Sunday, October 24, 2010

Cadangan Menaiktaraf Jalan Jerantut-Kuala Tahan Prasyarat Pembangunan Resort Bersepadu Eco-nature Kuala Tahan

Dalam posting WZWH bertajuk "Pembangunan resort bersepadu eco-nature Kuala Tahan" yang lepas menjelaskan bahawa merujuk kepada industri pelancongan yang menjana hasil RM53 bilion pada tahun 2009, ia berpotensi untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta meningkatkan lagi pendapatan negara. 

Berdasarkan Laporan United Nations World Tourism Organisation pada tahun 2009, Malaysia menduduki tangga kesembilan dari segi bilangan ketibaan pelancong. Usaha akan dipergiatkan lagi untuk menarik lebih ramai pelancong dengan menyediakan pakej dan produk pelancongan yang inovatif. Untuk ini, kerajaan akan melaksanakan inisiatif seperti berikut:
  1. Memperuntukkan sebanyak RM85 juta untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi membolehkan pembinaan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong;
  2. Membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang dengan peruntukan sebanyak RM50 juta;
  3. Menyusun semula Jabatan Penerbangan Awam menjadi Lembaga Penerbangan Awam; dan
  4. Nexus Karambunai, sebuah resort terkemuka di Sabah telah pun komited untuk membangunkan resort bersepadu eco-nature yang pertama seumpamanya di dunia, bagi memanfaatkan kelebihan keindahan alam semula jadi, dan keunikan tersendiri di Karambunai, Sabah berjumlah RM3 bilion akan bermula tahun hadapan. Bagi menyokong industri pelancongan di Malaysia, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta;
DS Najib dalam Bajet 2011 telah membentangkan pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

Pembangunan resort bersepadu eco-nature Kuala Tahan bernilai RM2.5 bilion oleh pemaju swasta di Jerantut, Pahang boleh dicadangkan memandangkan sokongan pentadbiran DS Najib kepada industri pelancungan.

Jika industri pelancungan Sabah dapat perhatian DS Najib maka Pahang apa kurangnya dengan hutan Taman Negara Kuala Tahan boleh menawarkan resort eco-nature yang lebih baik lagi.

Apa yang pelabur mahu ialah jalan dari Jerantut ke Kuala Tahan perlu dinaiktaraf bagi memudahkan perhubungan. Jarak dari bandar Jerantut ke Kuala Tahan ialah sejauh 75km.

Maka jalan dari Jerantut ke Kuala Tahan perlu dinaiktaraf bagi memudahkan perhubungan merancakkan lagi aktiviti pelancongan dan merupakan prasyarat utama untuk menjayakan Pembangunan resort bersepadu eco-nature Kuala Tahan bernilai RM2.5 bilion.

Kos untuk membina Projek menaiktaraf jalan Jerantut ke Kuala Tahan dengan membina beberapa buah jambatan dianggarkan RM600 juta.

WZWH nampak ini satu lagi cadangan yang boleh memajukan Jerantut dan DUN Tahan. YBM Tengku Azlan, ahli parlimen Jerantut dan YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan perlulah berganding bahu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mendapatkan peruntukan ini dari Kerajaan Pusat.

YBM Tengku Azlan, ahli parlimen Jerantut merangkap Ketua Bahagian UMNO Jerantut begitu bersemangat berkobar-kobar sekarang dengan suntikan nilai budaya kerja baru UMNO DS Najib untuk memajukan parlimen Jerantut. Ku Lan perlu satu pasukan yang baik menyokong dan menjaya usaha beliau yang sebenarnya banyak idea dan pemikiran yang baik. WZWH akan membantu Ku Lan dari segi media baru seperti blog, facebook dan Tweeter menyahut seruan DS Najib supaya pemimpin UMNO berkomunikasi dengan orang muda.

WZWH juga berharap Kerajaan Negeri Pahang perlulah menyokong usaha ini dan jangan persoalkan samada projek ini tidak ekonomik atau tidak "viable" berdaya maju. Apa yang perlu, jika Putrajaya bersetuju untuk memberi peruntukan ini, Kerajaan Negeri Pahang sepatutnya sokong saja tanpa banyak soal.

