yang Bebas Dan Merdeka

Blog Sangkakala secara nakal telah menjolok WZWH sebagai calon parlimen Jerantut. Berikut sedutan blog Sangkakala...

"Wan Zamzuri Wan Hasenan dalam blognya wzwh mengesyorkan kepada PM dan MB Pahang supaya mengadakan 'drastic cleansing' calon-calon pilihan raya khusus bagi kawasan Jerantut segera.

Beliau mencadangkan supaya YBM Tengku Azlan, Dato' Dr.Shukri dan Dato Wan Amizan 'digantung kasut bola' kerana dikatakan menjadi pemain yang pasukan yang sentiasa kalah, tiada semangat dan memalukan.

Beberapa hari sebelum ini beliau menulis dalam blog supaya Dr.Shukri dicalonkan di Parlimen, Wan Amizan kekal di DUN Tahan dan Norhelan Mahmud ketua wanita di DUN Pulau Tawar. DUN Damak beliau tidak campur. Didalam posting yang lain beliau mencadangkan Azizan Yaakob bertanding diDUN Damak jika dikembalikan kepada UMNO. Postingnya kali ini calon recycle tidak payah dilayan terus.
Pada kali ini beliau mengesyorkan agar drastic cleansing calon malaikat yang digariskannya lapan ciri utama iaitu bersih, berintergriti, berkepimpimpinan, berpendidikan sekular dan agama, tiada skandal, tiada hutang melampau, muda serta minat dan bersemangat.

Setelah menganalisa dengan rakan-rakan siapa yang dimaksudkan? ramai yang mengatakan bahawa calon malaikat yang dimaksudkan itu adalah diri WZWH sendiri!. kerana kebelakangan ini beliau cukup aktif menganalisa calon-calon yang perlu diketengahkan dalam pru 13. Orang itu layak, orang itu tidak layak, sianu banyak masalah, siani banyak isu dan berbagai lagi. Setelah dirinya membuat analisa dia berjumpa dengan dirinya sendiri yang paling layak!.

Terpulanglah pada pandangan orang jerantut adakah beliau layak atau tidak. Sila kemukakan pendapat anda disini".

Terdapat 18 komen respon dari pembaca blog Sangkakala. 16 komen menentang dengan menyerang WZWH secara peribadi manakala 2 komen menyokong.

WZWH paparkan 2 komen tersebut...

ObO berkata...

Salam,
kenapa kita berfikiran singkat dan tidak dapat menerima kelainan? Saya berpendapat WZWH adalah wajar dicalonkan dan sudah tentu lebih baik dari calon-calon ternama yang sedia ada sekarang ini yang naik atas usaha politik wang. WZWH saya rasa masih bersih dan muda serta berpotensi dan berkaliber, berilmu juga menuntut diluar negara, kenapa tidak? Tentu lebih baik dari Dato' Azizan yang sudah tenggelam dulu..

Tanpa Nama berkata...

Kas minat betul dengan WZWH. Betullah ramai orang cakap WZWH ni pemimpin masa depan Jerantut dengan idea-idea pembangunannya. WZWH ni memang betul ahli politik Jerantut. Bila WZWH bertindak...politik Jerantut jadi kucai dan havoc. Semua orang bersedia keluar keris sekarang. Itu baru sikit WZWH tunjuk skil politik dia. Yang kas paling suka WZWH telah berjaya membangkit semangat kesedaran politik Jerantut yang bebas dan merdeka. Kebangkitan politik orang Jerantut yang akan menentukan masa depan Jerantut.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...