Friday, September 17, 2010

16 September Realiti Dan Mimpi Anwar Ibrahim

16 September disambut setiap tahun sejak 1963 sebagai hari memperingati penubuhan Malaysia, hari dimana negara Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 1957, dinamakan semula sebagai Malaysia dengan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaupun Singapura akhirnya memilih untuk keluar dan membentuk kerajaan sendiri pada 1965, negara Malaysia terus kekal utuh sehingga kini, oleh itu sewajarnyalah hari Malaysia dikenang dan diraikan sebagai antara hari paling bermakna dalam sejarah negara.

Bagaimanapun tarikh 16 Sept tidak sunyi dari mencatat sejarah tersendiri terutama pada 2008. Tiada apa berkaitan sejarah penubuhan Malaysia yang dibincangkan rakyat, cuma dikhabarkan pada hari tersebut Mat Jenin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 setelah Perdana Menteri ke 5, Tun Dol, dikatakan hilang majoriti di Parlimen akibat tindakan beberapa Ahli Parlimen BN yang berpaling tadah menyokong Pakatan Rakyat (masih tidak didaftarkan sehingga hari ini) untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Tsunami politik Mac 2008 memberi Mat Jenin semangat baru dari mengurangkan majoriti BN kepada mengambil alih kerajaan pusat pula. Mana tidaknya, yakin pembangkang tiada harapan untuk mengulangi zaman kegemilangan 1999, Anwar meletakkan isteri dan anaknya bertanding untuk memastikan tempat selepas sekatan bertanding yang dikenakan kepadanya ditarik balik nanti. Mat Jenin tidak sangka keputusan yang begitu memberangsangkan kepada pembangkang sehingga berjaya membentuk kerajaan di 5 negeri sekaligus, buat pertama kalinya.

Sebaik pakatan baru pembangkang diisytiharkan (tidak dirasmikan), Mat Jenin memulakan episod mengambil alih Putrajaya dan melantik diri sendiri sebagai Perdana Menteri. Kononnya pihak Istana merestui pengambil alihan itu dan sokongan Angkatan Tentera Malaysia juga sudah diperolehi. Keyakinan di tanam di kalangan penyokong walaupun yang rasional masih berasa ragu-ragu

Bagi menambah keyakinan kepada yang percaya, 5 orang pemimpin dari parti Mat Jenin dihantar menyusul ke Taiwan pada 13 Sept 2008 untuk kononnya memujuk sejumlah Ahli Parlimen BN yang ketika itu sedang menghadiri satu kursus berkaitan pertanian di sana. Gambar dipampang dan interview di adakan, penuh keyakinan. Tien Chua yang mengetuai rombongan 5 orang pemimpin parti Mat Jenin dipetik The Star sebagai berkata:-

"We have the numbers already. We are just going there to have coffee and spend time with them and also learn about agriculture from Taiwan so that we do not get left behind when Pakatan Rakyat takes over."

Saifuddin Nasution, melayu penipu yang turut menyertai rombongan tersebut, dipetik dalam temuramah yang sama sebagai berkata:-

"Do we have the numbers? Yes. Do we have to reveal the names now? No. Some are in Taiwan and some are here,"

Ayat Yang Diboldkan Dipilih Sebulat Suara Majoriti Pemerhati Politik Maya Sebagai Quote of The Year.

Memang lucu melihatkan betapa seriusnya lakunan yang dirancang bagi menyokong rancangan Mat Jenin untuk mengambil alih kerajaan pada 16 Sept dengan cara yang kini padanya tidak demokrasi (selepas kejatuhan Perak). Penuh keyakinan, penuh semangat dan penuh dramatik. Kita kagum, bukan kagum dengan kejayaan Mat Jenin menawan Putrajaya dan membentuk kerajaan tetapi kagum dengan keyakinan yang ditunjukkan pemimpin parti Mat Jenin dalam menjayakan penipuan pemimpin Agungnya.

Di pihak penyokong, besar sungguh harapan mereka bahawa Mat Jenin akan benar-benar ke Putrajaya – bandar yang dibangunkan musuh ketat Mat Jenin, Tun Dr Mahathir dan antara yang akan dilelong jika pembangkang membentuk kerajaan pusat pada 1999. Gambar dibawah menggambarkan kegembiraan tersebut.

