Saturday, September 18, 2010

Gengster India Menggugat 1Malaysia

WZWH mengikuti kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 sahabatnya dengan penuh minat sejak kes itu mula tersebar. Isu perkauman dikaitkan dengan pembunuhan itu dan mula merimaskan banyak pihak.

Namun apa yang menghairankan WZWH, tidak pula ada pihak tampil membela keadilan bagi keluarga arwah dan tiga mangsa lain.

Sedangkan, ketika seorang suspek India mati di dalam lokap, mereka terus memberi tekanan kepada kerajaan. Banyak pihak yang tampil khususnya dari kaum India termasuk NGO Hindraf. Malah mereka mengadakan siri demonstrasi walaupun siasatan belum dilakukan.

Anehnya juga, apabila kumpulan gengster India membunuh empat orang Melayu termasuk Sosilawati, masyarakat Melayu bersikap tenang dan rasional. Kenapa sikap itu tidak ada pada kaum India di negara ini?

Ia jelas menunjukkan selama ini, masyarakat Melayu begitu menjaga keharmonian dan tidak bertindak emosional.
WZWH berharap pemimpin tokoh masyarakat India dan NGO kaum itu dapat menangani isu-isu gensterisme melibatkan kaum India dengan lebih berkesan.

Pembunuhan yang dilakukan teramat kejam sehingga sukar dibayangkan sanggup dilakukan oleh manusia. Hanya yang tidak berhati perut kerana terlalu tamakkan harta dunia sanggup melakukan perbuatan kejam itu.
Memandangkan pembunuhan dikepalai oleh suspek utama yang merupakan seorang peguam, maka WZWH harap kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lain menjadi iktibar kepada Majlis Peguam. Sepatutnya Majlis Peguam lebih menumpukan dan memantau masalah disiplin dan etika setiap ahlinya, bukannya sibuk melibatkan diri dalam politik.

Akibat terlalu sibuk dengan politiklah, Majlis Peguam seperti tidak ada masa untuk memantau disiplin ahli-ahlinya sehingga terlepas seorang peguam yang berhati binatang bebas melakukan pembunuhan tidak berperikemanusiaan. Harap apa yang berlaku ini memberi pengajaran kepada Majlis Peguam.

WZWH harap Majlis Peguam dapat menjelaskan secara menyeluruh isu-isu berkaitan dengan salah laku peguam.

Orang ramai berhak tahu kerana tentunya ramai dalam kalangan kita diburu kebimbangan untuk menggunakan khidmat peguam bagi membantu apa saja kes yang mereka hadapi. Tentu juga ketakutan untuk mendapatkan khidmat peguam berasaskan melihat apa yang menimpa Sosilawati.
WZWH mencadangkan mana-mana peguam yang mempunyai kes jenayah dan tidak lagi diberi lesen untuk mengamalkan bidang guaman disiarkan dalam akhbar. Biar orang ramai tahu, itulah peguam yang tidak bertanggungjawab dan jauhi mereka. Ini boleh memulihkan imej peguam yang tercemar.

Bagaimana suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain selama ini boleh menggunakan gelaran Datuk dengan sesuka hati, sedangkan tidak ada mana-mana negeri menganugerahkan gelaran itu kepadanya.

Harap Majlis Peguam dapat siasat perkara tersebut. Apakah ada lagi mana-mana peguam seperti suspek utama yang menipu orang ramai.

Sudah sampai masanya para pemimpin politik kaum India serius mengatasi masalah gensterisme yang melibatkan masyarakat India. Para pemimpin kaum itu seharusnya menjauhkan diri dan tidak sesekali menyokong kumpulan-kumpulan gengster dan ala militan seperti Hindraf.

Tahniah kepada pasukan PDRM yang sangat pantas mengurus dan menyelesaikan kes ini. Terbukti bahawa kecekapan dan kehebatan PDRM yang dikatakan antara pasukan polis terbaik di dunia ini sememangnya menjadi kebanggaan rakyat negara ini.

3 comments:

Anonymous said...

Orang macam encik la yang menyebabkan Malaysia ni tiada integrasi antara kaum.Kes belum selesai dah pandai buat racist remark.Patut la umno dan kuli2nya macam encik dilabel racist.Politik perkauman ni orang2 primitif saja yang guna.Orang2 yang duduk kat gua.Sekarang dah tiada lagi.Apapun pembunuhan tu memang kejam.Kalau lah polis boleh siasat kes ni dengan bersungguh-sungguh,pasal apa tak siasat kes Altantuya dengan bersungguh-sungguh juga?Ada berani?No balls.

Anonymous said...

Habis kes kugan dulu...dan selesai siasatan ke yang semua dok buat kecoh tu....melayu memang cool bila tak kena keluarga sendiri.....

chenerong ular said...

jika kita mahu negara kita bebas dari pergesaran antara kaum TERCETUS,saya menyeru semua pemimpin,rakyat terdiri dari semua kaum,elakan dari membuat kenyataan berbaur perkauman,elakkan dari perbuatan yang boleh mencetus kan ketegangan antara AGAMA.CEGAH SEBELUM IANYA MEREBAK, 53 TAHUN KITA BOLEH MENGEKANG DARI BERLAKUNYA PERGESERAN KAUM YANG SERIUS,KECUALI SEKALI SEKITAR TAHUN 60AN.JJANGAN HANCURKAN KEHARMONIAN DINEGARA KITA,KERANA KITA YANG HENDAK MENETAP DI SINI.....................

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...