Wednesday, September 29, 2010

Karisma Ku Li Diperlu Untuk Menang PRK Galas

Kerusi Galas kosong setelah penyandangnya dari Pas, Che Hashim Sulaima, 46, yang menghidap barah paru-paru meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur petang tiga hari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima.

UMNO bersedia untuk menggempur para pengundi di kawasan terbabit berlandaskan kepada kejujuran dan ketelusan khidmat BN selama ini.

Selaras dengan apa yang telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN dan UMNO akan membuat persiapan rapi termasuklah dalam memastikan calon BN pada pilihan raya kecil itu.

BN tidak takut berdepan dengan Pas yang tentunya akan menjadi seteru dalam pilihan raya tersebut malah dengan penuh keyakinan akan memastikan segala perancangan dibuat mantap untuk hasil yang cemerlang.

Pihak pakatan pembangkang semakin terdesak untuk mempertahankan DUN tersebut sehingga menimbulkan pelbagai isu termasuklah menyarankan BN tidak meletakkan calon demi perpaduan.

BN bukanlah parti yang boleh dipermainkan atau termakan dengan helah pembangkang.

Pada pilihan raya kecil DUN Galas nanti, Pas tentunya sedaya upaya cuba mempertahankan kerusi tersebut daripada jatuh ke tangan BN, dan BN sendiri bersedia untuk merampas kawasan tersebut.

UMNO mahukan kesinambungan kesejahteraan dan keselesaan yang dikecapi hari ini berterusan yang terbukti secara keseluruhannya adalah hasil daripada pentadbiran BN sebagai tunjang negara.

Galas juga salah satu kerusi yang terletak di kerusi Parlimen Gua Musang pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ketua UMNO bahagian dan Ahli Parlimennya.

Che Hashim, 46, wakil rakyat penggal pertama merampas DUN Galas daripada BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Selain Galas, dua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Gua Musang ialah Nenggiri dan Paloh yang dikuasai oleh BN.

Di DUN Kelantan, PR menguasai 39 kerusi manakala BN pula enam.

Mengikut perangkaan kasar DUN Galas terdiri daripada 10,330 pengundi dengan kira-kira 6,200 orang Melayu, Cina (1,900), India (172) dan Orang Asli (2,000).

Mengambil kira pengalaman-pengalaman lalu SPR kemungkinan akan mengadakan pilihan raya hujung bulan Oktober selepas Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) UMNO 2010 yang akan berlangsung minggu ketiga bulan depan. Kira-kira seminggu sebelum itu Parlimen akan bersidang dengan tumpuan ke atas pembentangan Bajet 2011 dan laporan bahagian Model Ekonomi Baru (MEB).

Jika ini berlaku dan diambil kira bermakna sebagaimana pernah disaksikan di tiga pilihan raya kecil serentak Mac-April 2009 dan Manek Urai Julai 2009, parti-parti politik yang bertanding akan mempunyai ruang yang lama untuk berkempen secara tidak formal sebelum memasuki gelanggang secara rasmi.

Jika ia berlaku Umno-BN akan menggunakan perhimpunan semasa untuk memobilisasi jentera mereka.

Dalam kenyataan semalam Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya. PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.

Selain daripada soal tarikh, pilihan raya kecil ini juga dijangka menarik ia merupakan salah satu kerusi yang berada di Parlimen Gua Musang dan berlangsung selepas di sebalik pelbagai isu peringkat negeri dan pusat termasuklah isu tuntutan royalti oleh kerajaan negeri. Kes berkaitan difailkan pada 30 Ogos lalu.

Ramai juga akan melihat peranan yang akan dimainkan oleh UMNO Gua Musang dalam menggerakkan jentera menghadapi pilihan raya kecil ini. Gandingan peranan UMNO bahagian, negeri dan pusat juga sudah pasti akan menjadi aspek menarik untuk diperhatikan.

Karisma dan kepimpinan Ku Li diperlukan untuk membantu UMNO dan BN memenangi PRK Galas. Ku Li adalah tokoh veteran UMNO.

