Saturday, October 30, 2010

Politik Urusniaga Tenaga Nuklear Dunia



Dalam posting yang lepas WZWH sudah melabelkan zaman sekarang ialah zaman tenaga nuklear "renaissance" Asia. Naga-naga ekonomi Asia seperti Jepun, China, Korea Selatan, India dan banyak lagi sedang dalam perlumbaan pembinaan loji tenaga nuklear.

Masing-masing berminat kepada tenaga nuklear, ketika Amerika Utara dan Eropah sudah lesu. Ini kerana tuntutan keperluan ekonomi. Tenaga nuklear menggerakan industri lanjutan tinggi dengan lebih pantas lagi. Tidak hairan  negara Amerika Selatan pun berminat.

Yang begitu menonjol sekali ialah China diikuti Korea Selatan dan Jepun. China mahu menjadi "superpower" dunia dan mahu mengalahkan Amerika Syarikat. Sememangnya Amerika Syarikat membuat kesilapan dasar tenaga nuklear sejak 30 tahun lepas kerana mengabaikannya walaupun perlumbaan senjata nuklearnya tetap rancak.

Negara Islam Asia sudah bergerak sekarang. Iran, Pakistan, Turki (separuh Asia separuh Eropah) telah memulakan program tenaga nuklearnya. Mereka masih menunggu Malaysia menyertai kelab negara Islam tenaga nuklear. UAE dan Indonesia malah Bangladesh sudah mula menempah kelab.

WZWH akan paparkan hubungan urusniaga tenaga nuklear dunia dan politik tidak boleh diketepikan kerana masing-masing mencari rodong (partner) yang sesuai. Ini adalah kepentingan strategik tenaga masa depan dan bisnes yang sangat lumayan mencecah ribuan bilion USD.
  • China mengadakan urusniaga dengan Pakistan, Belarus dan kerjasama dengan Perancis.
  • Korea Selatan mengadakan urusniaga dengan Turki, UAE, Indonesia, Filipina dan Afrika Selatan.
  • Jepun mengadakan usahasama dengan India.
  • Rusia mengadakan urusniaga dengan Iran,Turki, Vietnam, Bangladesh dan Venezuela. Usahasama dengan China.
  • Amerika Syarikat mendiamkan diri selain kerjasama dengan Israel, Korea Selatan dan kemungkinan Singapura.
Amerika Syarikat walaupun tidak aktif urusniaga tenaga nuklear tapi melalui syarikat-syarikatnya yang banyak mengadakan kerjasama dengan Korea Selatan secara tidak lansung mendapat faedahnya. Amerika Syarikat dan Korea Selatan telah memujuk Korea Utara dengan bantuan membangunkan reaktor nuklear jika Korea Utara membatalkan rancangan senjata nuklear plutonium. Rundingan sedang berjalan.

Bagaimana dengan Malaysia? Dengan siapa mahu menjalinkan usahasama dan urusniaga. Kalau kita imbas kembali DS Najib membuat pengumuman yang Malaysia mungkin menimbangkan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif bila beliau melawat Korea Selatan pada tahun 2009.

WZWH merasakan Korea Selatan sebagai pilihan kerana sebab-sebab berikut:
  • Rising star in nuclear power
  • South Korea has recently become increasingly active in seeking international nuclear energy deals. Kepco earlier this year won a deal to build a $20 billion power plant in the United Arab Emirates.
  • Kepco presently operates 20 nuclear power plants in South Korea, and another six are being constructed.
  • According to the International Atomic Energy Agency, or IAEA, South Korean nuclear plants are among the safest in the world. Under IAEA figures, South Korean nuclear plants had only one accident in the past 30 years, while that figure was two for Japan, six for the United States, eight for Russia and 35 for France.
  • South Korean nuclear plants also are the least expensive in terms of unit power generation, according to industry sources. The South Korean option costs about $2.3/kW, while that figure is $2.9/kW in the case of France and Japan, $3.05/kW for Russia and $3.58/kW for the United States.
  • Despite ongoing concern by environmentalist groups over the safety of nuclear power plants worldwide, the IAEA says that further development of this sector is inevitable. The IAEA predicts that 300 new nuclear plants will be built throughout the world by 2030.
  • Kepco is the world's sixth largest nuclear energy company in terms of power generated.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...