15 September 2008, dihadapan 10,000 orang penyokongnya, Mat Jenin dilapurkan AFP disini telah mempunyai jumlah kerusi yang cukup untuk mengambil alih kuasa di Putrajaya. Para 3 kenyataan Mat Jenin dalam AFP jelas menyatakan keyakinannya ""Tomorrow is D-Day, we are ready to form the government."

Tetapi akhirnya 16 Sept berlalu tanpa ada sebarang istiadat perlantikan Perdana Menteri baru seperti yang diwar-warkan pada asalnya. Sudah 2 tahun sejak 2008, 16 Sept berlalu sebagai Hari Malaysia seperti mana biasa sejak 47 tahun yang lalu, tiada sebarang istimewa yang lain daripadanya. Malah tampuk kepimpinan juga sudah berubah sejak 2008 cuma bukan seperti mana yang diimpikan penyokong pembangkang. Dengan Mat Jenin masih bergelut mencari alasan bagi menangguhkan kes liwatnya, Mohd Najib Tun Razak pula yang benar-benar menjadi Perdana Menteri dan menguasai Putrajaya.

Para skeptikal bagaimanapun mengesahkan upacara angkat sumpah jawatan perlantikan Mat Jenin sebagai Perdana Menteri benar-benar berlaku pada 16 Sept 2008 cuma yang berbeza ia diadakan di rumah, dihadapan gambar ke bawah Duli Yang Dipertuan Agung!!! Sinikal, cukup-cukup sinikal.

Anwar hari ini mengeluarkan kenyataan untuk menolak sebarang pencalonan ke atasnya didalam pemilihan PKR. Ini menimbulkan pelbagai reaksi berbeza dari ahli PKR yang mahukan Anwar dicalonkan sebagai Presiden parti tersebut.

Ramai ahli-ahli PKR masih kurang faham, bukan jawatan Presiden PKR yang dikejar oleh Anwar. Jika dia mahukan jawatan tersebut, sudah lama disuruhnya Wan Azizah turun tahta dan digantikan olehnya seperti mana yang dilakukannya pada kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Anwar sebenarnya lebih berminat untuk mengisi jawatan Perdana Menteri Malaysia. Inilah satu-satunya cita-cita yang masih belum mampu direalisasikan oleh Anwar semenjak dia menyertai politik.

Bagi Anwar, hanya kedudukan sebagai Perdana Menteri sahaja yang boleh menghapuskan segala kesalahan serta tingkah laku sumbangnya. Dan yang paling penting, Anwar akan dapat menghapuskan kes mahkamahnya yang sedang berlangsung jika dia dapat menguasai Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Jadi, apa perlu Anwar bersusah payah memikirkan tentang jawatan dalam PKR? Parti itu hanya ditubuhkan semata-mata untuk membebaskannya dari penjara sahaja suatu ketika dulu. Dan kini, PKR bagi Anwar langsung tak membawa apa-apa erti lagi selain dari alat politik untuk membodohkan rakyat.

Anwar tahu, isterinya tak akan mampu membawa PKR pergi jauh. Dan nasib PKR pasti akan gelap jika Pakatan tak berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada PRU akan datang. Sebab itulah fokus Anwar ketika ini ialah kepada DAP dan PAS.

Ramai yang tak menyedari bahawa Anwar kini sibuk mencaturkan strategi untuk DAP dan PAS menarik sokongan rakyat. Manakala, PKR didiamkan kerana sokongan orang ramai kepada parti tersebut kian luntur terutamanya setelah penghijrahan besar "orang-orang kuat" parti ke dalam UMNO dan menjadi ahli bebas.

Anwar lah yang menyarankan supaya wakil-wakil DAP mendekati orang melayu/Islam melalui masjid serta surau. Dan Anwar jugalah yang mencadangkan supaya PAS berlembut dengan orang kafir terutamanya didalam polisi undang-undang Islam mereka.

Anwar lah yang menghasut pertubuhan Hindraf untuk merusuh dan akhirnya menghasilkan gengster-gengster India yang membuatkan salah seorang peguam Hindraf menjadi peguam pengganas DAP menubuh sindiket pasukan menipu dan membunuh jutawan, usahawan, ahli perniagaan Melayu demi wang untuk biayai kegiatan politik Pakatan Rakyat.

