Wednesday, October 20, 2010

Pembangunan Transformasi Tembeling Tengah DUN Tahan

Projek Jambatan Kampung Jong Berlaboh bakal mengubah pembangunan transformasi Tembeling Tengah DUN Tahan.

Projek jalan Chegar Perah  ke Kampung Jong Berlaboh bakal menjadi laluan alternatif menghubungkan antara Daerah Kuala Lipis dan Daerah Jerantut. 

Kebiasaannya bila kita bercakap pembangunan DUN Tahan dalam parlimen Jerantut selalunya orang suka fokus penantian 50 tahun jalan Ulu Tembeling. WZWH kira masalah projek jalan Ulu Tembeling sudah selesai.

Projek ini sudah bermula dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi secara rasminya pada 1/4/2010 dan akan disambung berperingkat ke Kampung Kuala Sat dan seterusnya ke Kampung Mat Daling. 7 tahun lagi projek jalan Ulu Tembeling yang bernilai RM460 juta akan siap sepenuhnya dari Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling, Insyallah.

WZWH faham kenapa YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan terlalu memfokuskan pembangunan Ulu Tembeling. WZWH sudah nampak "vision" bagaimana kita mahu membangunkan Tembeling Tengah yang terdiri dari banyak kampung tradisional tepi sungai seperti Kampung Pasir Sia, Cebong, Air Hitam, Kekura, Kercih, Jong Berlaboh, Paya Koran (tempat lahir Dato' Wan Amizan), Labu, Tada, Permacang Raja, Lubuk Payong, Ranggol, Merting, Gol.

Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang juga dikira sebagi zon Tembeling Tengah yang paling ramai pengundi dalam DUN Tahan.

Sebuah jambatan merentasi Sungai Tembeling perlu dibuat dengan segera jika kita mahu impak pembangunan dapat dirasa dengan cepat. Jambatan Jong Berlaboh bernilai RM60 juta menghubungkan Kampung Jong Berlaboh lama dengan Kampung Jong Berlaboh baru.

Projek jalan di Kampung Jong Berlaboh lama ke kampung-kampung berdekatan seperti Kampung Batu Balak perlu dibina. Terdapat banyak tanah kerajaan yang luas boleh dimajukan ala Felcra untuk memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang kampung Tembeling Tengah.

Sebenarnya WZWH baru perasan rupanya dari Kampung Jong Berlaboh lama sudah dekat dengan sempadan daerah Kuala Lipis. Kampung Jong Berlaboh lama jaraknya dengan Chegar Perah (Dalam daerah Kuala Lipis) cuma 12km sahaja. maka WZWH mencadangkan kepada Kementerian Luar Bandar supaya membina projek jalan Kampung Jong Berlaboh ke Chegar Perah yang kosnya lebih kurang RM150 juta.

WZWH mahu menceritakan tentang pembangunan di daerah Kuala Lipis agar pembaca blog WZWH dapat gambaran yang jelas supaya boleh memahami "vision" WZWH.

Penantian 3,000 penduduk sejak 50 tahun lalu berakhir apabila projek jalan raya dari Kampung Bukit Kota ke Aur Gading dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai dan DUN Padang Tengku siap tidak lama lagi. Projek bernilai RM35 juta sejauh 11.7 km itu dilaksanakan oleh Konsortium Jalan Relong-Merapoh sejak 3 Mac 2008 dijangka siap mengikut jadual pada tahun 2010 ini. Projek fasa pertama itu bakal memacu pertumbuhan sektor pertanian dan pelancongan di kawasan Pahang Barat.

Fasa kedua projek itu yang menghubungkan Aur Gading ke Chegar Perah di DUN Padang Tengku akan disambung selepas selesai fasa pertama projek itu. Projek fasa kedua ini bernilai lebih kurang RM95 juta sejauh 16 kilometer.

Jika kita dapat menyambung projek jalan Chegar Perah ke Jong Berlaboh dan Jambatan Jong Berlaboh siap dibina maka ia membuka peluang penduduk bergiat dalam bidang pertanian dan pelancongan di samping mewujudkan pusat pertumbuhan baru dan melancarkan modus operandi kerajaan membasmi kemiskinan sifar. Jika kedua fasa siap dalam tempoh empat tahun ini, ia akan menjadi laluan alternatif kenderaan dari Lembah Klang ke Negeri Kelantan dan dapat menjimatkan masa perjalanan.

