Thursday, September 9, 2010

Malaysia Perlu Hantar 1000 Pelajar Jurutera Nuklear ke China

WZWH mencadangkan kepada DS Najib dan Kementerian Pelajaran dan Tinggi supaya mula menghantar pelajar belajar kejuruteraan nuklear ke China. Untuk permulaan 1000 pelajar perlu dihantar bagi jangka masa 4 tahun. Ini penting untuk persedian modal insan teknologi nuklear.

Pada tahun 1960an dan awal 1970an, Tun Razak mengalakkan pelajar belajar teknologi nuklear ke US, England, Russia. Ini persediaan awal Malaysia bagi meneroka sumber tenaga alternatif diperbaharui bagi menghadapi krisis tenaga masa depan yang meruncing. Sebab itu Agensi Tenaga Atom ditubuhkan di Bangi, Selangor pada tahun 1972.

Kita lihat contoh Iran. Iran lancar loji janakuasa nuklear pertamanya NPP Bushehr 1000MW pada 21 Ogos 2010. NPP Bushehr bernilai RM3.6 bilion ini dibina dengan kerjasama teknikal Rusia bermula pada tahun 1998.

Projek NPP Busheh ini telah dimulakan pada tahun 1970an oleh kontraktor dari German tetapi tergendala akibat sekatan "U.S. embargo on high-tech supplies" kepada Iran selepas Revolusi Islam Iran 1979 menyebabkan syarikat German menarik diri.

Projek ini sepatutnya siap pada tahun 2007 dan dioperasikan pada tahun 2008 tetapi tertangguh akibat kekangan kewangan. US dan Barat bimbang proses pengkayaan uranium boleh diubah menjadi plutonium elemen untuk buat bom nuklear. Iran menegaskan NPP Bushehr untuk keperluan tenaga elektrik rakyatnya dan NPP Bushehr dikawalselia oleh IAEA dan Rusia.

NPP Bushehr ini boleh direalisasikan kerana komitmen janji Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin untuk memulakan NPP Bushehr musim panas ini. 700 jurutera Iran telah dilatih di Rusia selama 4 tahun untuk mengendalikan loji nuklear ini.

Kenapa WZWH mencadangkan kerajaan hantar pelajar kejuruteraan nuklear ke China kerana Malaysia dan China akan memeterai Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRA) mengenai ijazah pendidikan tinggi tidak lama lagi sebagai pemangkin ke arah peningkatan program pertukaran pelajar.

Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin berkata dengan mengiktiraf ijazah dari universiti China, memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar Malaysia dalam bidang pengajian seperti sains nuklear, kejuruteraan aero angkasa, automatif dan teknologi lanjutan.

Menurutnya perjanjian MRA itu kini dimuktamadkan. WZWH menyokong kepada dasar pandang ke Timur 2 ini. China akan jadi negara kuasa besar- a new superpower dalam masa 20-30 tahun lagi. China sangat menghormati Malaysia kerana negara kita yang pertama mengiktiraf dan mengadakan hubungan diplomatik di rantau Asia ini lebih awal mendahului US pada tahun 1974.

China telah membantu pembinaan loji janakuasa nuklear Korea Utara dan beberapa negara lagi. Teknologi nuklear China sangat maju dan kos pembinaan loji janakuasa nuklear teknologi China lebih murah dari US.

Jika kita boleh menghantar seramai yang boleh pelajar belajar kejuruteraan sains nuklear di China, negara akan mempunyai "manpower" yang cukup untuk mengoperasikan beberapa loji janakuasa nuklear yang akan Malaysia bina menjelang 2021.

Teknologi nuklear membina kemajuan teknologi tinggi lanjutan yang boleh transformasi Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024