Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, September 14, 2010

Jasa KDYMM Sultan Pahang Membangunkan Ulu Tembeling

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al- Muadzam Shah , Sultan Pemerintah Pahang dan jajahan takluknya banyak berperanan dan berjasa membangunkan Ulu Tembeling.

Ulu Tembeling adalah kawasan paling pedalaman, termundur dan termiskin di negeri Pahang sejak zaman kolonial British lagi. Kita harus akui adalah sesuatu tugas yang sangat sukar dan memerlukan peruntukan perbelanjaan kewangan yang sangat besar untuk membangunkan Ulu Tembeling.

Kerajaan kolonial British dan Kerajaan Perseketuan Tanah Melayu kemudian Malaysia (Persekutuan dan Pahang) telah berusaha sedaya upaya memajukan kawasan paling primitif Ulu Tembeling mengangkat ke ketamadunan yang lebih baik.

"Kota Rom tidak boleh dibina dalam sehari" itu kata ahli sejarah purba. Ahli politik, tokoh pemimpin tempatan, ahli ekonomi dan perancang, agensi kerajaan sudah merancang berbagai pembangunan bagi kemudahan penduduk Ulu Tembeling.

Posting WZWH ini mengenai jasa dan peranan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al- Muadzam Shah membangunkan Ulu Tembeling. Sejak mula baginda dimashorkan sebagai Sultan Pahang, baginda selalu melawat Ulu Tembeling dan cukup prihatin melihat dan memantau projek-projek pembangunan di Ulu Tembeling.

Tuanku Sultan akan selalu bertanya kepada ahli politik dan pegawai kerajaan perkembangan projek-projek pembangunan itu. Sebenarnya baginda sangat berperanan besar baik secara tersirat dan tersurat, menggunakan pengaruh baginda mendesak supaya projek-projek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual dan cepat.

Antara projek-projek pembangunan di Ulu Tembeling yang WZWH boleh senaraikan secara ringkas:
  • TNB bekalan elektrik dari 12 jam ke 24 jam
  • Loji air JBA
  • Bekalan air masyarakat
  • Telefon satelit
  • Masjid-masjid
  • Pembesaran sekolah-sekolah
  • Klinik dan Pusat Kesihatan
  • Telefon mudah alih
  • Felcra Ulu Tembeling-sedang progress
  • Jalan Ulu Tembeling fasa pertama-sedang progress

Inilah jasa-jasa KDYMM Tuanku Sultan Pahang yang bertanggungjawab membantu demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat di pedalaman Pahang. Patik WZWH amat menyanjung tinggi usaha murni Tuanku.

Pada 24 Oktober 2010 ini, genaplah usia KDYMM Tuanku Sultan Pahang yang ke 80. Patik pacal yang hina ini mengucapkan selamat panjang umur kepada Kebawah Duli Tuanku. Semoga Tuanku sihat sejahtera hendaknya diberi Allah kekuatan memerintah negeri Pahang Darulmakmur ini.

Patik mendoakan kepada Allah yang maha besar semoga Tuanku dapat melihat Projek Jalan Ulu Tembeling dari Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling selamat disiapkan. Sementelah pula Orang Tua Tuanku- Orang Kaya Indera Shahbandar DS Najib bin Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia maka patik amat merasa sangat bertuah berakyat dibawah kekuasaan dan pengaruh Tuanku dan Orang Tua Tuanku, DS Najib. Amin.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Daulat Tuanku.....Sultan berjiwa rakyat... kawan kalau berada di Ulu Tembeling, lebih-lebih lagi di Kg Bantal, Mat Daling dan Jusai rasa berat hati nak meninggalkannya... aman harmoni tenang pemikiran....

Anonymous said...

daulat tuanku...w/pun ambo oghe kelate tp ambo tau tuanku meme berjiwa rakyat


tokawe

chenerong ular said...

Daulat tuanku,kawan maseh teringat masa tu KDYMM Tuanku berangkat mencemar duli melawat ke Ulu Tembeling,berduyunduyun hamba rakyat KDYMM datang dari seluruh pelusuk kampung di ulu tembeling menuju ke kampung tercinta saya BANTAL,disitu lah rakyat menunggu keberangkatan KDYMM dengan begitu sabar dan penuh minat kerna hamba ALLAH ynag di tungu2 tersebut berjiwa rakyat,padang kampung bantal sudah menjadi satu pesta diabaratkan sma seperti DATARAN MERDEKA jika sambutan diadakn di kuala lumpur.Ampun tuanku beribu ampun,sembah patik mohon di ampun,patik pacal yang hina ini merapak sembah memohon izin perkenan DYMM Tuanku untuk patik menyampaikan ucapan :SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTRAAN KDYMM TUANKU PADA 24HB OCTOBER 2010 SEMOGA TUANKU SENTIASA DIDALAM PELIHARAAN ALLAH SWT DAN KEKAL MEMERINTAH NEGERI PAHANG INI DENGAN BIJAKSANA ..AMIN.. D U A L A T T U A N K U.....aampun tuanku