Thursday, September 9, 2010

PKR Dan PAS Sangat Yakin Menang PRU 13 Jerantut

Beginilah gembiranya penyokong-penyokong PAS dan PKR Jerantut kerana "Jaafar brothers" iaitu Dr. Hamzah Jaafar calon parlimen PAS dan abangnya Mohd Nor Jaafar calon PKR DUN Damak memenangi kerusi PRU 13 Jerantut nanti. Betapa "ecstasy dan euphoria"nya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat meraikan kemenangan bergaya "double cups".

WZWH berkata demikian bila beberapa blog Pakatan Rakyat membuat tafsiran demikian. WZWH difahamkan DAP akan meletakkan calon bebas bertanding seperti biasa di DUN Damak. Kemungkinan besar DS Najib dan MB akan meletakkan calon UMNO di DUN Damak.

WZWH mendapati PKR dan PAS sangat yakin dapat menawan parlimen Jerantut pada PRU 13 nanti. Ini berdasarkan kepada pemerhatian blog-blog Pakatan Rakyat di Jerantut. Kita ikuti sedutan blog pembangkang PKR Cabang Jerantut;

"Nampaknya tugas gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat di Jerantut menjadi semakin mudah apabila banyak blog-blog pro UMNO sudah mula menikam belakang para pemimpin dan parti mereka sendiri.

Perkembangan ini juga membuatkan pihak kami makin bersemangat sama ada dalam terlibat dengan blog serta berusaha untuk mendapatkan kerusi DUN Damak dalam PRU nanti.

Kekalahan tipis dalam PRU 12 lalu membuatkan semangat Ketua PKR Cabang Jerantut semakin membuak-buak untuk bertarung sekali lagi. Kita sedar bahawa sekiranya tidak ada calon bebas yang menjadikan pertandingan 3 penjuru, sudah pasti calon MCA akan tewas. Namun demikianlah permainan politik kaum Cina yang tidak jujur dengan kita (melayu) dibawah didikan UMNO/BN selama ini.

Cina akan memilih parti sekiranya calon-calonnya dari bangsa Cina, namun mereka akan memilih kaumnya sekiranya ada pertandingan dengan bangsa lain. Kemasukan calon bebas 'kunci' dalam DUN Damak yang lalu sebenarnya hanyalah penyelamat untuk kesinambungan kekuasaan kaum Cina di DUN Damak.

Bagaimanapun, PKR tetap akan meletakkan calon dalam PRU 13 nanti bagi kerusi DUN Damak tanpa sebarang kompromi.

Baca salinan tulisan dari salah satu blog pro UMNO yang menggambarkan kekecohan dalam parti UMNO itu sendiri dibawah ini:

Sepanjang minggu ini blog pro UMNO diJerantut perang sabil berpunca oleh satu perjumpaan antara Tengku Azlan dengan kumpulan Dr Shukri di Kuala Lumpur. Tengku Azlan telah mengumumkan bahawa ganti beliau bertanding parlimen Jerantut PRU 13 adalah Dr. Shukri. Puak-Puak Wan Amizan ADUN Tahan naik darah kerana dalam perjumpaan itu Tengku Azlan dan Dr Shukri akan mempastikan Wan Amizan tidak bertanding dalam PRU 13 kerana dikatakan banyak isu.

Keadaan nampaknya payah reda kerana masing-masing sudah keluar buah dan bongkar semua isi perut mereka yang selama ini terpendam. Begitulah sama-sama mencuri akhirnya bila tidak sebulu muntah semua. Perangai orang UMNO.

Pakatan rakyat tidak payah bongkar lagi apa-apa isu kerana semuanya sudah terburai. Kita hanya memerhati, mendengar apa yang berlaku. Hanya dengan berusaha lebih kuat dari biasa kawasan parlimen Jerantut pasti dalam tangan Pakatan pada kali ini."
Calon PKR DUN Damak, Mohd Nor bin Jaafar, Abangnya

Calon PAS parlimen Jerantut, Dr. Hamzah bin Jaafar, Adiknya.

Dato\
Calun PAS DUN Tahan, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Sepupunya-Pesuruhjaya PAS Pahang.

2 comments:

Anonymous said...

WZWH,

Kalau Dato' Tuan Berahim (Orang Pahang jati, diperanakan di Damak, kecek loghat Kelantan) bertanding Di DUN Tahan , maka terkencit lah si dompok tak berleher itu. Harap ramalan WZWH dilorongkan oleh ALLAH. Ingat undi bukan bergantung pada ahli tapi ditentukan oleh pemilih. Aku rasa orang yang boleh lawan ialah WZWH. WZWH belum ada bermacam isu lagipun WZWH ini cerodek dan bervisi cuma elakkan memungkor.Elok sangat juga Kerinting nama nya zizan bertanding DUN Damak x Zahar gemok itu..kuat amat bersewang budak ni. Parlimen Jerantut KHALIL MOIN, Kekal Pulau Tawar , apa kata WZWH....boleh.

Apa apa pun tugas mendidek jangan diabai keran utamakam berblog dan bervisi.

Jangan Mareh dan selamat hari raya WZWH.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 8:56
Tuan Ibrahim Tuan Man VS Wan Amizan adalah pertandingan yang ditunggu-tungu oleh orang DUN Tahan, jika Wan Salman (yang lemah) boleh melibas Tuan Ibrahim di Jengka. Maka Wan Amizan boleh melibas Tuan Ibrahim Tuan Man 10 kali ganda kekuatan ke Sungai Tembeling.

Bagilah peluang ke Zahar gemok tu, jika nak dibandingkan dengan Mohd Nor Jaafar yang tiap-tiap petang mengheret lembu baiklah Zahar, Pegawai Felcra baru ada standard.

Khalil Moin kena bersihkan persepsi buruk syarikat peguam makan duit pelanggan. Ramai saudara WZWH kena tipu dek Khalil and Samsuni.

Yang lama Pulau Tawar tu asyik menjual tanah bandar ke Towkay Cina Jerantut aje, hutang banyak nak bayar bank, rakyat tidak percaya lagi.

WZWH layak dan boleh lawan? Itu kena tanya rakyat Jerantut menilainya.

Terima atas nasihat dan peringatan. Selamat Hari Raya.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...