Saturday, September 4, 2010

Hujah Yang UMNO Perlu Terangkan Kepada Pengundi Jerantut

Melihatkan kecelaruan yang terjadi di negeri-negeri Pakatan Rakyat, WZWH menjadi hairan bagaimana mereka masih boleh berselera untuk memerintah peringkat persekutuan? Bukankah lebih baik perbetul diri sendiri dahulu sebelum mencari kesalahan orang lain?

Pakatan Rakyat terdiri daripada DAP, PKR dan PAS. 3 buah parti yang sangat berbeza dari segi ideologi. DAP dengan sekularismnya, PKR dengan "keadilan" untuk Anwar Ibrahim, dan PAS dengan Hudud dan Negara Islamnya. Ideologi mereka saling bercanggah antara satu sama lain, dan adakah anda mahu pakatan sebegini memerintah Malaysia? Boleh huru-hara negara kita dibuatnya nanti jika pemimpin mereka bergaduh setelah mendapat kuasa nanti, melainkan salah satu parti sanggup mengorbankan ideologinya untuk memberi laluan kepada parti lain. Persoalannya, parti mana yang akan berkorban?

Baik PAS, PKR ataupun DAP, matlamat mereka pertama ialah mendapatkan kuasa terlebih dahulu. Asas perjuangan, bentuk kerajaan mahupun corak pentadbiran tidak dibincangkan secara mendalam. Asasnya, melemahkan UMNO dan Barisan Nasional. Untuk mencapai ini, PAS berperanan untuk melemahkan Islam dengan fatwa songsang dan sirah palsu manakalan PKR menawarkan untuk melemahkan melayu. DAP pula menawarkan kepada orang cina untuk merasa lebih kuasa dalam memerintah negara ini.

Adunan semua perkara karut ini, menjadi rencah mereka dan formula mereka untuk menawan negara ini. Jika dulu PAS akan mengkafirkan UMNO, atas apa juga yang dibuat, hari ini PAS rupanya menjadi lebih kafir dari UMNO. Jika Sammy Vellu atau Soi Lek yang berceramah dari dewan solat, rasanya hari ini masjid berkenaan akan dibakar.

Bagi PAS, apa saja yang mereka buat, punya sirah Rasulullah SAW, waima menipu tentang ketepatan sirah berkenaan. Pada mereka, hanya mereka yang berpengetahuan tentang Islam, orang lain semua bodoh dan jahil. Realitinya, hari ini, Allah SWT menunjukkan kepada kita semua bahawa rupanya PAS jauh lebih bodoh dari monyet dan kera. Cabaran yang tinggal pada UMNO hari ini memastikan bangsa Melayu dan agama Islam tidak diperkotak katikan oleh mereka yang mungkar. Ramai musang berbulu ayam rupanya dalam umat Islam hari ini. UMNO belum tewas pun, puak musyrik dan munafiq sudah muncul di mana-mana.

Yang paling jelas sekali, DAP paling bijak makan kiri kanan. Dia ada prinsip yang jelas dan konsisten dia boleh kata

"TIDAK ADA NEGARA ISLAM DAN TIDAK AKAN ADA HUKUM HUDUD"

pada PAS dan dalam masa yang sama berlagak alim sampai boleh memetik ayat al Quran dan menjadikan Khalifah Omar sebagai rujukan. Manakala Si Ah Moinya pula sudah mula menyusut masuk sampai boleh bagi tazkirah lagi pada puak-puak malang ini.

Ini semua hanya mainan DAP untuk mengabui puak-puak malang ini supaya mereka leka dan selesa sebagai rakan sekutu. Kalau nak kata idea Lee Kwan Yew pun tidak keterlaluan bagaimana strategi beliau memecahbelahkan orang Melayu Singapura mengikut suku kaum supaya senang diperintah dan dicucuk hidung.

