Tuesday, September 7, 2010

Hotel Resthouse Baru Jerantut Tertinggi Di Pahang


Blog Patpatsikulipat telah mengutarakan isu resthouse Jerantut yang bangunannya sudah usang dan lama serta buruk pandangan sedangkan kawasan resthouse Jerantut sungguh luas cantik terletak tinggi di atas bukit.

Blog Patpatsikulipat menjelaskan isu penyewa resthouse Jerantut yang tidak membayar sewa resthouse selama lebih empat tahun. Penyewa resthouse telah mengubahsuai bangunan sebanyak RM200,000 kerana bangunan resthouse Jerantut sangat usang, buruk dan uzur memalukan imej bandar Jerantut.

Maka isu tuntutan sewa resthouse dan "renovation resthouse" berlarutan tidak dapat diselesaikan oleh pihak Majlis Daerah Jerantut, DO Jerantut, dan pejabat SUK Pahang tidak boleh menyelesaikan masalah ini.

Terdapat 65 komen dalam blog patpatsikulipat yang mengutuk penyewa resthouse Jerantut tersebut tanpa mengetahui isu permasalahan sebenar.

Sejarah Jerantut menceritakan kepada kita tapak bangunan resthouse Jerantut di atas bukit itu menyimpan sejarah tersendiri. Tapak di bukit resthouse itu tempat Almarhum Sultan-sultan Pahang bersemayam. Juga tempat Residen Inggeris berehat. Para pembesar-pembesar negeri dan ahli politik memilih resthouse Jerantut sebagai tempat beradu.

WZWH masih ingat lagi Dato' Shariff Ahmad ahli parlimen Jerantut (1974-1982) selalu menghisap cerut "Cuban cigar" sambil mengeleng-gelengkan lehernya yang bulat itu ketika berborak politik dengan pengikut-pengikutnya di resthouse Jerantut itu. Itu yang selalu ditiru oleh Dato' Wan Amizan semasa kecilnya.

Masa itu Dato' JP Bazain, Tuan Hj Kamaruzaman Baria, Wan Hamzah, Arwah Abbas Sani, Wan Roafza dan Dato' Azizan Yaakob yang duduk jauh di tepi kerusi kuat menyokong Dato' Shariff Ahmad.

Pengusaha Hotel Jerantut tempat orang Melayu Jerantut suka makan roti bakar dan telur rebus 3 suku ayam kampung, Ah Hing memberitahu WZWH bahawa ayahnya dulu pernah bekerja sebagai tukang masak Almarhum Sultan Pahang (Sultan Abdullah) dengan dibayar gaji $2 sebulan di bukit resthouse Jerantut itu.

Seorang towkay besar Jerantut yang dikatakan memiliki separuh dari bandar Jerantut pernah cuba mencadangkan kepada JKTP cuba mengambilalih tapak tanah resthouse jerantut tetapi ditentang hebat oleh YB Dato' Wan Amizan dalam mesyuarat JKTP walaupun YB Dato' Shukri menyokong. YB Dato' Wan Amizan masih ada semangat "Melayu"nya.

Berbalik kepada penyewa resthouse Jerantut yang bernama KS. Isu resthouse Jerantut sangat mudah difahami. Kenapa Majlis Daerah Jerantut dan Pejabat SUK tidak berani menghalau KS keluar dari resthouse Jerantut walaupun ramai penyewa-penyewa lain berminat? Jawabnya KS mempunyai hujah yang ada asas yang buat MDJ dan Pejabat SUK tidak garang! Soal KS guna duit kontraktor untuk "renovate" resthouse dan buat tuntutan yang tidak dilayan Pejabat SUK itu soal lain. Maka KS pun boleh menyewa resthouse tanpa bayar sewa selama 4 tahun sebab tuntutan RM200,000 atau RM400,000 tidak dibayar oleh Pejabat SUK.

65 komen dalam blog Patpatsikulipat mahu KS digugurkan dari Ahli Majlis Daerah Jerantut. WZWH hanya gelak saja sebab WZWH tahu senarai Ahli Majlis Daerah Jerantut itu diperakui oleh YBM Tengku Azlan. Bila nama KS ada dalam senarai itu maka MB pasti setuju sebab Ku Lan mempertahankan KS.

Siapa KS? Beliau Ketua UMNO Cawangan, Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Jerantut, dan sangat popular dalam UMNO kerana mesyuarat UMNO pada tahun 2010, beliau menang G7 mewakili UMNO Jerantut ke mesyuarat agung UMNO di PWTC. Beliau pegawai Seranta, DS Najib kenal beliau. Beliau aktif berkempen untuk parti dan aktif dalam NGO Jerantut. Siapa kita samada WZWH dan 65 pengkomen dalam blog Patpatsikulipat hendak memperlekehkan beliau?

WZWH ada satu cadangan untuk membina hotel resthouse baru Jerantut setinggi 20 tingkat di atas tapak resthouse Jerantut sekarang. WZWH mahu hotel resthouse baru Jerantut ini menjadi satu mercutanda yang unggul di Jerantut dan merupakan hotel tertinggi di Pahang. Kita boleh beri peluang kepada penyewa-penyewa Melayu berniaga di bangunan hotel dengan sewa yang berpatutan.

Majlis Daerah Jerantut boleh "joint-venture" dengan syarikat swasta untuk kerjasama membina hotel tertinggi di Pahang. Kita boleh cari pelabur luar yang berminat dengan Jerantut bandar hub "ecotourism" menghubungkan dengan destinasi-destinasi menarik di Pahang yang menawarkan produk-produk pelancungan menarik.

Siapa tahu mungkin pelabur dari luar seperti Donald Trump berminat dengan cadangan hotel tertinggi di Pahang ini!

3 comments:

Helang Buana said...

Cg Pian mucul dengan blognya "Laksamana Jebat".
Sebarkan kepada semua kwn2 blogger. Kita gegar kan Jerantut demi Bangsa , Agama , dan Negara.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Cg Pian,
Tahniah.

Paris Heng NETwork said...

My dad is a Jerantut rest house renter last time, since 1972, his name is Heng AhJi

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...