Nuffnang Ads

Pages

Saturday, September 4, 2010

Gambaran Masyarakat Melayu Pahang Abad ke 19

Di zaman sebelum kedatangan British ke Pahang, negeri ini didominasi oleh orang-orang Melayu. Di samping itu terdapat masyarakat orang asli yang dikenali sebagai Semai dan Jakun yang mendiami kawasan pedalaman negeri ini. Orang-orang Cina adalah orang asing yang paling awal mendiami negeri Pahang tetapi jumlah mereka adalah kecil. Kebanyakan orang-orang Cina ini bekerja sebagai pelombong emas di Raub dan juga sebagai peniaga di Pekan.

Pada ketika Swettenham menjelajah Pahang pada tahun 1885 terdapat sekitar 200-300 penduduk Cina. Bagaimanapun menjelang pentadbiran British pada tahun 1891 sudah terdapat sebanyak 3,241 orang-orang Cina mendiami Pahang. Kedatangan orang-orang asing pada ketika ini juga dipengaruhi oleh pengenalan sistem kapal wap yang lebih kerap dari Singapura ke Kuala Pahang dan Kuantan.

Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu Pahang boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu;

1. Golongan Bangsawan yang kecil bilangan dan merupakan kelompok minoriti tetapi berkuasa.
2. Golongan rakyat bebas kelas pertengahan yang besar bilangan dan merupakan kelompok majoriti, dan
3. Golongan hamba yang kecil bilangannya.

Apabila negeri ini ditadbir oleh sistem pentadbiran British, langkah awal yang telah diambil oleh pegawai-pegawai British ialah menghapuskan sistem perhambaan yang sedia ada wujud di negeri Pahang. Tindakan ini menggugat kedudukan golongan kaya yang memiliki hamba bagi kepentingan bekerja di sawah dan kebun mereka. Rasa tidak puashati juga wujud di kalangan golongan kaya kerana mereka tidak diberikan pampasan oleh pentadbiran British untuk membebaskan hamba-hamba. Bagaimanapun pihak British berhadapan dengan masalah kewujudkan masalah di kalangan golongan hamba yang dibebaskan kerana walaupun mereka dimerdekakan, namun bekas-bekas hamba tersebut enggan meninggalkan kediaman asal yang diberikan oleh tuan-tuan mereka kerana mereka tiada pekerjaan dan tempat lain untuk dituju. Hamba-hamba berkenaan tiada mempunyai wang dan harta benda seperti tanah dan rumah. Peluang pekerjaan juga adalah terhad kecuali di bandar-bandar besar sedangkan dalam masa yang sama golongan hamba tiada mempunyai kemahiran pekerjaan di sektor ekonomi yang lain.

Salah satu pekerjaan yang menjadi tumpuan ialah sebagai buruh yang bekerja di atas tongkang-tongkang milik pedagang Cina yang belayar dari bandar Pekan ke Kuala Lipis dan Pekan ke Kuala Lipis. Namun demikian pekerjaan buruh kapal tidak menyediakan banyak peluang perkerjaan. Gaji yang dibayar adalah sekitar 10-12 dollar negeri Selat seorang sebulan di atas kapal dari Kuala Lipis ke Pekan.

Penduduk yang terdiri daripada orang biasa tingal di kampung-kampung adalah kebanyakannya miskin. Mereka tidak menikmati kemewahan sehinggakan tidak mampu membeli minyak tanah untuk pelita bagi menerangi pondok. Lampu yang digunakan dibuat daripada kayu-kayu kecil dan getah-getah pokok yang diikat di atas daun kelapa yang mengeluarkan asap yang tebal yang menghitamkan rumah mereka. Kebanyakan mereka tidak mempunyai wang tunai dan penduduk menjalankan kegiatan barter trade. Kegiatan ekonomi mereka adalah amat terhad dan bergantung kepada sungai dan hutan Perjalanan antara dua bandar ini mengambil masa selama enam minggu ketika sungai dalam keadaan normal. Ketika musim banjir, terutamanya dari bulan Oktober hingga Disember, tempoh masa perjalanan akan mengambil masa selama sehingga dua bulan. Kepesatan pembangunan di daerah Pahang terutamanya di Pekan dan kawasan-kawasan perlombongan yang lain telah mempengaruhi kepada peningkatan penggunaan tongkang. Tongkang telah menjadi medium pengangkutan yang penting untuk menampung kegiatan sosio-ekonomi masyarakat Melayu Pahang. Selain itu tongkang juga digunakan bagi memunggah barang-barang daripada kapal-kapal yang berlabuh di muara Sungai Pahang di Pekan.

