Friday, October 15, 2010

DS Najib Putera Gunung Tahan

73 tahun dulu, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) menulis novelnya yang pertama berjudul "Putera Gunung Tahan".

Adakah novel Putera Gunung Tahan (1937) masih relevan dengan keadaan isu politik semasa kini. WZWH berpendapat novel ini masih relevan kerana orang Melayu sedang menghadapi cabaran baru.

Tidakkah isu-isu yang dikupas oleh Pak Sako masih lagi relevan mengambarkan permasalahan orang Melayu? Dan siapakah Putera Gunung Tahan yang Pak Sako berharapkan untuk menjadi pemimpin membela orang Melayu dan rakyat di Malaysia ini?

DS Najib ialah Putera Gunung Tahan. Gunung menjadi lambang bangsa Melayu. Gunung Tahan adalah Gunung tertinggi sekali di Semenanjung Malaysia.

DS Najib adalah harapan pemimpin membela orang Melayu dan rakyat di Malaysia. Melalui bajet 2011, DS Najib mengumumkan Bajet 2011 – bajet keduanya sejak dilantik sebagai perdana menteri, belanjawan terbesar dalam sejarah, yang penganalisis dan pemerhati melihat ia memfokus untuk memikat sokongan pilihan raya umum ke-13.

Bajet 2011 merangkumi peruntukan berjumlah RM212 bilion, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding 2010, memperuntukkan RM162.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Bajet 2011 berjumlah RM212 billion adalah usaha mentransformasi negara ke arah kemajuan dengan berpendapatan tinggi.

Di akhir ucapannya, Najib menekankan bahawa apa yang telah dirangka dan akan dilaksanakan ini merupakan visi bagi memenuhi aspirasi dan impian rakyat.

“Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana setiap seorang mampu mencipta kebahagiaan. Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana yang mengehadkan kejayaan hanyalah sejauh mana kesanggupan seseorang itu berusaha dan bekerja keras.

“Kesimpulannya, bajet ini telah mengambil kira keperluan semua rakyat Malaysia. Pembentangannya dimungkinkan oleh pengurusan kewangan negara yang cekap dan berhemat selama ini,” katanya.

Kata Najib, wawasannya dan rakan-rakan dalam Kabinet adalah untuk meneruskan tradisi murni membawa kemakmuran ke seluruh pelusuk dan ceruk negara.

“Wawasan ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia bukanlah pula satu impian yang kosong. Fakta dan sejarah telah membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional berupaya melakukannya selama puluhan tahun.

“Kita telah berjaya mentransfomasikan ekonomi Malaysia dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi.

“Kita telah berjaya meningkatkan per kapita daripada 260 dolar Amerika di awal merdeka kepada kira-kira lapan ribu dolar Amerika hari ini.

“Kita telah berjaya mengurangkan kemiskinan dari 60 peratus kepada 3.8 peratus sehingga berada diambang menghapuskan kemiskinan tegar dan berjaya mencipta kelas menengah yang dinamik,” kata Najib merujuk kepada perkembangan lima dekad lalu.

Kata Najib: “Kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dongengan.”

“Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata. Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorbanan yang tinggi.

“Percayalah, bahawa Kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi untuk populariti jangka pendek.

“Yakinlah, bahawa kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang,” kata ucapannya yang mengambil masa sejam dan 40 minit.

“Sesungguhnya bajet kali ini merupakan bajet ke-53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh Kerajaan dari parti yang sama.

“Melalui 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang dan satu Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi bingkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia diambang status negara maju berpendapatan tinggi,” kata beliau.

Sejumlah RM45.6 bilion daripada peruntukan mengurus adalah bagi emolumen; RM28.2 bilion (Perkhidmatan dan Bekalan); RM86.4 bilion (Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap); RM1.4 bilion (Pembelian Aset); dan RM1.2 bilion bagi perbelanjaan lain.

Hasil kerajaan persekutuan dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion tahun depan berbanding RM162.1 bilion tahun ini, kata Najib.

Defisit negara pula dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 5.6 peratus tahun ini, Perdana Menteri mengumumkan semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi peruntukan pembangunan, Najib berkata RM28.3 bilion bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat dan RM4.4 bilion (pembangunan sektor keselamatan), RM955 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

Semasa pembentangan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, negara telah pulih daripada ekonomi dunia berikutan langkah positif kerajaan serta pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion.