PKR pula terlalu sibuk dengan agenda Anwar mahu jadi PM sehingga sanggup berbohong demi dendam kesumatnya pada UMNO. Kekuatan PKR hanya pada Anwar yang begitu bijak memain sentimen yang menyentuh perasaan orang Melayu.

PAS sebenarnya tidak ada pilihan samada berkerja sama dengan UMNO atau menjadi macai kepada puak-puak DAP maupun PKR. Sedangkan di parlimen kerusi PAS hanya cukup sebagai hamba sahaja, tidak boleh bersuara melainkan hanya untuk mempertahankan sekutu mereka. Sedangkan sudah terang lagi nyata DAP memusuhi Islam dan Melayu khasnya dan ingin mengulingkan kuasa Melayu Islam dan usaha ini dibantu pula oleh munafiq PAS.

Dalam syarat perkongsian Pakatan Rakyat, telah dinyatakan tiada negara Islam dan hukum hudud malah akan digantikan dengan pemerintahan sekular ala komunis. PAS hanyalah boneka kepada DAP yang hanya akan bertindak bila disuruh untuk mempertahankan tuan mereka malah pemimpin munafiq PAS telah berbohong kepada pengikut jahil mereka mengenai Islam.

PAS mungkin akan berjaya mengantikan UMNO sebagai parti alternatif orang Melayu jika mereka tak lari dari perjuangan negara Islam, hudud dan tak bersekongkol dengan DAP. Amatlah malang sekali kalau nak disamakan taraf UMNO dengan PAS di dalam pakatan masing-masing. UMNO adalah ketua dalam Barisan Nasional, tetapi PAS adalah boneka di dalam Pakatan Rakyat.

Kalaulah kerajaan cacamerba ini dapat kuasa maka rakyat terpaksa berkongsi 2 ideologi. PKR dan DAP - ideologi sekular, PAS ideologi Islam PAS. Tetapi yang parahnya kena ada 4 bahasa rasmi, semua agama adalah rasmi. Tokong, kuil boleh dibina dimana-mana selagi ada tanah terbiar di situ boleh bina kuil atau tokong. Semua kena pakai sistem merit baik dalam apa bidang sekalipun.

Kita hendaklah memilih kerajaan yang terbaik untuk kita. Kalau hendak tukar kerajaan sekalipun pilihlah kerajaan yang lebih baik, bukannya yang lebih teruk. Memanglah Barisan Nasional mempunyai kelemahan dan kekurangannya, tetapi inilah pilihan terbaik yang kita ada buat masa ini berbanding Pakatan Rakyat.

6 comments:

oh tidak said...

kita kena dekati mereka sedikit demi sedikit. janganlah asyik isu perkauman, sampai bila??? perjuangkanlah Islam, tanpa mengira kaum. Cina islam di negara China lagi ramai dari melayu islam di malaysia... So tiada soal mereka takut pada hukum Islam...

Anonymous said...

WZWH,

Duit syiling ada kepala dan ada ekor nya. Alternatif atau pilihan, kena pilih satu aje, tak boleh pilih semua. Soal nya dari sudut mana kita melihat nya. WZWH melihat dari sudut kepala, penganalisis lain mungkin melihat dari sudut ekor. Jadi kedua-dua betul dari segi pandangan nya.Soal nya bagaimana dan cara mana untuk Mapan?, fitrah nya tiada yang kekal, oleh itu perlu tranformasi dan pendekatan baru. Kata akar nya BERSATU dan BERPADU atas kebudayaan dan adat resam yang sama.

TK

Anonymous said...

Salam...,

Menyentuh persoalan kepala dan ekor contoh mudah dari dulu shngga skrng adalah "ikan" kalu buruk dikepala itu contoh yang amat malang bagi satu jamaah, kariah, mukim, DUN dan jajahan, hatta sebuah negeri..!!!. Koe baru aje masuk melihat blog2 hak mane koe rasa bekenan nak ngorat, manala tau kot2 boleh kena sumpah kena maki dapat juga pengajaran ke koe nih..

