Friday, September 17, 2010

UMNO Perlu "Avatar The Last Politicalbender" PRU 13

WZWH merasakan UMNO dan BN perlu hero atau "Avatar the last politicalbender" pada PRU 13 nanti. Apa strategi "Ying dan Yang" atau "Push and Pull" perlu difikirkan oleh DS Najib-PM terakhir dari teori RAHMAN?

DS Najib bukan saja terpaksa mengarab teori strategi politik nenek moyang Bugisnya tapi terpaksa study ilmu politik kuno dari Empayar Srivijaya, Majapahit dan Melaka. Pengalaman politik bapa-bapa negara terdahulu dari Tunku Rahman, Tun Razak, Hussain Onn, Tun Mahathir dan Tun PakLah perlu diambilkira semua.

Strategi terbaik ialah DS Najib harus gunakan semua pengalaman politik yang WZWH sebut tadi dan beliau mesti yakin kepada diri sendiri bagaimana mahu BN mendapatkan kembali kemenangan 2/3 parlimen PRU 13 nanti.

Bagaimana hendak mengembalikan "chi" atau semangat yang sudah hilang? Bagaimana hendak menaikkan moral politik UMNO dan BN menjelang PRU 13? WZWH sudah mengkaji banyak sejarah silam kuno dan moden Empayar dan Kerajaan, ini adalah tugas Raja-raja, Jeneral-jeneral, Bendahara-bendahara sepanjang zaman sejarah manusia.

UMNO dan BN perlu "seorang" atau semangat "Avatar the last politicalbender" untuk mempengaruhi majoriti 10.7 juta pengundi PRU 13 menyokong BN menguasai lebih 2/3 parlimen. Siapa dikalangan 3,159,484 ahli UMNO yang boleh menjadi Avatar? Siapa dikalangan rakyat Malaysia yang berjumlah 4 juta penyokong BN yang boleh menjadi Avatar?

Masalahnya setiap Avatar tidak tahu bahawa dia adalah seorang Avatar. Penyedar perlu ada untuk membangkitkan Avatar. Setiap Avatar perlu tahu bacaan politik menjelang PRU 13 nanti. WZWH mahu memberi statistik mudah bagi setiap Avatar UMNO dan BN yang akan bangkit menaikkan semangat perjuangan. Musuh tidak kuat sebenarnya. Yang lemah ialah Avatar tidak ada keyakinan, Avatar tidak mahu bangkit, ramai Avatar UMNO dan BN masih tidur tidak mahu jaga! Ini statistiknya.

ANALISA PEMILIH DALAM PRU12

pemilih

Menurut statistik pengundian yang didapati dari laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia jumlah pemilih dalam PRU12 ialah 10,740,277 orang. (Daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008 jumlah pemilih sekarang ialah 10,922,141 orang).

PRU 12 menyaksikan jumlah pemilih keluar mengundi yang tinggi iaitu 76%. Laporan dari parti-parti politik juga memaklumkan kadar pengundi saluran muda yang tinggi (tiada data rasmi dari SPR).

Didalam forum-forum pasca PRU12, para penganalisa politik dan pemerhati pilihanraya berpendapat, PRU12 adalah penamat kepada trend pengundian menerusi garisan ras.

Pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU12 juga membenarkan kesimpulan itu apabila parti yang tidak berteraskan ras memenangi 4 daripada 5 kerusi yang diadakan pilihnaraya semula.


ANALISA UNDI YANG DITERIMA OLEH PARTI-PARTI BERTANDING

undi dan peratusan dlm pru12

Di dalam PRU12, BN yang bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen menerima hanya 51% undi popular. Dalam erti kata lain, daripada sejumlah 7.9 juta kertas undi yang dipulangkan, 3,861,688 tidak mengundi BN.

PAS adalah parti kedua yang menerima undi popular terbanyak dan merupakan parti pembangkan yang memperolehi undi popular paling banyak di Parlimen.

PAS bertanding sejumlah 66 kerusi parlimen dan memperolehi 19.3% undi popular. Ini diikuti oleh PKR yang bertanding di sejumlah 97 kerusi dan memperolehi 14.8% undi.

DAP pula bertanding sejumlah 66 kerusi parlimen dan memperolehi 13.8% undi popular.