Ia terbukti dengan KDNK berkembang pada 9.5 peratus bagi separuh pertama 2010, berbanding negatif lima peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurut Najib, ekonomi dunia turut dijangka pulih pada 4.8 peratus berbanding negatif 0.6 peratus pada 2009 manakala perdagangan antarabangsa berkembang 11.4 peratus berbanding negatif 11 peratus pada 2009.

Di peringkat domestik, penunjuk utama pertumbuhan ekonomi termasuklah Indeks Bursa Malaysia melonjak kepada 1,496 mata pada 14 Oktober lepas; peningkatan eksport 22 peratus bagi lapan bulan pertama 2010; pengukuhan nilai ringgit kepada dolar Amerika kepada 3.0833 pada 14 Oktober lalu; dan rizab antarabangsa berjumlah RM310.8 bilion (AS$100.7 bilion) yang mampu membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara.

Najib berkata, dengan perkembangan positif, kerajaan menyemak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi 2010 kepada 7 peratus berbanding enam peratus sebelum ini.

Katanya, prestasi memberangsangkan itu adalah ekoran peningkatan pengeluaran sektor pembuatan yang berkembang pada 10.8 peratus, perkhidmatan (6.5 peratus) dan pembinaan (4.9 peratus).

Beliau berkata kadar inflasi diunjurkan pada paras dua hingga tiga peratus manakala kadar pengangguran kekal rendah pada 3.5 peratus.

6 comments:

Anonymous said...

Boleh tak encik buat ulasan pasal bajet ni?Bukannya ambil petikan ayat-ayat Mr Najib.Semua orang boleh buat macam tu letak dalam blog.Apa signifikannya bajet kali ni?Macam banyak projek-projek mega berbillion ringgit.Buat MRT di KL habis 40 billion saja.Gila.Tapi ok la supaya public transport jadi efisien.Tapi yang ni open tender ke tak?Adakah dengan projek mega ni negara boleh menjadi berpendapatan tinggi?Rasuah,kronisme memang akan terjadi dengan skala lebih besar la lepas ni.Warisan Merdeka 100 tingkat RM 5 billion nampak membazir sangat.Buat apa nak buat bangunan tinggi-tinggi sedangkan ramai lagi rakyat hidup susah.Nak bangga kat dunia?Show off je lebih.Dan yang paling penting apa yang Jerantut dapat dari bajet ni?Tahun 2020 nak jadi maju?Macam mimpi je.Lagi 9 tahun.Lu pikir la sendiri.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:32,
Ini baru posting permulaan bajet. Next posting baru sentuh kesan Bajet 2011 kepada Jerantut. Sabar Anon.

Anonymous said...

WZWH,

Akuq nork menaye ong, mana dia nye bajet NUKER-LIAR tak timbul pun. Ah sudah memunGKOR lagi dia. WZWH, biar kita cakap tak berdegor2222, ktek nyok rapat amet same uraq besar tu uraq besor ni. Jangan-jangan perasan sajeg buak penyedop cakep je. Ini satu lagi petunjuk pemungkor, Apa macam UD, ong tork kumen ke?.

Anonymous said...

setuju dgn anon 11.32, yg sebenarnya mamat ni petik sana, petik sini nak nampak cerdik tapi dia tak tau apa pun. Dia nak membodek Najib la nak jadi yb.

patpatsikulipat said...

salam semua......
hari ni nak mula buat posting dan komen semula.sb keh baru balik dari klang.
keh kena tahan sebab buat posting wok hitam resthouse...... kata wzwh lah.
Posting baru dari patpatsikulipat akan muncul semula yg lebih hangat dan pedas bercili... tunggu...

berkenan dgn komen diatas demo semua anggap lah wzwh ni syok sendiri dan nak glamour je. akal letak kat lutut jer.

Anonymous said...

Blog 44sikulipat berilmiah??Byk point2 releven tentang pembangunan?Just a zero knownledge..
wzwh molek sikit je dari 44sikulipat,sbb otak 44sl letak kat kepala takuk..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...