Wednesday, September 15, 2010

Jamuan Hari Raya Tuanku Sultan Pahang Bersama Penduduk Ulu Tembeling

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al- Muadzam Shah , Sultan Pemerintah Pahang dan jajahan takluknya akan mencemar duli ke Majlis Jamuan Hari Raya bersama-sama penduduk Ulu Tembeling pada 5 Oktober 2010 di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut.

Berita ini begitu mengembirakan WZWH dan penduduk Ulu Tembeling yang sudah lama menunggu keberangkatan Tuanku Sultan. Sesungguhnya rakyat Ulu Tembeling sangat merindui Tuanku. Kali terakhir Tuanku Sultan berangkat ke Ulu Tembeling ialah pada bulan November 2007 ke Kampung Bantal dan Kampung Mat Daling.

Walaupun majlis berlansung pada 5 Oktober 2010, tetapi persiapan-persiapan menyambut keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan perlu dipersiapkan dan diperkemaskan dari sekarang. Biasalah adat orang Ulu Tembeling menyambut rajanya.

Sudah pasti keberangkatan Tuanku Sultan akan diiringi oleh MB Pahang dan barisan EXCOnya. Rakyat Ulu Tembeling juga sangat rindu kepada MBnya. Sudah tentu ramai VVIP, VIP ramai datang sama. Juga orang politik terutama dari Jerantut sendiri.

WZWH masih ingat lagi kenangan lawatan Tuanku Sultan Pahang ke Ulu Tembeling ketika zaman Almarhum Sultan Abu Bakar. Betapa meriahnya sambutan yang diberikan orang Ulu Tembeling. Memetik dari komen Chenerong Ular...

"Kawan masih teringat masa tu KDYMM Tuanku berangkat mencemar duli melawat ke Ulu Tembeling,berduyun duyun hamba rakyat KDYMM datang dari seluruh pelusuk kampung di Ulu Tembeling menuju ke kampung tercinta saya BANTAL,di situ lah rakyat menunggu keberangkatan KDYMM dengan begitu sabar dan penuh minat kerna hamba ALLAH ynag di tunggu-tunggu tersebut berjiwa rakyat. Padang Kampung Bantal sudah menjadi satu pesta diibaratkan sama seperti DATARAN MERDEKA jika sambutan diadakan di Kuala Lumpur."

WZWH masih ingat lagi dulu...biasanya ada band muzik siap dengan anak-anak jogetnya dan artis-artisnya sekali. Almarhum Sultan Abu Bakar suka menyanyi dan menari. Maka ramailah tok empat-tok empat, penghulu-penghulu kena belajar menyanyi secara live dan pandai menari. Juga orang-orang Kampung mengambil bahagian. Lagu-lagu favourite masa itu ialah "Ayam Didik, Payung Mahkota, Tudung Periuk". Selain lagu joget, Cha-cha, Rambong.

Biasanya pada sebelah petang ada permainan sukan rakyat seperti pukul bantal, panjat tiang licin, menyelam dalam sungai paling lama. Ada satu permainan beradu tenaga yang buat WZWH sungguh terpegun iaitu permainan tarik tali. Dulu orang tua-tua Ulu Tembeling gagah-gagah dan banyak ilmu batin maka pada masa permainan tarik tali ini mereka menunjukkan skil dan kekuatan mereka. Maka banyaklah Semangat, Hantu Tinggi, Hantu Raya, Sahabat, Jin dan Jembalang dipanggil seru sampai langit jadi hitam dan gelap, angin ribut melanda.

Pernah satu ketika perlawanan tarik tali antara team orang Ulu Tembeling diketuai datuk WZWH dan team Tuanku Sultan diketuai oleh Tuanku Sultan sendiri. Maka perlawan round yang pertama team Ulu Tembeling menang, perlawanan round ke dua team Tuanku Sultan menang maka keputusan jadi 1-1 seri. Jadi bila perlawanan round ke tiga maka team Ulu Tembeling bersungguh hendak menang sampai mulalah hendak panggil semangat...tetapi oleh kerana datuk WZWH tinggi diplomasi maka datuk suruh team Ulu Tembeling lemahkan kekuatan lalu team Tuanku Sultan Pahang menang hingga Tuanku Sultan sendiri rebah ke pasir dan kepala Tuanku Sultan "memutih" penuh dengan pasir sungai. Maka Tuanku Sultan pun berkata,"Saya ingat orang Tembeling handal sangat, gagah-gagah belaka rupanya kalah dengan saya!"

Selalunya orang-orang Ulu Tembeling akan mengadap Tuanku Sultan beramai-ramai mengikut giliran memberi persembahan kepada Tuanku Sultan seperti madu lebah, petai jeruk, beras baru, emping, ikan Kelah, burung-burung hutan, daging rusa dsb. Kadang-kadang ada juga barang pelik. Ada seorang penduduk dari kampung Pagi bawa anak beruang sebagai persembahan!

Bila Tuanku Sultan berangkat sampai bukan sahaja orang Ulu Tembeling berbaris kiri kanan menyambut Tuanku. Ada satu tradisi Ulu Tembeling menyambut Tuanku iaitu batang-batang pokok pinang legong yang punya buah pinang berwarna kuning keemasan dicari dalam hutan dan dipacak dikiri kanan jalan bagi menyambut keberangkatan Tuanku tiba. WZWH dapati hanya di Ulu Tembeling saja dalam negeri Pahang ini ada tradisi menyambut Tuanku Sultan sebegitu. Biasanya orang Asli Kampung Kuching disuruh mencari batang pinang legong sebanyak yang boleh.

Demikianlah cerita-cerita nostalgia mengenai sambutan keberangkatan KDYMM Sultan Pahang ke Ulu Tembeling. Di Kampung Bantal ada Istana Sri Tembeling dan pentas perdana. WZWH merasakan Istana Sri Tembeling perlu diperbesarkan dan diupgradekan. KDYTM Tengku Mahkota Pahang bersetuju untuk membuat istana baru dengan mengekalkan beberapa struktur-struktur bangunan istana yang perlu.

Yang paling sibuk dan lorat sekali ialah YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan kerana beliau cukup "fussy" dengan persiapan yang "perfect" untuk menyambut keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Pahang ke Ulu Tembeling. Memang tidak dinafikan semasa Dato' Wan Amizan menjadi ADUN Tahan ini Tuanku, Tengku Mahkota, Tengku Muda, Sultanah, Tengku Puan dan Kerabat Diraja suka datang ke DUN Tahan ini terutama ke Ulu Tembeling.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...