Saturday, October 2, 2010

Pas Bajet RM3 juta Tawan Parlimen Jerantut

Pakatan Rakyat Jerantut sangat yakin boleh memenangi parlimen Jerantut dan beberapa DUN pada PRU 13 nanti. WZWH petik dari blog PKR Cabang Jerantut...

PARLIMEN JERANTUT IMPIAN PAKATAN RAKYAT PRU13 NANTI

Pemilihan diperingkat cabang-cabang sedang berjalan dengan lancarnya. Memang banyak berita yang memburukkan didengari disetiap peringkat cabang namun itu hanyalah kerja dan usaha UMNO untuk memberi imej buruk kepada PKR.

PKR sudah diterima dibanyak parlimen. Di Kuantan PKR sudah memenanginya. Jerantut adalah antara harapan PKR yang masih dalam impian. DUN Damak sekurang-kurangnya akan jadi titik tolak kepada PKR untuk memenangi hati rakyat.

Parlimen Jerantut juga bukanlah terlalu susah untuk jatuh ketangan Pakatan. Kita melihat banyak masalah yang sedang dihadapi oleh para pemimpin UMNO dan ini akan melemahkan mereka dan memberi peluang kepada PR untuk mengambil alihnya nanti.

Apa yang yang membuat Pakatan Rakyat Jerantut terutama PAS begitu yakin untuk menawan parlimen Jerantut?

PAS bercadang bajet RM3 juta untuk menawan Parlimen Jerantut. WZWH mahu mengingatkan kepada semua pimpinan UMNO empat peringkat; Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta pimpinan akar umbi UMNO cawangan agar bersedia dengan gerakan strategi baru PAS ini.

YB Husam Musa "blue eyes boy" Tok Guru, orang kepercayaan PAS dan DS Anwar Ibrahim merupakan "ekonomist" PAS merancang perlu dapatkan RM200 juta untuk bawa PAS ke Putrajaya.

Daripada 222 kerusi parlimen, UMNO mendapat 65 kerusi, PAS 23 kerusi, PKR calon Melayu Islam 20 kerusi suatu ketika dan bebas 1 (atas nama PAS), DAP 26 kerusi, MCA 15 kerusi. Bererti terdapat 109 kerusi akan jadi perebutan orang Melayu Islam di semenanjung.

Strategi Husam Musa untuk memenangi 65 kerusi UMNO dalam PRU 13 nanti maka RM200 juta perlu dibelanjakan. Itu tidak sukar sejak lawatan Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew ke Kelantan beberapa tahun dulu, Husam Musa cukup yakin untuk melaksanakan tugasnya. Itu yang buat TG Nik Aziz sedap bercakap dan sangat vokal sekarang.

WZWH membaca pasti RM3 juta senang-senang dibelanjakan untuk PAS Jerantut. Sebab itu PAS Jerantut berasa yakin dapat menawan Parlimen Jerantut pada PRU 13 akan datang. Itu yang buat DS Anwar Ibrahim tersenyum puas bila datang ke majlis Pakatan Rakyat di Markas PAS Temin, Jerantut.
WZWH berpendapat terpulanglah kepada pimpinan tertinggi UMNO bahagian Jerantut untuk merancang sesuatu.....YBM Tengku Azlan perlu berkira-berkira dari sekarang. Mungkin Timbalan Ketua Bahagian Jerantut YB Dato' Wan Amizan boleh memberi formula bagaimana menghadapi strategi baru ala globalisasi PAS dan menyekat "buah sulit" Husam Musa ini.
Peperangan antara PAS dan UMNO pada PRU 13 nanti begitu menarik perhatian WZWH. UMNO bahagian Jerantut perlu seorang "ekonomist" yang juga handal untuk menyaingi strategi Husam Musa ini.

Siapa calon parlimen Pakatan Rakyat Jerantut pada PRU 13. PAS masih lagi diberi peluang dan harapan menawan parlimen Jerantut. Calon yang direstui oleh Hadi Awang dan Anwar Ibrahim ialah Dr Hamzah bin Jaafar.

Dr Hamzah bin Jaafar, 44, graduan Al Azhar adalah Yang Dipertua PAS Jerantut. Beliau juga adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. Pesuruhjaya PAS Pahang adalah saudara dan sekampung dengan Dr Hamzah iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dari Kampung Batu Balai, Jerantut.

Dr Hamzah adalah calon Parlimen PAS Jerantut dalam PRU 11 dan 12. Berikut ialah prestasi Dr Hamzah:

Sejarah pilihanraya Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

Manakala Abang kepada Dr Hamzah iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN. Mohd Nor Jaafar PKR 5165, Dato' Lau Lee BN 5674 dan Koh Boon Heng Bebas 3295.

Pada WZWH strategi politik dua-beradik ini untuk"MENGKELANTANKAN"Parlimen Jerantut dan Dun Damak hampir berjaya.