WZWH boleh membayangkan bahawa Tembeling Tengah di DUN Tahan akan maju dan rakyatnya sejahtera. Jika kerajaan BN mendengar pandangan WZWH ini dan Kementerian Luar Bandar serius melaksanakan pembangunan Tembeling Tengah DUN Tahan maka sudah pasti rakyat akan menyokong kerajaan BN.

8 comments:

Buntat said...

Dah mula melalut pulak.
'Jika kerajaan BN mendengar pandangan WZWH ini dan Kementerian Luar Bandar serius melaksanakan pembangunan Tembeling Tengah DUN Tahan maka sudah pasti rakyat akan menyokong kerajaan BN."
Apa ni. EH lu sapa pandai sangat merancang ni. Kerajaan banyak duit nak bangun DUN tahan. Yang lain tak payah pembangunan. Sedarlah kita ni sapa.
Ong tahu sekarang banyak yang bencikan DUN TAHAN dan KRONI-KRONInya. Terutama WZWH. Kononnya WZWH penasihat ADUN Tahan. Bukan PENASIHAT tapi PUNAHSIHAT.

DALAM DUNIA ADA 99 JENIS GILA.
INI ADALAH SALAH SATU GILA.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Buntat,
Wake up. jangan berfikir seperti dalam tempurung kelapa. Throw your ideas, The current political sphere is no longer entirely about the struggle for power but a competition of minds a battle of ideas, sharpness of our intellect and the superiority of our arguments.

Anonymous said...

Berapa kali nak ulang-ulang post yang sama daa.Bukan ke dah cerita dah pada post lepas-lepas.Ayat copy paste sebijik pulak tu.Buat la ulasan lain pulak pasal tajuk ni.Bosan la baca asyik copy paste.Copy paste copy paste copy paste.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 1:02,
Sedangkan Allah menghantar 313 Rasul dan 124,000 Nabi untuk bercakap mesej yang sama kepada manusia untuk MENGENAL DAN DEKAT KEPADA ALLAH tanpa jemu dan bosan...
Maka WZWH pun secara metaforanya membawa mision membawa mesej kepada "Pembuat Keputusan" dan "Pengundi". Kita cakap sekali, 2 kali, 3 kali sehingga mesej kita difahami secara pemikiran, budaya, tindakan dan pertuturan...

Anonymous said...

Boringnya jadi ko yer, nak nulis byk idea tak ada, so spin la isu basi ulang2 kali, pas2 samakan pula misi ko dgn misi Rasulullah, blog ko dgn Quran.

Malang sungguh hidup ko ni.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:06,
Terima kasih kerana memberi komen dalam blog WZWH. Anon adalah pembaca blog WZWH yang setia. Terima kasih lagi sekali

Anonymous said...

hei buntat bengong
kau tak ada kerja lain ke asyik perlekeh usaha orang lain.ikut dialah nak beri cadangan apa pun,sekurang-kurangnya kalau orang atas terbaca muyngkin dia orang nak terima cadangan itu.tak menyusahkan engkau langsung.base otak kosong,malas berfikir

Buntat said...

Hai Anon dan WZWH. Kata aku bengong. Terima kasih kata-kata ong. Sebenarnya gone tulah yang LEBIH BENGONG DAN BONGOK. Sebenarnya kita tak boleh menilai sapa diri kita. SEDARLAH Sikit apa yang CADANGKAN TU. Dah buat kajian ke belum. Kalau belum BUAT mulai sekarang. Kenalah Fikir fikir fikir. Fikir dari KEBAIKKAN DAN KEBURUKAN. FIKIR pulak dari segi KEWANGAN. FIKIR pulak implikasi (KESAN IMPAK) dari PROJEK tersebut. Barulah kita buat kerja BERPROFESSIONAL. Saya bukan nak memperlekeh orang tapi nak memperbetulkan apa yang saya rasa tak masuk AKAL. TUHAN BERIKAN MANUSIA AKAL UNTUK KITA BERFIKIR YANG MANA BAIK DAN BURUK. KALAULAH HAIWAN DIANI TAK AKAL DAN TAK TAHU BERFIKIR. PAKAI HENTAM AJALAH.

FIKIR-FIKIRKAN LAH APA YANG KITA LAKUKAN ITU MENBERI MANAFAAT DUNIA DAN AKHIRAT.
WASALLAM

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...