Tuesday, September 21, 2010

Najib Sokong Nuclear Power Plant Lembah Tembeling

"A slew of projects, including the new KL MRT system, high-speed rail links to Singapore, a nuclear power plant, will be the centre-piece of the Najib Administration’s economic policies to be unveiled today as its economic transformation projects".

SEKTOR swasta yang menjadi pemacu utama Program Transformasi Ekonomi (ETP) menyatakan komitmen tinggi untuk melabur dalam 131 projek penggerak ekonomi (EPP) yang akan dimajukan di bawah program pembaharuan ekonomi negara itu.

Pelaburan swasta merangkumi 92 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM1.4 trilion yang diperlukan dalam tempoh transformasi ekonomi itu manakala selebihnya daripada pembiayaan kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala, berkata kebanyakan daripada wakil syarikat swasta yang terbabit dalam makmal Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pada Jun dan Julai lalu sudah menyatakan komitmen untuk melabur dalam projek EPP. Makmal NKEA dihadiri kira-kira 500 peserta dari 200 syarikat swasta, kementerian dan agensi kerajaan, badan perundangan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
EPP merangkumi pelbagai projek dan peluang perniagaan yang dirancang khusus bagi menggalakkan pertumbuhan 12 NKEA dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) iaitu minyak, gas dan tenaga; minyak sawit; perkhidmatan kewangan; pelancongan; perkhidmatan perniagaan; elektrik dan elektronik; pemborongan dan peruncitan; pendidikan; penjagaan kesihatan, kandungan komunikasi dan infrastruktur; pertanian serta Greater Kuala Lumpur.

EPP yang dikenal pasti akan digembeling untuk menggunakan tenaga nuklear bagi penjanaan kuasa, membina kapasiti tenaga suria, menarik syarikat-syarikat multinasional untuk membawa masuk perkhidmatan minyak di peringkat global dan operasi peralatan ke Malaysia.

EPP lain termasuk mewujudkan permintaan terhadap gas di Semenanjung, memperbaiki keberkesanan tenaga, merebut potensi tenaga hidro elektrik di Malaysia, merangsang penemuan semula minyak di kawasan-kawasan yang sedia ada, membangun kawasan- kawasan kecil melalui penyelesaian berinovasi dan meningkatkan aktiviti-aktiviti cari gali.
Projek Hidroelektrik Sungai Tekai Lembah Tembeling bernilai RM2.7 bilion antara projek yang diluluskan oleh DS Najib


Tenaga suria dan nuklear akan dibangunkan untuk mengatasi masalah pengurangan dalam pengeluaran gas asli tempatan.Tenaga suria menjadi pilihan terbaik untuk menambah kapasiti sehingga tahun 2015 kerana ia memenuhi agenda hijau dan meningkatkan kebolehan tenaga bebas.

Untuk tenaga nuklear, kerajaan mesti melancarkan program hari ini supaya ia menjadi realiti pada tahun 2021. Jika tenaga nuklear dibangunkan, ia menjadi kompetitif dari segi kos tapi ia mengambil masa 10 hingga 11 tahun untuk dibangunkan.

Projek Nuclear Power Plant Lembah Tembeling bernilai RM3.6 bilion dalam top agenda DS Najib memajukan Jerantut, Pahang.

YAB PM Najib sokong NPP( nuclear power plant) Lembah Tembeling. Itu tajuk posting WZWH. PM Najib seorang PM yang progresif pemikirannya. WZWH sudah menjangka.


Dasar Nuklear Negara adalah penentu kepada halatuju pertumbuhan dan pembangunan industri negara. Teknologi nuklear memacu pertumbuhan teknologi tinggi negara seperti ekonomi Jepun, China dan Korea Selatan.

Ini ialah idea lama Tun Razak pada tahun 1960an bagi menghadapi krisis tenaga masa depan. Pelajar-pelajar Melayu yang bijak dihantar keluar negara pada tahun 1960an dan awal 1970an untuk belajar nuklear fizik di US, UK dan Rusia. Ini persiapan modal insan Malaysia menguruskan sumber manusia teknologi nuklear.

Sebab itu Agensi Nuklear Malaysia atau PUSPATI ditubuhkan pada 19 September 1972 di Bangi, Selangor. Malaysia sebenarnya sudah ada NPP bersaiz kecil 1MW bagi tujuan penyelidikan.

Malaysia dari geografi terletak dekat garisan Khatulistiwa (Equator) tidak boleh bergantung kepada angin dan solar yang kosnya sangat mahal sebagai sumber tenaga diperbaharui.

Sumber tenaga hidroelektrik terhad, keupayaan biomass juga terhad dan harga arang batu dan gas yang semakin mahal dan meningkat serta bekalan terhad membebankan TNB.

Krisis tenaga akan berlaku menjelang tahun 2019 menurut jangkaan Petronas.

Empangan hidroelektrik Bakun tidak dapat membekalkan elektrik ke Semenanjung Malaysia lantas akan menghadapi cabaran krisis tenaga akan datang.

Kerajaan menjangkakan "reserve margin" 40% bagi Semenanjung Malaysia akan jatuh kepada 0% pada tahun 2017 jika pengeluar IPP tidak disambung kontrak.