PRU13 adalah merupakan peluang terakhir Anwar untuk menakluk Putrajaya sekaligus menjadi Perdana Menteri. Dan jika dia gagal melakukannya, karier politiknya bakal terkubur buat selamanya…, begitulah juga dengan PKR!

2 comments:

chenerong ular said...

Salam saudara,semua pemimpin pati politik utama berkeinginan untuk menjadi PERDANA MENTERI,seterusnya mennguasi putra jaya dan menubuhkn kerajaan,disebalik tulisan saudara di atas ,dari apa yang tersirat di sebalik yang tersurat,ketakutan pehak saudara ialah tersungkurnya tampuk kuasa di putra jaya kepada pahak lain.kenapa saudara cemas?.jika di nilai dari segi kematangan pati2 politik di malaysia ini,sudah tentu berpehak pada bn,teras nya umno,tetapi jika di ukur pada populariti berpehak kepada gagasan pati lain,kenapa ?,ini yang sepatutnya saudara dan dari kalangan pemimpin kerajaan khususnya orang2 dan pemimpin umno,sebagai pemimpin kita tak payah lah mendedah apa kepincangan,keburukan lawan kita dengan cara keterlaluan,seperti kita mengikuti rentak mereka,cari punca mengapa rakyat tidak menyokong kita lagi seperti pru 12 dan mungkin lebih teruk pru 13,ini tidak kita sesama kita mencaci.mencerca,meghina,tak lama lagi kot berbunuh pulak demi mengejar pangkat,harta,jawatan dan bebagaibagai lagi yang menguntungkn diri sendiri yang mengakibatkn pati rugi dan kehilangan kuasa dan tampuk putra jaya.bayangkn perangai kita2 ini,tak kira siapa,saudara sendiri,kawan rapat,satu perjuangan ke,akan menjadi musuh kita kerana kita beranggapan mereka2 itu penghalang cita2 rakus kita.lebih banyak cerita2 kepincangan,keburukan yang di keluar kan adalah dari kalangan kita2 sendiri jika dibandingkan cerita2 pehak lawan yang kita dedahkn,cerita2 tentang keburukan dan macam2 lagi yang akan di dedahkan tidak akan merubah cara pemikiran orang2 zaman kini,orang zaman ini lebih mengetahui jika dibandingkn dengan orang dulu2,bak kata pepatah,dulu letak songkok pn orang pangkah,sekarang letak orang blum tentu pengundi pangkah kita.selalu bila pemimpin kita bercakap dan berucap mengataln,sayangi lah bangsa kita,sayangilah negara kita,berkerja lah demi,UGAMA,BANGSA DAN NEGARA, ADA KAH INI SELARI DENGAN AMALAN DAN PERBUATAN MEREKA2,ORANG YANG BAIK KALAU NIAT DIA BAIK DIA AKAN MELAKUKN PERKARA2 YANG BAIK..//... RENUNG2KN LAH KALAU UMNO TAK MAU HILANG KUASA,JANGAN SAMPAI NANTI JAWATAN ADA TAPI KUASA HILANG, TAPI AKUK AGAK ADA JUGA ORANG NAK, ASAL ADA JAWATAN,KALAH BELAH NE,LOMPAT BELAH SANA,JANJI ADA KERUSI, WABA KIA KALAU KENA JENEH NEKK,,,, WASALLAM

Anonymous said...

Saya sgt setuju dgn apa yg ditulis oleh chenerong ular, cari kelemahan diri sendiri dahulu barulah menuding jari ke org lain.
Kalau beginilah cara orang kita berfikir, jgn haraplah kita dapat menarik orang2 yg diatas pagar /generasi muda zaman sekarang. Kita hanya pandai mencaci, mengutuk, mempersendakan org lain, jgn sampai kesombongan, ketidak pekaan kita, kelalaian dan arrogance kita memakan diri dan disebabkan itulah mungkin Anwar akan mencapai impiannya satu hari nanti.Ini bukan mustahil, dan apabila impian Anwar jd kenyataan, nak salahkan siapa????

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...