Pada 12 Jun 2010 di Muktamar PAS Kota Bharu, Dr Hamzah mendesak kepimpinan PAS memikat pengundi Melayu yang membentuk asas parti disamping merapatkan PAS dengan pengundi Cina jangan lupa Melayu. Melayu patut jadi sasaran utama PAS.

"Kita tidak ada masalah dengan orang Cina dan India yang menjadi penyokong kita...Kita harap PAS memenangi semua kerusi Melayu dalam PRU 13 dan mengantikan UMNO", itulah cita-cita Dr Hamzah Jaafar. YB Husam Musa amat rapat dengan Dr Hamzah dan Husam Musa sangat suka kerana Dr Hamzah menyokong rancangan Husam Musa "ekonomist" PAS dengan dana RM200 juta untuk menyapu bersih 65 kerusi parlimen UMNO di Semenanjung Malaysia.

Dr Hamzah menjanjikan kemenangan mudah parlimen Jerantut ke tangan PAS yang menjadikan peransang kuat memotivasikan Husam Musa. Bertambah yakinlah Husam Musa dengan rancangan "PAS ke Putrajaya PRU 13".

Dr Hamzah mengkaji bahawa UMNO sabotaj usaha PAS dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dengan undi Felda. Ada 40 kerusi parlimen di kawasan Felda dan semuanya dimiliki UMNO.

Isu Felda bangkrap oleh Mazlan Aliman AJK PAS Pusat ialah satu usaha bersama idea Dr Hamzah dan Pakatan Rakyat melemahkan sokongan UMNO di kalangan peneroka.
Berjayakah nanti usaha Dr Hamzah "MENGKELANTANKAN"parlimen Jerantut pada PRU 13 nanti? Jawapan itu ada pada 23,000 ahli UMNO Jerantut, ada pada cucu-cicit Pawang Nong di Ulu Cheka, ada pada cucu-cicit Mat Kilau di Pulau Tawar, ada pada cucu cicit keturunan Bendahara di Tembeling dan ribuan peneroka di 16 kawasan Felda Jerantut yang masih mengenang budi Tun Razak dan anakandanya YAB DS Najib PM!
WZWH suka memetik kata sahabat blogger Sembang Kedai Kopi sebagai kesimpulan kepada strategi UMNO mempertahankan parlimen Jerantut pada PRU 13 nanti.

sembang kedai kopi said...

Salam.Strategi yang paling baik untuk menang adalah dengan mendahulukan rakyat.Jika pemimpin pemimpin UMNO perihatin kepada permasalahan rakyat dengan sendirinya rakyat akan mengundi UMNO tetapi jika pemimpin hanya mementingkan diri sendiri serta merompak hak hak rakyat,bagaimana rakyat akan mengundi mereka?

12 comments:

Anonymous said...

Sekarang orang bukan tengok budi pemimpin dahulu lagi.Pawang Nong lah,Mat Kilau la,Tun Razak la.Rakyat hidup makin lama makin susah.Umno kini dah tak dipandang dah,sebelah mata pun tak.PRU 13,baik aku sokong Pakatan.Buang masa ja sokong kerajaan ni.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:02,
Terima kasih memberikan pandangan. Satu feedback yang baik untuk pemimpin-pemimpin UMNO.

Anonymous said...

salam WZWH:Selalu isu kenegerian lah selalu di mainkan oleh penduduk setempat dan JKK,walau pun KC di kawasan org Kelantan dengan isu talam dua muka,kadang2 isu ini sangat sensitif..walaupun ahli dan Kc pure UMNO.. yang menyertai parti pembankang bkan semuanye dari Kelantan..jd jangan di jdikan isu MENGKELANTAKAN PARLIMEN JERANTUT..kerana di parti PAS terdapat perbagai ahli org PAHANG dan dri lain2 negeri..cuma orang pahang di daerah Jerantut takut ke depan..apakah persiapan UMNO bahagian Jerantut? Semuanye leka belaka...Jangan ingat duit boleh membeli semua orang..dekat PRU baru nak uat kerja..dah terlambat.....kali nie bye2 UMNO/BN. Semuenye hipokrit belake..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 9:17,
Kenapa orang Pahang PAS Jerantut takut ke depan? Kenapa kepimpinan orang Pahang PAS dinafikan? Adakah mereka ini secara sistematik dinyahkan dari kepimpinan PAS oleh orang luar. Kenapa biar dijajah oleh orang luar. Kenapa anon menyokong orang luar yang tidak memahami keperluan dan kehendak serta adat penduduk tempatan? Jerantut bukan jajahan Kelantan.

Anonymous said...

salam WZWH....Kelantan,Pulau PInang, Kedah,Selangor masih berada d dalam Malaysia,bkan luar dri malaysia..orang indon dtg malaysia pun bleh kaya raya..nrgara kita masih mengamalkan demokarasi..jangan jd pemipin yang hipokrit....jangan jadikan wang runggit sebagai ukuran..