Galas,sebuah kawasan terpencil di daerah Gua Musang,Kelantan bakal menjadi ‘nama besar’ menjelang pilihanraya kecil yang perlu diadakan bila-bila masa dalam tempoh 60 hari dari sekarang.

Bukan setakat Galas,perhatian langsung akan bertumpu kepada otai arena politik negara yang sekian lama bertapa sebagai Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dan Ahli Parlimen kawasan itu Tengku Razaleigh Hamzah.

Mampukah beliau kembalikan kedudukan kepada 3-0 di kawasan naungannya itu setelah Galas ‘bocor’ pada pilihanraya umum Mac 2008 dengan hanya 646 majoriti apabila orang kanan bekas Menteri Kewangan itu,Saufi Deraman tewas kepada Allahyarham Che Hashim.

Pada pilihanraya umum 2004 Tengku Razaleigh berjaya memimpin kawasannya dengan menyapu bersih ketiga-tiga DUN - Galas,Paloh dan Nenggeri serta Parlimen Gua Musang.

Malah dalam politik...Gua Musang memang sudah sinonim dengan Tengku Razaleigh.

Mengambil kira persaingan sengit masa pilihanraya kecil Manek Urai di derah Machang pada 14 Julai 2009 lalu di mana BN hanya tewas 65 undi di tangan PAS…Galas pasti menjanjikan rematch yang mendebarkan.

Jumlah pengundi di Galas yang merupakan salah satu antara DUN yang mempunyai keluasan yang besar di antara 44 DUN di Kelantan cuma 10,330 sahaja.

Masa PRU ke 11 tahun 2004 Saufi menewaskan Allahyarham Che Hashim dengan majoriti 1,729.Saufi dapat 4,184 undi manakala Che Hashim 2,455.

Pada PRU ke 12 Saufi tewas apabila Allahyarham dapat 4,399 berbandingnya 3,753 undi.

Di Kelantan kini PAS tinggal jauh BN dari segi kerusi 38 vs 6 manakala 1 PKR.

Kemampuan BN untuk merampas balik 1 kerusi tidak akan jadi kudis pada PAS Kelantan.

Namun dalam senario politik nasional siapa yang kena ‘ galas’ Galas tahu ia adalah satu tugas amat berat.

BN yang lebih banyak tewas dalam 11 pilihanraya kecil sejak PRU ke 12 pasti nak tebus semangat di Galas.

Ini lebih-lebih lagi kejayaan besarnya di Bagan Pinang,Hulu Selangor dan Batang Air dirosakkan oleh kekalahan di Sibu.

Sebelum itu BN kalah di Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 dan lima lagi pada tahun 2009 - Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau (7 April), DUN Penanti (31 Mei), DUN Manek Urai (14 Julai) dan DUN Permatang Pasir (25 Ogos).

PAS pun tahu lawannya di sini bukan sekadar Galas...kerana yang menunggu di gelanggang untuk berentap ialah Tengku Razaleigh. 3.1 juta ahli UMNO berharap kepada sentuhan Ku Li untuk menaikkan kembali moral UMNO dan BN bukan sahaja di Kelantan bahkan seluruh negara.

Umno Kelantan akan membawa isu mengenai kemungkinan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentabdiran negara pada Perhimpunan Agung Umno kali ini.

Timbalan Penegrusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata peringatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu perlu dipandang serius dan diketengahkan.

Umno Kelantan akan mengadakan konvensyen pada 15 Oktober bagi membincangkan topik itu dan mengeluarkan resolusi untuk dikemukakan kepada Umno pusat untuk dibincangkan pada perhimpunan agung parti nanti.

Penganalisis dan pemerhati sudah mula mengandaikan isu berkenaan akan menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi selepas ia juga disentuh dalam dialog tertutup Puteri Umno.

Kemungkinan konvensyen ini juga akan menjadi program membuat persiapan menghadapi pilihan raya sebagaimana dilakukan oleh Konvensyen BN Selangor sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Kedua-dua PR dan BN kelihatan mempunyai senarai isu untuk dibawa ke gelanggang pilihan raya kecil DUN Galas.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...