Thursday, September 2, 2010

Pakatan Rakyat Memantau Perkembangan UMNO Jerantut

Pakatan Rakyat Jerantut suka melihat lembu-lembu UMNO Jerantut berlaga berebut kawasan rumput

Perkembangan yang berlaku di dalam politik dalaman UMNO Bahagian Jerantut telah menarik minat Pakatan Rakyat Jerantut untuk memantau dan memerhati dengan penuh minat. Kita semua tahu Pakatan Rakyat Jerantut meramalkan melalui PAS, parlimen Jerantut akan dapat mereka tawan.

Pakatan Rakyat Jerantut amat suka dan bertepuk tangan bila UMNO Bahagian Jerantut berpecah. Daripada analisis Pakatan Rakyat Jerantut, WZWH mendapati Pakatan Rakyat mengatakan UMNO Bahagian Jerantut telah berpecah kepada empat kumpulan besar.

Kita ikuti pemerhatian blog Jerantut Post mengenai konflik politik UMNO Jerantut..."Sepanjang minggu ini blog pro UMNO di Jerantut perang sabil berpunca oleh satu perjumpaan antara Tengku Azlan dengan kumpulan Dr Shukri di Kuala Lumpur. Tengku Azlan telah mengumumkan bahawa ganti beliau bertanding parlimen Jerantut PRU 13 adalah Dr. Shukri. Puak-Puak Wan Amizan ADUN Tahan naik darah kerana dalam perjumpaan itu Tengku Azlan dan Dr Shukri akan mempastikan Wan Amizan tidak bertanding dalam PRU 13 kerana dikatakan banyak isu.

Keadaan nampaknya payah reda kerana masing-masing sudah keluar buah dan bongkar semua isi perut mereka yang selama ini terpendam. Begitulah sama-sama mencuri akhirnya bila tidak sebulu muntah semua. Perangai orang UMNO.

Pakatan rakyat tidak payah bongkar lagi apa-apa isu kerana semuanya sudah terburai. Kita hanya memerhati, mendengar apa yang berlaku. Hanya dengan berusaha lebih kuat dari biasa kawasan parlimen Jerantut pasti dalam tangan Pakatan pada kali ini.

Tiba-tiba sahaja muncul nama Dato' Haji Ahmad Daud, Pegawai Daerah Bera dalam pergelutan politik jerantut untuk merebut kerusi Parlimen menggantikan Tengku Azlan. Mengikut lapuran blog pro UMNO itu Haji Ahmad ditonjolkan oleh Haji Rosdi Pegawai Khas Tengku Azlan. Ada persoalan disini mengapa pula Pegawai Khas tonjol kiri, Tengku Azlan tonjol kanan?. Wau..... itu bukan urusan PR. Biarkan !.

Dalam komen blog 44sikulipat dan Suara Perhatin UMNO Jerantut terdapat komen mengenai Pegawai Daerah Bera itu mengurung isteri muda dan berkahwin dengan GRO semasa di kuantan. Husss hebat calon BN pru 13 ini. Pegawai Daerah itu juga masa jadi ADO PLB di Jerantut dikatakan membela kroni saudara mara. anak beranak dalam agihan kontrak PLB.

DO itu juga Menggunakan pengaruhnya untuk menangkap semua lembu orang kampung diangkut dan dikurung oleh Majlis Daerah Jerantut atas alasan terbiar dan tidur merata tengah jalan. Tuan lembu terpaksa menebus balik harta mereka itu hampir sama harga pasaran, jika tidak akan dilelong oleh Majlis Daerah.

Ahmad Daud Dipulau oleh orang kampung. Masa kenduri kawin anaknya, orang luar saja yang datang. Terpaksa impot orang luar memasak, menghidang dan kerja-kerja kenduri. Huss.... kalau orang kampung dia tidak menerima, mahu jadi calon juga?. begitulah UMNO.

Baru-baru ini terdapat sepintas lalu nama Dato' Sharif Shamsudin bekas pengurus Besar Yayasan Pahang dalam blog sangkakala. Tetapi tidak ada sebarang reaksi dan komen. Namun peperangan yang menentukan hidup mati kali ini adalah antara ADUN Tahan dengan ADUN pulau tawar. Samalah kita saksikan..... kedua-duanya ala Nepoleon 'kurang cukup lima kaki' siapakah yang paling hebat. Ramai yang terlibat dan UMNO akan pecah kurang-kurang kepada empat kumpulan besar".

2 comments:

limi said...

Blog ini permainan PR belum pilihan raya 2008 lagi. UMNO baru kenal blog. Sebab itulah orang UMNO dapat blog macam berok dibagi bunga. Lagi pun memang umno banyak modal. Pemimpin UMNO macam ada.

Terima kasih WZWH. Angkat blog kami. Ada lagi yang WZWH tak jumpa.

Anonymous said...

salam limi,
walauapa pun blog pas nak cakap kami tak heran.isu umno jerantut sangat kecil jika nak di banding isu pas seluruh malaysia.siapa yang melacurkan masjid di selangor?bekas mufti yang telah di iktiraf keilmuannya tidak dibenarkan berceramah kononnya tiada tauliah.kafir laknat perempuan yang sah dalam hadas besar yang jelas nampak tundunnya pakai pampers diberi tauliah pula dan siap bertaskirah pula.nabi panggil kafir ke masjid untuk diseru supaya masuk islam.pas panggil kafir laknat untuk bertazkirah kepada pas pulak.bodoh punya pas al fasikun ni.itulah akibatnya bila puak pas suka sangat tengok tundun yang berbonjol dan punggung yang tonggek kafir prempuan tu.terjegil biji mata macam beruk seminggu tak dapat pisang.kemudian kafir laknat tu siap bagi duit lagi kononnya nak berderma padahal nak beli undi aje.patutlah orang pas sekarang makin hilang jati diri islam nya sebab banyak sangat makan duit haram dap yang di taja gangster cina yang terdiri daripada along,tauke pelacuran,tanke dadah,tauke vcd lucah dan yang sama waktu dengannya,berkawan dengan umno tak boleh sebab umno tolak islam kononnya.tapi berkawan dengan kafir harbi boleh pulak sebab kafir harbi itutelah menerima islam kononnya.yang jelas dan nyata bukan dap terima dasar islam pas sebaliknya pas yang terima dasar sekular dap bersandarkan kepada banyak peristiwa yang telah kita lihat sepanjang perkongsian pr.tanyalah karpal karam dan lim kit sial,tuan guru baru pas al fasikun.kalau limi nak nafikan sila jelaskan fakta dan jangan menyalahkan orang lain atau melencung dari tajuk asal.itu pun kalau cerdik dan berani,wasalam.matnyerweh pas ni!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...