Sunday, September 19, 2010

Pembangunan Ulu Tembeling-Mimpi Dan Realiti

Beberapa posting blog Urag Drrulug(UD) mengamit nostalgia kepada semua orang yang berasal dari Ulu Tembeling. Ulu Tembeling ada 5 kampung besar iaitu Kg Pagi, Kg Kuala Sat, Kg Bantal, Kg Gusai dan Kg Mat Daling dan berpuluh-puluh kampung kecil yang ada diantaranya tidak berpenghuni lagi seperti Kg Chenih dan Kg Peling.

Blog UD agak kritikal menilai pembangunan Ulu Tembeling dengan "style"nya yang tersendiri. Tetapi selalunya blog UD skeptikal terhadap WZWH dan ADUN Tahan, Dato' Wan Amizan. Kenapa UD bersikap begitu itu adalah haknya.

Pertumbuhan ekonomi negara dan pembukaan Felda dan Felcra telah membuat ramai penduduk Ulu Tembeling berhijrah keluar mencari penghidupan yang lebih baik ke Felda-Felda, kota dan bandar. Itulah adatnya mencari rumput yang lebih hijau. Pergerakan dari ekonomi yang kurang baik kepada ekonomi yang lebih baik. Tiada pemimpin yang boleh menghalang fenomena ini dari berlaku.

Tidakkah 50 tahun yang dulu pemimpin-pemimpin Ulu Tembeling tidak punya perancangan untuk membina ekonomi Ulu-Tembeling yang lebih baik untuk pengikut-pengikutnya? Ulu Tembeling memang ada pemimpin yang mahu membawa pembangunan ekonomi kepada penduduknya tetapi banyak perancangan-perancangannya akibat dipengaruhi pemimpin konservatif dan anti kemajuan serta bimbang pengaruh mereka akan merosot maka perancangan ini gagal dipersetujui.

Bila sekumpulan manusia yang politiknya tidak bersatu maka tidak ada satu suara atau "political will" dan "will power" untuk "bargain" dengan pembesar negara. Jika ada tokoh Ulu Tembeling yang diberi tempat yang paling strategik untuk melaksanakan perancangan pembangunan agak malang pimpinan negeri pula "sabotaj" bimbang tokoh Ulu Tembeling ini jadi popular bakal mengugat kedudukannya.

Yang rugi adalah penduduk Ulu Tembeling. Kita sudah cuba dengan pemimpin Ulu Tembeling dengan berbagai gaya seperti berikut:
  • Pemimpin Tradisional
  • Pemimpin Konservatif
  • Pemimpin Progresif
  • Pemimpin Pembodek
  • Pemimpin Graduate Berjurus
  • Pemimpin Globalisasi
  • Pemimpin Dewa Kayangan
  • Pemimpin Bangkangan pun pernah dicuba
  • Pemimpin Ulamak
Ternyata semua kepimpinan yang WZWH nyatakan di atas gagal dan tidak mampu atas berbagai sebab-sebab yang tertentu. WZWH tidak menafikan pemimpin-pemimpin ini ada berusaha cuma "political will" untuk merealisasikan perancangan pembangunan itu tidak dapat dicapai kerana ada kekangannya.

Maka WZWH bertanya apakah kepimpinan gaya terbaru untuk membolehkan perancangan pembangunan direalisasikan dan diimplementasikan? Terlalu awal untuk WZWH bayangkan kerana masa akan menentukan dan menjawap pertanyaan WZWH itu dan untuk berlaku adil.

Ramai pemimpin telah gagal memperjuangkannya. Adakah ianya satu sumpahan? Siapa pemimpin yang boleh menamatkan sumpahan ini? Jika ada pemimpin yang boleh memecahkan kebuntuan ini maka WZWH mengelarkan pemimpin ini "the chosen one" yang boleh mengubah destini kehidupan penduduk Ulu Tembeling. Great leader will do great things.


Apa-apa pun sejarah kronologi perancangan pembangunan Ulu Tembeling, WZWH cuba persembahkan sebagai asas untuk pimpinan generasi seterusnya dan penduduk Ulu Tembeling buat pedoman. Ada banyak projek-projek pembangunan Ulu Tembeling. WZWH tulis satu projek sebagai contoh iaitu Projek Jalan Ulu Tembeling.

Sudah lebih 50 tahun, penduduk Ulu Tembeling memperkatakannya. Sudah ramai orang yang mengharapkannya sudah pergi tidak sempat melihat jalan ini. Yang tinggal anak cucu yang menunggu dan menanti...

Pertama,pada tahun 1976, satu peluang telah terhidang bila Syarikat Koperasi Ulu Tembeling telah ditubuhkan untuk menjayakan bukan saja projek jalan Ulu Tembeling tapi penempatan baru ala Felda dengan ladang-ladang,sekolah,dewan, masjid,bangunan kedai dan sebagainya dengan ASPA tapi oleh kerana penduduk Ulu Tembeling tidak bersatu, ada pemimpin-pemimpin yang anti pembangunan dan konservatif mengagalkan impian itu...

Kedua,sekali lagi Tuanku Sultan Ahmad Shah menanya orang Ulu Tembeling di depan jurutera-jurutera Rusia dan pihak yang berkenaan mahukah projek Empangan Hidroelektrik Tembeling dilaksanakan? Sekali lagi pemimpin konservatif mempengaruhi penduduk menentangnya. Jika penduduk Ulu Tembeling bersetuju maka perancangan Tun Razak mahu memajukan Ulu Tembeling, Pahang dan kepentingan negara akan terlaksana tapi tinggal impian...