Xmain tapi xbuta politik...

Anonymous said...

Salam WZWH,

Tuan saya rasa PAS sangat advance dalam menangani politik semasa....Pimpinan mereka bijak berpolitik,mereka sedar untuk melaksanakan apa juga dasar perlu ada kuasa, so perkara pokok yang menghalang mereka berkuasa ialah BN/UMNO, oleh itu musuh utama ini perlu dikalahkan dahulu,kerjanya kena fokus, sasarannya kena tepat,Pas sedar tdk berguna bermati-matian bercakap tentang Hudud atau negara Islam sedangkan hasil tetap tdk kesampaian...

Dengan kebijaksanaan pimpinan Pas sekarang, tuan sendiri boleh lihat hasilnya...BN/UMNO sangat tergugat dan kebimbangan....PRU ke 13 pastinya menjanjikan persaingan yg sengit dan hebat jk pentas politik ditarikan samarata,Jk BN/UMNO tdk menggunakan SPR untuk membuat percaturan pengundi saya rasa BN/UMNO akan dijadikan pembangkang oleh rakyat...

Jika tuan mengatakan negeri-negeri yang dikuasai pembangkan huru-hara, sebenarnya tuan tidak menyelami atau menghayati atau tdk buat home work....rata-rata rakyat negeri berkenaan lebih percaya kepada PR. Mereka dapat bandingkan pemerintah dahulu dengan sekarang, mereka dapat lihat perbezaannya, kejujurannya, agenda kepada rakyat, kehidupan pemimpinnya (YB2). Saya optimis BN/UMNO tdk berupaya menawan negeri2 tersebut.

Memang propoganda BN/UMNO melalui akhbar/tv sangat kuat menyerang negeri2 yg dikuasai oleh PR, tetapi tuan kena ingat kemajuan pemikiran dan taraf sosial negeri2 berkenaan, rakyat yang maju, senang dan taraf sosialnya pertengahan dan tinggi lebih merdeka jiwanya, mereka tidak bergantung kepada pemerintah dan tidak mengharap kelangsungan hidup pada pemerintah, tidak seperti dikampung2...Golongan ini terdedah dengan maklumat yg tanpa sempadan, jadinya mereka tidak berpegang pada satu berita/maklumat...mereka berpengetahuan...mereka tidak mudah ditipu sebagaimana orang2 dikampung..

Tuan lihat sahaju isu kutbah dan isu bukan islam masuk masjid umpamanya...peringkat awal kelihatan BN/UMNO dapat keuntungannya tapi apabila Pas dan sekutunya menerangkan keadaan dan perkara sebenar dari sudut agama dengan dalil, nas serta shirah nabi...maka kelihatan lah BN/UMNO memang memperalatkan agama dimata mereka yang berilmu dan bermaklumat...

Tuan, BN/UMNO masih tidak berubah....rakyat masih tidak dapat menerimanya lagi..mungkin tuhan telah tentukan ajal BN/UMNO hampir sampai...kerana hidup ini umpama roda.....

Salam hormat dari saya.

afja02

Anonymous said...

Salam WZWH...,

Anggaplah persaingan dengan Pas bukan menghalang kemajuan kepada Umno dan sebaliknya kena mendahului digarisan depan. Jadikan gerak kerja Umno sebagai pemisah diantara rakyat sebagai persaingan. Jangan hanya maju dari segi pemimpin sedangkan rakyat khususnya pengundi dikelikirkan.

Bahasa mudah koe nak cakap, kalau demeh nak lagi berodong dengan komeh ni selalulah bertanya kabar gatek, Jangan dok palar sampai orang lain berguling alak dirumah atau dikampung dan jangan janji mende pelik2 tinggi sangat sampai puak komeh ni tak reti nak menyebutnya...Satu lagi koe nak berkongsi pandangan, komen2 dlm blog2 kena jawab samada setuju atau tidak. Tk..

P5B...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:51,
Terima kasih memberi pandangan.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...