Walaupun begitu dari segi kerusi Parlimen, PKR memperolehi 31 kerusi, DAP 28 dan PAS 23 (termasuk kerusi PAS yang ditandingi oleh bukan ahli).

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 mengejutkan semua pihak. Buat pertama kali di dalam sejarah, BN kehilangan majoriti 2/3 nya di Parlimen.

Barisan Nasional memenangi sebanyak 140 (sekarang 139) kerusi di Dewan Rakyat. Gabungan PAS PKR dan DAP yang bergelar Pakatan Rakyat memperolehi sejumlah 82 (Kini 83) kerusi di Parlimen. Bagaimanapun satu kerusi Pakatan Rakyat yang dimenangi oleh PAS di Pasir Mas di kira sebagai kerusi Bebas.

Daripada jumlah tersebut, BN hanya memenangi 85 kerusi (kini 84) kerusi di Semenanjung Malaysia manakala Pakatan Rakyat memperolehi 80 (kini 81) kerusi.

Dalam erti kata lain, Semenanjung Malaysia bukan lagi kubu bagi BN. Harus diingat bahawa UMNO adalah parti tunjang bagi BN dan agenda UMNO adalah agenda Melayu dan 1Malaysia.

Malaysia Timur menjadi kubu kuat BN sedangkan UMNO parti tunjang BN hanya bertapak di 26 daripada 57 kawasan Parlimennya.

Dan di 25 daripada kawasan Parlimen tempat UMNO dibenarkan wujud ini, iaitu di Negeri Sabah, peratus penduduk Melayu hanyalah 15.3%.

Jika suasana politik dan sentimen yang membuak dikalangan rakyat di Semananjung berterusan, BN berkemungkinan akan menjadi minoriti di Semenanjung Malaysia.

Parti politik berteraskan ras di Semenanjung seperti Gerakan, MCA, MIC dan PPP berkemungkinan untuk pupus di Parlimen.

UMNO juga tidak terlepas untuk kehilangan tapaknya di Semenanjung.

APA AKAN JADI PADA MELAYU SELEPAS PRU 13?

Pasca PRU 12, keresahan dikalangan segelintir orang-orang Melayu mula membuak-buak. Melayu dilihat bukan sahaja semakin mengecil dari aspek komposisi kaum tetapi juga semakin kehilangan ketuanannya dalam politik Malaysia.

Perangkaan 2003 menunjukkan etnik Melayu adalah 50.3% sahaja. Jumlah ini diambil berdasarkan kelahiran seseorang itu daripada etnik Melayu, iaitu tidak mengambil kira sama ada individu tersebut membesar dengan mengamalkan budaya dan cara hidup Melayu.

Bancian dibuat setiap 10 tahun dan ia akan dilakukan semula pada tahun 2010. Kemungkinan besar perangkaan baru selepas 2010 akan menunjukkan bahawa etnik Melayu akan lebih dari 50%.

Secara langsung ini akan memberi kelebihan bagi UMNO yang memperjuangkan agenda Melayu. Ia kerana pasaran bagi mereka semakin mengembang. Trend menunjukkan sokongan orang Melayu makin meningkat kepada UMNO.

Pengundi Cina yang 30% menyokong BN perlu dipertingkatkan. BN perlu menyakinkan kepada pengundi Cina bahawa dari segi jangka panjang orang Cina lebih makmur dan sejahtera hidupnya jika berkerajaankan BN

BN perlu menjaga undi orang India yang sangat penting bagi memastikan kemenangan 2/3 BN. Sekarang ini WZWH jangka 50% orang India menyokong BN.

WZWH percaya masih ada harapan buat UMNO dan BN pada PRU 13 nanti. WZWH harap setiap Avatar UMNO dan BN perlu bangkit sekarang. Kita masih ada lagi sisa-sisa kekuatan untuk bangkit kembali memenangi peperangan undi demokrasi PRU 13 nanti.