Anonymous said...

salam... lau dlm parti UMNO jerantut sendiri bpecah belah, jgn hrp PRU 13 umno akan menang. dlm umno sendiri skrg ni mcm2 isu xuka org 2lah, xsuka org nilah, nak org 2 jd ahli parlimen lah, nak org ni jd ahli parlimenlah, org 2 kebas harta rakyat lah, org 2 jual tanah org melayu lah.. mcm mn rakyat nak percaya mcm ni...

Anonymous said...

Kami org kelantan tapi org UMNO, kami kecewa dgn politik sempit wzwh. Kalau ditakdir wzwh jadi calon seluruh org kelantan di jerantut tak akan beri undi pada wzwh. jika wzwh tanding AJK bahagian juga semua org kelantan tak akan undi wzwh.

Anonymous said...

jgn diharap wzwh ni..
org luar buat cara org luar..kalau org luar nak mohon tanah di negeri kelantan,borang pun jgn harap boleh beli.termaktub dalam enakmen tanah kelantan.

chenerong ular said...

tidak timbul untuk mengkelantan parlimen jerantut dan dun damak,sesiapa bisa bertanding jika rakyat malaysia,yang penting pengundi merestuinya,yang mempunyai kuasa adalah pengundi2 yang terdiri dari pengikut2 setia parti2 politik,yang lagi penting, mereka2 yang diatas pagar,yang tidak mempunyai apa2 kepentingan,baik kepada pemimpin atau parti politik,jika diukur dari angka yang diberi ahli umno di parlimen jerantut melebehi 23,oooo orang termasuk yang telah mati,tapi apa sudah jadi dengan pru 12 dulu,cemas2 tersungkur angkara penyokong umno berpaling tadah dan meluat melihat gelagat pemimpin2 umno sendiri,pikat lah hati ahli2 umno,,mca,mic dan gerakan agar semuanya memangkah bn pada pru 13 nanti.insyaallah bn akan menang jika berlaku seperti yang di rancang dengan syarat pemimpin umno harus berubah dan membuang perangai CAS KETING yang selama ini berlaku........jika tidak ?. bye....bye....bye...... BN.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam CU,
Satu pandangan yang logik, bernas, tepat menganalisakan keputusan PRU 12 dan 13 akan datang. Semua pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahli perlu studi dan mengkaji pandangan baik CU. Tk.

Anonymous said...

salam semua
pada pandangan saya (anak jati Pahang), kalau x de orang Kelantan kat Jerantut ni, habis semua disapu oleh bangsa Cina. jadi x payah la nak guna sentimen kenegerian ni, dah lapuk dah. Hakikatnya dia tetap orang Melayu dan kalau cina atau india pun, kita tetap warga Malaysia. Sepatutnya pemimpin mentadbirnya secara adil. Jika setiap permasalahan rakyat di 'tackle' oleh setiap pemimpin Umno misalnya, orang Melayu, saya rasa pasti mengundi Umno dengan tak payah nak gula2kan mereka. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Saya mengambil contoh satu permasalahan antara peneroka dan Felda tentang hutang yang tidak munasabah. Kami ajukan permasahan ini kepada seorang Exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio Felda tetapi tindakannya ialah mencabar peneroka keluar dari tanah rancangan. Adakah ini tindakan yang rasional sebagai seorang pemimpin yang melaungkan 'rakyat di dahulukan Pencapaian Di utamakan'? Kami warga peneroka atau pun generasi kedua, sebenarnya mahukan penjelasan tentang sesuatu permasalahan tersebut dan kalau ianya dijawab dengan rasinal, kami akur lah. Apabila pembangkang yang ambil berat tentang sesuatu permasalah itu ( tanpa prejudis) dikatakan kami warga peneroka pembangkang. kalau kami jadi pembangkang pun, sebenarnya salah siapa? Pemimpin kami ( sebab kami pun asalnya ahli dan penyokong Umno) pada pandangan kami bukannnya nak membela nasib rakyat tapi hanya untuk mendapatkan kuasa yang kemudiannya digunakan untuk mengumpul kekayaan. INGAT, PENGLIBATAN KAMI DALAM POLITIK HANYA SEBAGAI PENGUNDI. FAHAM2 KAN LAH. JIKA ADA PAYUNG PUN TAK BOLEH NAK BUAT BERTEDUH, BAIK GANTI DENGAN PAYUNG BARU JE. Jangan salahkan kami jika Umno kalah nanti, salahkan diri kamu pemimpin2 Umno Jerantut semua

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 3:13,
WZWH bersetuju dengan pandangan Anon. Pemimpin-pemimpin UMNO perlu berfikir positif menjadikan semua permasalahan rakyat dan pengundi adalah peluang-peluang yang jika diurus dan ditangani dengan profesional akan bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah itu kalau tidak penuh mungkin separuh dan dalam masa yang sama menambat hati pengundi. Ini yang pemimpin UMNO Jerantut perlu ambil pendekatan. Pada WZWH masalah-masalah politik Jerantut dan kehendak serta keperluan pembangunannya adalah PELUANG.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...