Monday, September 6, 2010

Program Berbuka Puasa YBM Tengku Azlan Dengan Kepimpinan DUN Tahan









Program berbuka puasa ahli parlimen Jerantut YBM Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar bersama dengan kepimpinan DUN Tahan telah diadakan di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur.

Ku Lan ingin berbuka puasa dengan 40 orang kepimpinan DUN Tahan diketuai YB Dato' Wan Amizan Wan Razak. Program ini turut dihadiri WZWH. Program ini untuk merapatkan kembali "political bond" Ku Lan dengan kepimpinan DUN Tahan.

Ku Lan berterimakasih kerana ramai kepimpinan DUN Tahan sanggup datang dari Jerantut untuk menghadiri program berbuka puasa ini. Ku Lan sangat gembira kerana WZWH pun turut hadir dari Kuantan ke program beliau.

Hotel Equatorial adalah hotel "favourite" Ku Lan untuk menjamu selera kerana pilihan aneka juadah makanannya sangat sedap dan enak. Hotel Equatorial sudah sinonim dengan Ku Lan sejak tahun 1970an lagi kerana dulu pejabat bisnes Ku Lan di Hotel Equatorial ini.

Banyak perkara agenda politik dibincangkan untuk memajukan parlimen Jerantut dan DUN Tahan. WZWH sangat gembira dan teruja. WZWH juga seperti biasa melontarkan idea-idea WZWH untuk pembangunan dan kemajuan parlimen Jerantut. Ku Lan bersedia mendengar.

Sebelum program berakhir, Ku Lan bersalam-salaman dengan 40 pemimpin DUN Tahan. Ku Lan pun bersalam dengan WZWH meminta maaf dan mengucapkan selamat hari raya. WZWH juga meminta maaf kepada Ku Lan jika WZWH terkasar bahasa. WZWH amat berharap Ku Lan kerja lebih kuat lagi untuk parlimen Jerantut dan memastikan kemenangan UMNO dan BN di parlimen Jerantut dan tiga DUN iaitu Tahan, Pulau Tawar dan Damak.

Bila WZWH berdepan dengan Ku Lan "face to face" WZWH ingat dan terbayang Tuanku Sultan Pahang, Tengku Mahkota dan Tengku Muda. WZWH bersetuju dengan Ku Lan bahawa "blood is thicker than water". Sambutan hari keputeraan Tuanku Sultan Pahang akan dibuat di Jerantut pada tahun ini. Patik mengucapkan selamat panjang umur kepada Tuanku Sultan dan selamat sejahtera kepada Tengku Mahkota dan Tengku Muda. Patik mohon ampun dan maaf.

7 comments:

Anonymous said...

Apa macam Dr Shukri? abeh kena laga sajalah. heheheh.

gempita puaka said...

tengku lan dah kena sebeg dah dgn wan amizan tu.
hilang dah geng 18.

mampus gitulah si pendek dr shukri

Anonymous said...

Salam WZWH & pembaca sekalian.

Cuba kita bayangkan jika sesama suku-sakat, kita tuduh-menuduh, kita fitnah-memfitnah,kita adu-domba,kita kata-mengata, dengan perangai lama kita ini, kita kata, kita sudah berubah?

Adakah orang luar (pemerhati politik) percaya bila kita kata pada lawan kita (PR), adakah mereka percaya bila kita fitnah mereka (PR)? @ adakah mereka akan percaya bila kita kata kita dijalan yang benar dan betul?

Atau memang kita yakin bila hampir saja dgn PRU 13, kita pun berlakon baik macam malaikat, dan mereka pun lupa bahawa perangai kita yang sebenarnya sb kita percaya kata2 keramat bks PM kita "Melayu Mudah Lupa"

Sekian terima kasih

afja02

Anonymous said...

masalahnya wzwh sendiri yg laga2kan org umno dlm blog ni, setuju sgt dgn komen someone kt facebook, blog ni produce sampah jer

chenerong ular said...

amenda lg ku lan wayaet ke ong masa makan di hotel 5 bintang tu,dia tak dok cerita ke pasal calun2 parliemen jtut,mana tau takut dia cadang ke ong ke dalam senyap2 masa makn tu,mesti ong duduk semeja dgan dia pasai ong kerabat terdekat,harap2 ong berjaya lah dalam misi ong

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Chenerong Ular,
Ku Lan cakap pada WZWH orang umur 70 tahun perintan ni muda dan sihat lagi..Bonda Ku Lan berumur 89 tahun masih sihat lagi, boleh lagi menikmati persembahan muzik. WZWH baca Ku Lan hendak lagi jadi ahli parlimen Jerantut. WZWH nasihat kepada calon-calon lain yang berminat jangan mimpi dan berangan la ekekekeke.

chenerong ular said...

nampak gayanya tak memulas lah dema2 tuk yeer,tdaya ke lg nk bekidmat,yang mudaa2 mcam en WZWH kn ada,takkan x layak,ramai lg hok lain yang mudaa2,ong fikir macam mana,ada harapan..........?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...