Sunday, September 5, 2010

Majlis Penyerahan Kunci Komuniti Perumahan Kg Baru Salong Chini Pekan Pahang






















Satu majlis penyerahan kunci Komuniti Perumahan Kampung Baru Salong, Chini Pekan, Pahang Darul Makmur disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Majlis berlansung pada 4 September 2010 (Sabtu) masa 4.00 petang tempat Dewan Mempelas Kg Baru Salong, Chini Pekan.

4.00 petang, peserta Komuniti Perumahan mengambil tempat. 4.30 petang, ketibaan Dif-Dif Jemputan. 5.00 petang, ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Bacaan Doa oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Mohd Jais, Timbalan Qadhi Daerah Pekan. Diikuti Ucapan Aluan oleh YB. Dato' Abu Bakar bin Haji Harun.

Selepas itu, Ucapan Perasmian oleh YAB PM Dato' Sri Mohd Najib bin Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Penyampaian Cenderahati kepada penyumbang-penyumbang. Kemudian penyerahan kunci rumah kepada 50 peserta Komuniti Perumahan Kampung Baru Salong, Chini.

Seterusnya penyampaian bantuan cermin mata kepada 100 orang warga emas DUN Chini, Pekan. Dan acara kemuncak lawatan ke kawasan Komuniti Perumahan.

WZWH meninjau ke kawasan Komuniti Perumahan. Ada 50 buah rumah "bungalow" lengkap dengan perabotnya sekali. Cantik design rumah untuk golongan miskin tegar ini. Keluasan rumah 1000m2.

DS Najib berkata Komuniti Perumahan sedemikian telah dan akan dibina sebanyak lebih 200 buah rumah di seluruh parlimen Pekan untuk golongan miskin tegar berpendapatan RM1000 ke bawah. DS Najib berharap bila kerajaan bagi rumah ini rakyat akan ingat jasa kerajaan.

Dato' Ishak Muhammad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan merangkap ADUN Bebar beritahu WZWH Konsep Komuniti ini adalah sumbangan zakat dari sektor korporat swasta yang diletakkan dalam satu dana di bawah PM.

Komuniti Perumahan Kg Baru Salong ada 50 buah rumah. Sebuah rumah dan perabot kosnya lebih kurang RM55,000. WZWH kira 50 x RM55,000 = RM2.75 juta. DS Najib mahu bina 200 buah maka 200 x RM55,000 = RM11 juta.

WZWH difahamkan penyumbang zakat asnaf Komuniti Perumahan Kg Baru Salong dari DS Zaki kontraktor yang buat Projek Jalan Kuantan Pekan yang nilai projek RM450 juta.

Tapi rumah Komuniti Perumahan ini tidak dibagi hak milik kepada peserta cuma boleh duduk dan hanya bayar bil elektrik dan air sendiri. Jika peserta meninggal dunia, yang tinggal bersama peserta boleh memohon rumah ini. Majlis Agama Islam Pahang diamanahkan untuk menemuduga peserta.

WZWH mahu ADUN Tahan Dato' Wan Amizan cuba aplikasikan Komuniti Perumahan seperti di parlimen DS Najib ini. Apa yang susah jika siap Projek Hidroelektrik Sungai Tekai bernilai RM2.7 bilion, WZWH cadangkan kepada kontraktor buat 2000 buah rumah konsep Komuniti Perumahan bagi golongan miskin tegar di DUN Tahan. Kalau DS Najib lulus lagi Projek Loji Janakuasa Nuklear Tembeling bernilai RM9 bilion, WZWH akan pastikan kontraktor bertuah itu buat 5000 ke 10,000 buah rumah konsep Komuniti Perumahan.

Jika kita boleh menyediakan perumahan konsep Komuniti Perumahan ini, tiada sebab kenapa pengundi DUN Tahan boleh menyokong PAS yang banyak bercakap aje dan mengkritik kerajaan.

Hari ini WZWH berbuka di Salong dengan kehadiran penduduk lebih kurang 800 orang. Selepas itu WZWH mengikuti DS Najib berterawih di Paloh Inai. WZWH faham sekarang PM kita ini seorang pemimpin berjiwa rakyat. DS Najib amat faham kesusahan rakyat miskin tegar dan yang buat WZWH kagum DS Najib kerap balik ke kawasan parlimennya tiap-tiap minggu semasa bulan Ramadan ini. Beliau seorang Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa sibuk tetapi boleh meluangkan masa melawat dan menyelesaikan masalah penduduk di kawasan beliau. Bersesuaian dengan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

5 comments:

Anonymous said...

WZWH,

Cadangan yang baik dan bernas untuk di aplikasi di di Jerantut ong tu, kenapa di minta si Dompok itu melaksanakan nya, kenapa tidak tunggu ong saja selepas jadi AP Jerantut, kalau ong di izin kan ALLAH. Usaha ong ini menampak kan kearah itu.. selalu hadir ke Majlis PM dipekan. Mata bertentang mata, senyum berbalas senyum, tangan berjabat salam, pujian berderai-derai. Secara intrinsik nya ong menunjukkan minat yang amat kuat, dari pangangan aku ong tu begitu lah.

Dari blog ong dan komen ong dalam Blog orang Jerantut semua kearah itu, yang menjawat sekarang ni tak bagus belaka, habis di telanjang belakang termasuk si Dompok tu, di bahan belaka oleh ong. Namun begitu aku berpendapat ong memang layak dan selayak-layak nya. Kenapa orang Jerantut tidak boleh menyokong ong?, kalau tidak menyokong dan mendoa kan ong, maka nya orang jerantut tidak mahu perubahan dan memilih pemimpin berwibawa dan bijak macam ong atau orang Jerantut mahu golongan Dr . hamzah atau Nik... apa tu , lupa pulok aku. HIdup WZWH.Terus kan kerja dan jangan lupa buat juaga kerja di Jerantut ong itu.Aku harap Hj. Kulat, tinggi, pendek, hitam kelabu,kurus lengkong tak berdengki dan marah kepada WZWH, keturunan Tun Da.


PRO WZWH

Anonymous said...

sokong rumah tuuu.... tapi tak yah laaa tunggu hidro tekai ... apa kata mintak sumbangan dari kontraktor yang menang projek jalan ke kampung pagi tuuu .... lagi senang kot nak mintak sebab kita kenal dan bukan orang lain pun tokey sebenarnya kannn

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 9:23,
Molek cadangan anon tu WZWH sokong amat.

Anonymous said...

sdra... saya mengikuti YAB PM ke semua program yang sdra sebutkan dalam post sdra ni tetapi tidak kelihatan pun sdra. Janganlan cuba membuat onar dengar mengaitkan nama PM pula

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 2:11,
Anon boleh confirm dengan Dato' Isyak Muhammad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, TK.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...