Penduduk yang terdiri daripada orang biasa tingal di kampung-kampung adalah kebanyakannya miskin. Mereka tidak menikmati kemewahan sehinggakan tidak mampu membeli minyak tanah untuk pelita bagi menerangi pondok. Lampu yang digunakan dibuat daripada kayu-kayu kecil dan getah-getah pokok yang diikat di atas daun kelapa yang mengeluarkan asap yang tebal yang menghitamkan rumah mereka. Kebanyakan mereka tidak mempunyai wang tunai dan penduduk menjalankan kegiatan barter trade. Kegiatan ekonomi mereka adalah amat terhad dan bergantung kepada sungai dan hutan sebagai hasil usaha mereka. Hasil-hasil tangkapan di sungai atau hasil hutan yang diperolehi digunakan sebagai pertukaran dengan bahan keperluan asasi seperti makanan ataupun pakaian. Bagaimanapun pakaian adalah satu kemewahan dan sukar diperolehi setiap masa sebaliknya penduduk berusaha mendapatkan makanan. Penduduk mengusahakan tanaman makanan seperti sayuran dan pisang yang sukar untuk disimpan atau dijual menyebabkan ia tiada nilai ekonomi.

Sistem perhubungan terpenting negeri Pahang pada abad ke 19 ialah kapal wap yang menghubungi Pekan dan Singapura. Ini seperti mana dicatatkan oleh Sir Mahmud Mat dalam pelayarannya untuk ke Maktab Melayu Kuala Kangsar; “We traveled in a houseboat down the Pahang River to Kuala Pahang accompanied by our parents and close relatives”. Dari Kuala Pahang barulah terdapat perkhidmatan kapal wap yang datang dari Kuantan untuk menuju ke Singapura.

Taraf kehidupan orang-orang Melayu di Pahang sekitar 1880-an adalah amat rendah. Sebahagian besar penduduk adalah buta huruf dan tidak mengambil kisah mengenai pendidikan dan kesihatan. Penyakit tropika yang dialami seperti Taun, Kepialu dan Malaria adalah musuh nombor satu dipengaruhi oleh kedudukan rumah dan tempat tinggal mereka yang tertumpu di tepi-tepi sungai dan kawasan berpaya. Tiada terdapat hospital sebaliknya semua sakit yang dialami oleh penduduk dirujuk kepada Pawang atau Sebahagian orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar seperti Pekan, kawasan perniagaan di Penjom dan kawasan perlombongan di Ulu Pahang dan Ulu Kuantan. Sewaktu musim panas, mereka juga kemudiannya terlibat dalam kegiatan pembalakan. Sungai Pahang digunakan sebagai laluan perhubungan yang penting bagi orang-orang Cina terutamanya yang berniaga. Swettenham turut mencatatkan bahawa pada tahun 1885 terdapat kilang-kilang gula yang diusahakan oleh orang-orang Cina di sebelah muara Sungai Pahang di antara Pulau Tawar dan Temerloh.

Taraf kehidupan orang-orang Melayu di Pahang sekitar 1880-an adalah amat rendah. Sebahagian besar penduduk adalah buta huruf dan tidak mengambil kisah mengenai pendidikan dan kesihatan. Penyakit tropika yang dialami seperti Taun, Kepialu dan Malaria adalah musuh nombor satu dipengaruhi oleh kedudukan rumah dan tempat tinggal mereka yang tertumpu di tepi-tepi sungai dan kawasan berpaya. Tiada terdapat hospital sebaliknya semua sakit yang dialami oleh penduduk dirujuk kepada Pawang atau Bomoh. Masyarakat Melayu kuat mempercayai kepercayaan karut seperti hantu, roh jahat dan berbagai kehidupan halus. Pada kebiasaannya penyakit dikaitkan dengan unsur-unsur jahat yang menganggu pesakit. Oleh itu mereka kuat berpegang kepada pantang larang dalam kehidupan, ketika berkerja di hutan mahupun di laut. Kehidupan masyarakat Melayu ini dipengaruhi oleh pandangan Bomoh atau Pawang mempunyai kedudukan tinggi dalam kehidupan masyarakat.