Kita lihat Jepun terdapat 55 NPP yang boleh menghasilkan 49500MW bagi keperluan industrinya. Kejayaan Jepun dan China telah mempengaruhi negara-negara di rantau Asia memiliki sumber nuklear seperti China (40 loji), Korea Selatan (18 loji), Taiwan (8 loji), dan Korea Utara (6 loji).

Terbaru Turki telah menandatangani perjanjian bernilai USD20 bilion (RM68 bilion) dengan Rusia untuk membina 4 NPP. Vietnam turut serta USD11 bilion (RM35 bilion) bina 2 NPP berkuasa 4000MW. Menteri Tenaga Vietnam umum mahu bina 8 NPP lagi pada bulan Jun lepas.

Negara-negara rantau Asean telah mengumumkan hasrat mereka untuk membina NPP. Thailand umum pada tahun 2021, Vietnam umum 2018 dan Indonesia umum pada tahun 2016.

Kita boleh lihat perlumbaan pembinaan NPP di rantau Asia dan Asean telah bermula. Jika kita ketinggalan, kita tidak dapat menguasai teknologi nuklear seperti negara Islam Pakistan dan Iran.

China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Korea Utara dan India telah menguasai. Sekarang Thailand, Vietnam, dan Indonesia sudah mengorak langkah.

Malaysia pun mesti bergerak sekarang. Malaysia bukan bermula dari kosong. Malaysia telah menyimpan ilmu nuklear hampir 40 tahun. Hanya menunggu masa untuk dipraktikkan.

Menguasai teknologi nuklear adalah satu prestij bagi imej militari Malaysia, itu yang boleh membezakan Malaysia dengan Singapura.

Laporan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengenal pasti Pahang terutamanya Lembah Tembeling amat sesuai dijadikan tapak cadangan NPP. Cadangan membina NPP telah diluluskan dan akan beroperasi pada tahun 2021.

Maka WZWH mencadangkan kepada kerajaan supaya membina NPP berkuasa 1000MW di Lembah Tembeling, Jerantut, Pahang. Fikirkan projek bernilai RM3.6 bilion, kesan ekonomi "multiplier effect" kepada Jerantut dan peluang pekerjaan kepada 4000 pekerja. NPP ini hanya memerlukan kawasan tanah seluas 80 hektar sahaja.

Keluasan Lembah Tembeling ialah 570,068.78 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut. Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.

Kita akan guna teknologi nuklear generasi ke empat (Fourth Generation NPP) yang lebih selamat, mesra alam, dan tahan lama. Fourth Generation NPP mengitar semula (recycle) sisa nuklear 20-30 kali hingga sisa terakhir amat kurang bahan radioaktif. Sisa yang terakhir ini boleh digunakan bagi tujuan saintifik dan perubatan. Konsep nuclear waste management tidak relevan lagi!

Kebimbangan orang ramai ialah jika berlaku kebocoran radioaktif nuklear, terdedah kepada pancaran gamma, dan NPP meletup. Kita akan pastikan kes Chernobyl tidak akan berulang. Itu kesilapan "human error" bila berlaku perubahan politik kerajaan Kesatuan Soviet Union.

Negara Barat telah mengkritik cara penyelenggaraan NPP Chernobyl yang usang 5 tahun sebelum berlaku letupan.

WZWH ingin memaparkan statistik kemalangan jiwa melibatkan loji tenaga berasaskan sumber tenaga alternatif dari tahun 1972 hingga 1992:

Loji janakuasa dari gas 1200
Loji janakuasa dari hidro 4000
Loji janakuasa dari arang batu 6400
Loji janakuasa dari nuklear 31 paling selamat.

Ingatlah, 40 tahun dulu, pemimpin kita telah menolak hasrat Tun Razak untuk memajukan Jerantut dan Lembah Tembeling dengan cadangan pembinaan Projek Empangan Hidroelektrik beserta dengan infrastruktur-infrastrukturnya. Pemimpin dulu memikirkan projek itu tidak bersesuaian dengan persekitaran pada masa itu.

20 tahun kemudian, sekali lagi Tun Mahathir mahu menghidupkan kembali projek cadangan Tun Razak di Jerantut tetapi malangnya UMNO Bahagian Jerantut sendiri menentangnya. Mungkin ada hikmahnya.

Pemimpin kita tidak anti pembangunan. Sekarang muncul peluang yang ke tiga terhidang di depan mata. Ini masa yang sangat sesuai. Peluang masih ada. YAB Dato' Sri Najib Perdana Menteri Malaysia, orang Pahang.

Kerajaan Perak dan Negeri Sembilan sedang melobi hebat projek NPP ini kerana mereka tahu projek ini boleh membangun kawasan dan menaik taraf ekonomi penduduk. Pahang mesti cepat melobi projek NPP ini sebab itu WZWH sudah ke depan...PM Najib perlu pertimbangkan untuk Jerantut dan Pahang.

PM Najib amat faham Malaysia dan dunia berdepan dengan krisis tenaga. Ekoran kenaikan meningkat harga gas dan arang batu dan bekalan menyusut, keperluan kepada NPP sebagai sumber tenaga alternatif amat terdesak. Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dan seterusnya, industri negara perlu bersaing secara kompetitif dengan ekonomi negara maju.

Teknologi nuklear adalah pemacu kepada pertumbuhan dan pembangunan industri negara. Sebab itu PM Najib menyokong Projek Loji Janakuasa Nuklear di Lembah Tembeling, Jerantut, Pahang bagi kepentingan negara.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...