Kalau tidak sebarang kemajuan tidak akan kita capai di mana-mana tempat di Pahang ini jika kita merasakan semua projek tidak mengikut keutamaan "priority" atau pada pandangan mata kasar kita, projek ini semua membazir.

Untuk memajukan Negeri Pahang kita perlu bergerak laju dan jangan biarkan DS Najib bekerja berseorangan. Apa yang kita sebagai Negeri Pahang patut buat sepatutnya kita bagi berbagai cadangan untuk majukan negeri Pahang kita ini.

WZWH tidak fikir rakyat Jerantut dan rakyat DUN Tahan terutamanya akan tidak bersetuju dengan cadangan Projek menaiktaraf jalan Jerantut- Kuala Tahan.

DUN Tahan dan Jerantut punya potensi yang besar dalam bidang pelancungan. Kita perlu kreatif dan inovatif fikir bagaimana hendak memajukan tempat kita.

6 comments:

Anonymous said...

UD & CU,

Akuq naik cemoh dengan angan-angan mat jenin WZWH ini, entah lah setau akuq lah setakat melolong dalam blog ini tentang cadangan prujek tu tak kemana oooi, setakat YB nya yang setahun jagung tak kemana pun, tengok lah .....Hai Hooih... Penggal depan ada lagi kun. Harap ada jadi WZWH dapat meneruskan anggan- angan nya. Prujek ini akan di pertimbangkan kalau economically viable dan technically feasible. Dan melalui kajian feasiblity study., lain lah prujek di lembah Klang dan Iskandar, Johor. WZWH tengok lah macam mana ECER di bahagian Pahang, macam mana prujek nenas nya dah tumbuh ke. Hai...hoh... WZWH core busines ong ialah mengajar , jangan anak murid ong mengajar ong pulak.Akuq rasek uraq di senun tak mau nya Pemimpin yang kurang cerdik dan tinggi mengakal... serupa yang tu...........

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:31,
WZWH percaya YBM Ku Lan dan YB Dato' Wan Amizan boleh buat perkara-perkara yang baik untuk kemajuan Jerantut dan DUN Tahan. WZWH nampak ada cara, kaedah, jalan dan cahaya untuk mencapai matlamat ini.

chenerong ular said...

biar lah logik apa2 cadangan yang hendak dikemukakan itu,kami rakyat yang budo dapat juga menilai keupayaan serta keperluan kerajaan melaksanakan prujek,CADANGKAN DULU YANG ASAS ASAS,DAPATKAN PERUNTUKAN LEPAS ITU LAKSANAKAN DAH BERJAYA,SAYA PASTI RAKYAT AKAN BERTERIMA KASEH,JANGAN CADANG HOK MENGARUT MENGARUT,TAK TERCAPAI RAKYAT MARAH. Saya tulis benda yang betul macam ini pun nati marah juga?,tak faham fimikiran yang mengatasi TDM ne.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam CU, apa yang tak logik dengan projek naiktaraf jalan Jerantut-Kuala Tahan. Bina Menara Warisan 100 tingkat lagi tak logik dan tidak bersesuaian dengan keperluan semasa negara.

chenerong ular said...

MAKSUD HAKUK PRUJEK MEGA MEGA TURK YANG HAKUK TOK SETUJU,MENAIK TARAF JALAN PATUTNYA LAMA SANGAT DOH BUATNYA,ITU KEPERLUAN ASAS YANG RAKYAT PERLUKAN.SERUPA LAH KATA PM MINTAK ORANG ORANG UMNO BERUBAH,JIKA TAK BERUBAH LAGI TAK TAU LAH ?,DAH MEMERINTAH MELEBIHI SEPARUH ABAD NOK BERUBAH KE PERKARA ELOK PUN SUSAH?.JALAN OK BOLEH BUAT,YANG LAIN TU TUNGGU DULU,SEPERTI LUJI NUKLEAR,HOTEL 6 BINTANG,CABLE CAR,TOK PAYAH BUAT LAH DULU,BUKAN MEMBAZIR ?,TAKUT TERLUPA NOK BUAT JALAN NANTI?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam CU,
Projek loji nuklear, Hidroelektrik adalah projek mega yang sangat diperlukan negara. Eco-nature resort 7 bintang itu pelaburan swasta. DS Najib mahu laksanakan projek tenaga maka kita offer tempat kita pandai-pandailah ambil kesempatan dan peluang memajukan tempat kita.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...