Tiada bilangan tepat terhadap jumlah orang-orang Melayu yang berada di negeri Pahang sebelum kedatangan British. Ini kerana tiada langkah untuk mencatatkan jumlah penduduk kerana tiada sistem yang dapat merekod jumlah mereka. Selepas British datang ke Pahang, beberapa usaha dibuat bagi mencatatkan jumlah orang-orang Melayu. Pada tahun 1888 dianggarkan terdapat seramai 48,000 orang Melayu di Pahang. Bagaimanapun pegawai-pegawai British tidak dapat memperincikan jumlah orang-orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung. Tumpuan masyarakat Melayu adalah ditepi-tepi sungai Pahang, Jelai, Lipis dan Tembeling bersama-sama lembah-lembah kecil di Ulu Pahang seperti di Gali, Dong, Atok, Budu, Lalang, Teris dan Talang.

Pada tahun 1891 dicatatkan terdapat seramai 51,146 orang Melayu di Pahang tidak termasuk seramai 200 orang tinggal di kawasan istana dan orang Melayu di lembah Semantan seramai 150 orang. Walaubagaimanapun hanya terdapat sebilangan penempatan kecil di sebelah selatan Sungai Pahang.

Purata peningkatan jumlah orang Melayu yang dicatatkan di antara 1891-1901 adalah seramai 1,500 orang setahun. Adalah dianggarkan terdapat seramai 48,000 orang Melayu mendiami negeri Pahang pada tahun 1888. Kadar kepadatan penduduk Melayu pula adalah sekitar 3.5 orang sebatu persegi. Kebanyakan penempatan orang Melayu adalah berhampiran sungai dan sedikit penempatan di tepi pantai. Seperti mana dengan negeri-negeri lain di semenanjung, sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan dan kegiatan ekonomi masyarakat Melayu Pahang. Kawasan yang mudah bergerak adalah di sepanjang sungai Pahang disamping membekalkan sumber makanan seperti ikan yang menjadi sumber protein terpenting. Sungai juga membekalkan sumber air minuman. Walaupun negeri Pahang mempunyai banyak sungai, tetapi tidak semua sungai menjadi kawasan penempatan orang-orang Melayu. Sebaliknya orang-orang Melayu tertumpu di Jelai, Lipis dan Tembeling, dan di lembah-lembah kecil di Ulu Pahang seperti di Gali, Dong, Atok, Budu, Lalang, Teris dan Talang.

Terdapat juga beberapa penempatan orang Melayu di selatan Sungai Pahang. Bagaimanapun kawasan di tenggara Pahang tidak menjadi tumpuan kepada orang-orang Melayu kerana kawasan ini menghadapi kesukaran perhubungan dan letaknya dalam kawasan pendalaman. Hanya terdapat beberapa kampung di kawasan ini seperti Beserah, Kuala Pahang dan Kuala Rompin. Sekitar 1880an hanya terdapat dua buah bandar yang maju iaitu Pekan dan Penjom, sebuah bandar perlombongan. Pekan merupakan bandar terbesar di Pahang, binaan rumah Melayunya sama ada terletak di sekitar muara sungai atau di tengah-tengah. Terdapat bangunan-bangunan yang tersergam iaitu dua buah masjid, istana Sultan dan rumah-rumah moden yang dibina oleh orang Eropah dari Singapura. Swettenham mencatatkan kegiatan perniagaan di Pekan adalah tertumpu di dua barisan rumah kedai yang mengadap atau bertentangan satu sama lain mengandungi sekitar 40-50 buah rumah kediaman. Masih belum ada peniaga Cina yang dicatatkan pada ketika ini.

Penjom pula adalah merupakan kampung kecil yang terletak di tengah-tengah sungai Lipis berhampiran lombong emas. Laluan ke muara terganggu dengan adanya jeram di Benta dan juga halangan di Budu, Raub dan Ulu Lipis. Pada tahun 1887, ketika Clifford melawat Penjom beliau mencatatkan bahawa kawasan ini mempunyai ramai penduduk Cina berbanding Melayu. Ia merupakan kawasan paling hampir dengan lombong emas di Jelai. Di tengah-tengah barisan rumah kedai tersergam rumah To’ Kaya Setia Wangsa, iaitu ketua/pembesar Lipis.

No comments: