Sunday, October 17, 2010

Politik Pembangunan Masih Relevan Di Jerantut

DS Najib berpandangan bahawa strategi seperti “politik pembangunan” tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

“Saya kira mengapa orang menolak parti-parti yang banyak berjasa dahulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. Mereka tidak berubah mengikut masa.

“Tetapi sebaliknya kalau kita berubah dan kita dilihat sebagai parti yang dinamik dan segar, Insya-Allah sokongan rakyat pada kita akan berterusan pada masa-masa akan datang".

Najib berkata kegemilangan sesebuah parti yang memerintah, membawa banyak perubahan dan membela untung nasib rakyat bukanlah satu jaminan untuk parti itu terus berkuasa.

DS Najib mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara “Bukan sahaja kita perlu Model Ekonomi Baru kita mungkin perlu Model Politik Baru ”.

Namun begitu, katanya Model Politik Baru ini tidak akan mengubah matlamat perjuangan Umno, sebaliknya perubahan yang dilakukan hanya daripada segi kaedah namun objektif adalah sama dan akan terus dipertahankan.

“Takrifkan semula perjalanan ke arah mencapai matlamat kita sebab persekitaran sudah berubah. Persekitaran yang berubah ini bermakna strategi kita juga disesuaikan dengan konteks yang baru ini. Kalau kita dalam persekitaran yang baru menggunakan metodologi yang lama... buruk padahnya.

“Orang kata persekitaran baru metodologi lama (walhal) yang sepatutnya persekitaran baru metodologi baru. Barulah Umno dilihat sebagai parti yang dinamik".

Beliau memberi jaminan bahawa walaupun perubahan berlaku, namun matlamat dan semangat perjuangan Umno sejak dahulu tetap kekal dan pimpinan hari ini akan terus memperjuangkan apa yang telah diasaskan pemimpin terdahulu.

Najib berkata pada masa sama, keseimbangan perlu ada dalam memerintah sesebuah negara.

“Takkanlah (kumpulan) majoriti dalam satu negara (memiliki) jumlah kekayaan yang kecil (dan) tidak seimbang dengan (kedudukannya sebagai) majoriti. Itu bukan asas kestabilan jangka panjang".

Sehubungan itu, beliau berkata Umno perlu terus dilihat sebagai sebuah parti yang mempunyai prinsip yang adil dan bertimbang rasa.

“Kita mesti berlaku adil... adil kepada orang Melayu dan adil kepada semua bangsa lain dalam negara kita, barulah kita akan wujudkan negara yang bersatu padu, kukuh dan berjaya".

Najib berkata Umno sejak di bawah kepimpinan terdahulu sememangnya bukan sebuah parti yang ekstrem.

“Kalau kita ekstrem tidak mungkin kita dapat kemerdekaan. British tidak akan bagi kemerdekaan kalau dituntut oleh orang Melayu sahaja. British beri kerana kaum lain bersama dengan orang Melayu.

“Tetapi orang Melayu mesti merupakan peneraju kepimpinan dalam negara kita... kepimpinan negara kita kepimpinan Melayu dan Umno. Ia mengenai kepimpinan Melayu dan kepimpinan Melayu adalah adil kepada semua".

WZWH faham DS Najib duduk dalam aras kepimpinan tertinggi negara memiliki "firsah" iaitu kelebihan yang Allah bagi untuk lebih mengetahui urusan mentadbir urus Malaysia. Secara umumnya pandangan DS Najib boleh diapplikasi.

Tetapi bagi kawasan pedalaman seperti Jerantut, WZWH tetap berpandangan politik pembangunan masih lagi relevan. Jerantut masih lagi memerlukan infrastruktur-infrastruktur seperti"

  • Jalanraya-jalanraya
  • Jambatan-jambatan
  • Bekalan air bersih dan elektrik yang mencukupi
  • Institusi pendidikan tinggi
  • Pembesaran kampung-kampung
  • Felcra
  • Bantuan peruntukan pertanian
  • Bantuan peruntukan industri pelancungan
  • Menara komunikasi
  • HSBB jalur lebar

Apa yang mengekalkan UMNO dan BN berkuasa lebih 50 tahun adalah kerana dasar politik pembangunan yang konsisten. Jika sebuah kerajaan itu sudah memberi kebaikan kepada rakyatnya tetapi rakyat tetap juga menolak itu bukan salah kerajaan. Rakyat sebegini sepatutnya berhijrah ke Afrika atau ke Amerika Selatan supaya lebih memahami erti kehidupan dalam sebuah kerajaan yang baik.

1 comment:

Lukk said...

saya juga hampir bersetuju dengan anda...Politik pembangunan masih lagi relevan..tapi bukanya semasa Pilihanraya kecil..kadangkala,rakyat dah muak dengan permainan politik sebegini..bila ada je PRK,pasti di sogok dengan projek2 segera..kena ubah trend macam nie sekiranya masih lagi ingin berkuasa...setiap wakil rakyat dan AJK setiap bahagian,kena bekerja dengan telus dan lebih keras lagi supaya parti BN dapat mengekalkan pemerintahan...bukan sahaja sebelum pilihanraya tapi selepas pilihanraya...selalunya,kalau selepas pilihanraya,batang hidung pun susah nak nampak..itu masalahnya...betul tak?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...