Ketiga,peluang diberi Mahathir pada tahun 1982 untuk membangunkan Ulu Tembeling dengan menghidupkan semula projek Tun Razak iaitu pembinaan Projek Hidroelektrik Sungai Tembeling, malang UMNO Bahagian Jerantut menentangnya... sudah tiada impian lagi...

Keempat, peluang keemasan bila Ahli Parlimen Dato' Wan Abu Bakar sebagai Timbalan Menteri Kewangan telah berjaya menyalurkan peruntukan membina jalan Ulu Tembeling sebanyak RM100 juta pada tahun 1990 ke Pahang tapi MB Pahang (Tun Khalil Yaakob) pula pandai-pandai mengalihkannya ke Tanjung Lumpur buat jambatan "atas nama keutamaan". Impian pecah berkecai...

Jika ditanya Perbendaharaan, atas kertas sebenarnya jalan Ulu Tembeling sudah ada! Buat apa hendak peruntukan buat jalan lagi. Ahli Parlimen selepas itu pening untuk menyelesaikannya.

Kelima, seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, bukan wakil rakyat sebelum Mac 2008 telah memikirkan bagaimana cara untuk "create" peruntukan khas hendak buat jalan Ulu Tembeling. Ianya bermula bila WZWH "menyalak" di persidangan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pada tahun 2006. "..kita Pemuda UMNO Jerantut perlu menyelesaikannya jika semua pihak gagal!"

"Allignment" jalan yang baru perlu direkabentuk tidak guna "allignment" lama.Itu cara hendak dapat peruntukan baru kalau tidak ianya akan bertindih dan mudahlah pihak Perbendaharaan menolaknya. Maka pertemuan Wan Amizan dengan YAB PM Pak Lah telah meluluskan projek Jalan Ulu Tembeling pada dasarnya maka kita patut berterimakasih dengan Pak Lah. Surat itu diberi kepada Wan Amizan maka dijajanya surat itu kepada penduduk Ulu Tembeling semasa PRU 12 lalu.

Kos hendak buat projek jalan Ulu Tembeling berjumlah RM460 juta dari Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling. Dipecahkankan kepada beberapa pakej. Pakej pertama dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi berjumlah RM120 juta (telah dimuktamadkan oleh MOF), pakej kedua dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat, dan pakej ketiga dari Kampung Kuala Sat ke Kampung Mat Daling.

Mengikut RMK 10 projek jalan dari Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja( Terengganu) akan dilaksanakan dengan kosnya melebihi RM450 juta sepanjang 55 km. Tapi WZWH tidak mahu bincang hal ini nanti orang Ulu Tembeling cakap," wok, omm jangan pungkor!" Ye lah jalan belum sampai ke kampung Mat Daling macamana orang Ulu Tembeling hendak percaya.

Pakej pertama jalan Ulu Tembeling dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi telah secara rasmi bermula pada 1 April 2010. Kontrak diberi kepada sebuah syarikat pembinaan kelas A Jerantut. Pelaksanaan projek mengambil masa 36 bulan iaitu sebelum PRU 13 jika berlaku pada pertengahan 2012 atau 2013 dijangka siaplah jalan itu.

YB Dato' Wan Amizan berjanji jika jalan Ulu Tembeling tidak dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya sampai ke Kampung Pagi, beliau tidak akan bertanding lagi dalam PRU 13 nanti kerana beliau tidak sanggup lagi "beri janji dan harapan palsu" kepada penduduk Ulu Tembeling dan tiada siapa ahli UMNO mahu bertanding di DUN Tahan kerana sudah tentu rakyat akan bangkit menolak UMNO yang menipu mereka selama ini.

Persoalannya adakah projek jalan Ulu Tembeling ini MITOS atau REALITI ? Ianya adalah realiti sebenarnya.

6 comments:

Anonymous said...

Begini lah keturunan orang UT tidak melupakan asal nya. Begitu juga ADUN yang sangat berjiwa Rakyat. Hanya yang buta dan tuli saja tak mengenal mana intan man maknikam. Apa yang dilihat maknikam sokmo. Kalau gini , ulu tembeling ada padang golf dan berselirat jalan raya nya. Bravo WZWH.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:33,
Terima kasih memberi galakan dan dorongan moral. WZWH akan memastikan ADUN Tahan selesaikan projek-projek pembangunan UT.

Anonymous said...

ada padang golf dan jalan berselirat.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Anonymous said...

MIMPI

Anonymous said...

UWEKSS

chenerong ular said...

kalau ada duit peruntukan buat lah,sapa yang tak menginginkn kampung halaman dia maju,ada jalan raya bertar panuh,sambung sampai ke pasir raja,senang kami nak pandu kereta buruk balik kampung nanti,TAPI BUAT LAH SEBELUM PRU 13 NE DULU,KALAU TIDAK KAMI RASA TAK BERAPA PERCAYA LAGI DAH,SEBELUM MEMANGKAH NAK JUGA DENGEOK BUKTI,JANGAN ASYEK KENA TIPU AJA KAMIQ NE, ,HIDUP NE SENANG AMAT OH,BENDA BAIK,BETUL,MENGIKUT HUKUM SYARAK KITA SUKONG SERATUS DUA PULUH PERATUS,KALAU GON BERJAYA ITU LAH MERUPA JASAQ2 GON,BERBUAT BENDA BAIK NE AMALAN YANG DI TUNTUT............WASALLAM......

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...