4 comments:

chenerong ular said...

salam,memang pada awal selepas pru 12 kita dapat lihat dengan jelas perubahan sokongan orang2 melayu kepada umno.Kenapa ini berlaku ?.MEALAYU serta pengundi2 lain waktu itu tersentak dengan keputusan.Pru 12 ada lah medan orang2 melayu yang merasa kecewa denga kepimpinan umno khususnya dan bn am nya sepakat untuk mengajar kepimpinan supaya sedar sedikit dari lena yang terlalu panjang,ingatkan untuk memberi sedikit sahaja kerusi bn tumbang tapi sebaliknya berlaku,tetapi setelah bebberapa lama permerintahan berjalan di kebanyakan negeri2 di kuasa pembangkang hatta parlimen sendiri nyang kucar kacir sama seperti pasar angkara kononnya sikap kerterbukaan kepimpinan terdahulu,telus,sampai orang luar boleh lihat dalam seluar kita dengan mudah tanpa boleh disekat.dari persitiwa ini lah maka ada sedikit kesedaran dari orang2 melayu akan kesilapan yang telah mereka lakukn dalam pru 12 dahulu,maka sokongan mula diberi kepada umno setelah banyak hak dan kuasa2 melayu mula terhakis dan selalu di cabar,tapi sayang sekali,umno tak pandai mengambil kesempatan,ingat lagi tak,rata2 pemimpin umno bercakap kita mesti berubah dari saat ini,selepas banyak kekalahan bn, dan mungkin memikirkn akan kehilangan jawatan,waktu itu kita liahat wajah pemimpin sedih,sayu mcam nak menangis waktu berucap.
macam2 program di buat,berjumpa dengan orang ramai menerangkn perlunya ada kesedaran orang2 melayu di pru akan datang jika mahu kuasa terus di gemgam oleh kita,diwaktu itu berbagai idea telah dilontar oleh hadirin yang hadir,ada yang mengata,menghina pemimpin dengan kata pedas,memberi sebab mengapa kejutan pru 12 terjadi.kita dapat lihat waktu itu dimanamana perjumpaan yang diada kan kita dapat lihat pemimpin yang hadir hanya diam mendengar keluhan, pendapat,cadangan dan keresahan rakyat terhadap sikap tamak,berpuak2,menunjuk2,kroni berlebihan,orang sekeliling pemimpin,rasuah dan bermacammacam lagi,itu sebab TDM pernah berkata melayu mudah lupa,lihat sekarang,apa terjadi,pemimpin berbalik ke watak asal seperti dahulu kala,kusa makin hilang,....mereka lupa pru13 hampir tiba.sesetengah memikirkan dapat tak lagi jadi calun,yang lain fikir mungkinkah aku akan di calun,para penyokong sekeliling yang bergantung suapan makan dari mana2 calun atau bakal calun pun resah juga,inilah yang membuatkan keadaan orang melayu dalam umno hura haru macam cacing kepanasan.kita kena ingat dlm sistem negara kita,nak memeritah,setiap pati kena ada majoriti,jadi disebelah sana pn akan lakukan untuk mendapatkannya.bangkitlah wahai pejuang umno.LURUS KAN NAWAITU KITA BIAR SEIRING DENGAN PERBUATAN YANG KITA ZAHIRKN.. sebab kita ne ada tempat lain lagi nak di tuju selain putra jaya....... MATINYA KITA.............WASALLAM

Anonymous said...

Salam WZWH,

Analisis yang terperinci dan mendalam. WZWH Terus kan Usaha untuk membuka minda dan menyedar kan pengomen atau blog yang sentiasa menghentam pandangan WZWH ,pada hal mereka tiada idea membina selau saja berpandangan negatif. Pada WZWH dan ADUN Tahan bertungkus lumus untuk membawa pembangunan dan menyelesai masalah, berilah sokongan jangan asyik mengutuk.Beri komen macam CD, positif makna nya berlapang dada.

Syabas WZWH.... lama kelamaan orang akan menghargai Sumbangan WZWH.

Anonymous said...

porah

Anonymous said...

salam,
anon 7.23 adalah orang yang sentiasa berfikiran negatif.otak dia tak dapat menganalisis mana yang benar dan mana yang salah.atau lebih tepat lagi otak bengong atau biul.taktahu analisis data dan angka.jadi selepas ini tak payahlah awak baca blog.baca aje hikayat sang kancil dan sang buaya sebab awak bodoh macam buaya tersebut.buat menyemak aje.bila otak dah ada ilimu boleh baca blog semula.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...