Monday, October 18, 2010

Projek Mega DUN Tahan Parlimen Jerantut

Projek Hidroelektrik Sungai Tekai Lembah Tembeling bernilai RM2.7 bilion yang mendapat perhatian DS Najib.

Projek Nuclear Power Plant Lembah Tembeling bernilai RM3.6 bilion dalam top agenda DS Najib memajukan Jerantut, Pahang.

Pembangunan resort bersepadu eco-nature Kuala Tahan bernilai RM2.5 bilion oleh pemaju swasta di Jerantut, Pahang akan bermula memandangkan sokongan pentadbiran DS Najib kepada industri pelancungan.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik langkah pentadbiran Najib yang mengumumkan projek-projek raksasa termasuk menara Warisan Merdeka 100 tingkat yang diumumkan dalam Bajet 2011, Jumaat lalu.

Pentadbiran 22 tahun Dr Mahathir yang pernah terkenal dengan projek-projek raksasa antara lain Menara Berkembar Petronas menyifatkan projek-projek besar adalah baik dan perlu bagi negara kerana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan.

“Apa yang menarik bagi saya ialah wang yang akan digunakan untuk membina menara ini.

“Apabila anda membelanjakan wang, maka anda mewujudkan peluang pekerjaan, anda mewujudkan peluang bagi menjalankan perniagaan,”

“Saya tidak tahu sama ada ia seharusnya bangunan 100 tingkat ataupun sebaliknya, tetapi wang mesti dibelanjakan,” kata beliau.

Dalam Bajet 2011, Najib antara lain mengumumkan projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Lembah Klang yang akan dilaksanakan mulai tahun hadapan.

Projek itu dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020 akan menambah kadar kepenggunaan pengangkutan awam sekurang-kurangnya 40 peratus.

Sebuah lagi projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan bercampur melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini, dianggarkan bernilai RM10 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Turut diumumkan ialah pembinaan projek bersepadu Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015 dan pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

Bagaimanapun Dr Mahathir, yang pernah memegang portfolio kewangan, tidak bersetuju dengan keseluruhan kandungan Bajet 2011 yang diumumkan minggu lalu.

Bekas perdana menteri tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan menaikkan had pelaburan KWSP di luar negara daripada 7% sekarang kepada 20%.

Beliau berpendapat sekiranya boleh modal KWSP tidak seharusnya dibawa keluar dari negara.

“Jika anda ada peluang-peluang dalam negara, lebih baik ia tidak dibawa keluar. Kita bukan negara eksport modal. Kita harus belanjakan kebanyakan wang kita dalam negara,” katanya.

Dr Mahathir mengakui kemungkinan tidak cukup peluang pelaburan dalam negara bagi KWSP yang mempunyai simpanan RM300 bilion untuk dilaburkan.

“Jadi, kemungkinan perlu untuk (nisbah pelaburan di negara asing) ditingkatkan,” katanya lagi.

WZWH ingin mengambil perhatian bahawa DUN Tahan dalam Parlimen Jerantut menawarkan beberapa projek Mega bagi peluang pelaburan KWSP dalam negara. Projek Mega ini boleh memberi pulangan yang menguntungkan kepada KWSP.

Inilah projek-projek Mega yang WZWH cadangkan:
  • Projek Hidroelektrik Sungai Tekai Lembah Tembeling 300MW RM2.7 bilion.
  • Projek Loji Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling 1000MW RM3.6 bilion
  • Projek Pembangunan resort bersepadu eco-nature Kuala Tahan bernilai RM2.5 bilion oleh pemaju swasta atau KWSP

WZWH amat berharap DS Najib meluluskan projek-projek Mega di DUN Tahan ini dengan segera dan dana KWSP sebanyak RM300 bilion boleh digunakan untuk melabur.

Projek tenaga ini keseluruhannya berjumlah RM6.3 bilion sangat menguntungkan KWSP dari segi pelaburan jangka panjang.

Projek Pembangunan resort bersepadu eco-nature Kuala Tahan bernilai RM2.5 bilion boleh dimajukan oleh pemaju swasta dibiayai oleh salah seorang bilionaire terkaya Malaysia.

WZWH percaya dan yakin projek-projek Mega di DUN Tahan dalam Parlimen Jerantut memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat Jerantut dan Pahang.

27 comments:

Anonymous said...

mmg layak la awk ni bergelar wan bilion... ckp sikit sebut bilion... bilion bilion bilion...adoi... wan bilion sungguh...

chenerong ular said...

LAAARrr....rupanya DSN PM kita tak luluskan lagi prujek MEGA di DUN TAHAN NE ingatkan dah lama lulus tunggu nak buat jer.......emmm mesuk angin keluar asap lah urrang2 der urrlug macam luncai terjun keair dengan labu labunya,tersangkut di kampung LABU DI JAMBAN TOK PENGHULU.

Anonymous said...

Projek cadangan encik akan dilaksanakan pada 2110 nanti oleh cucu cicit Mr Najib.Jangan risau.Pada masa tu jalan ke Ulu Tembeling baru je siap.Tahniah.

Anonymous said...

Salam Anon 9:26, CU, Anon 10:06,
Kita tunggu masa yang sesuai DS Najib akan umumkan apa yang WZWH cakapkan ini. Masa itu, kita akan ingat dan kenangkan WZWH...

Anonymous said...

Iye kita akan kenangkan, kenangkan WZWH sebagai orang gila meroyan dan pemungkor...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua,
Keistimewaan orang Jerantut ialah bila kita mahu buat sesuatu yang baik untuk masyarakat Jerantut, mereka kata" itu pungkor (bohong) aje". Sebab itu sudah lebih 50 tahun Jerantut tidak maju kerana pemimpin-pemimpin mereka tidak mahu bersuara takut dilabel "PEMUNGKOR". Jika kita orang Jerantut mahu minta sesuatu dari kerajaan kita jangan minta yang kecil, kita minta yang besar kerana kita sudah rugi lebih 50 tahun tidak dapat apa-apa. Jerantut tidak akan maju selagi orang Jerantu mempunyai PYSCE ini dan pemimpin-pemimpinnya takut dan malu bersuara.

Anonymous said...

layan blog urag drrulug lebih baik, sana lagi ramai orang masuk dan berikan komen, ada rasionalnya dan tidak ada unsur-unsur pemungkor spt WZWH ni; ....saya akan pastikan......saya akan luluskan peruntukan .......wow! jual taik onta lebih baik dari jual temberang spt WZWH, heheheh

Anonymous said...

Akug Setuju bebenor dengan kumen CU dan anom-anom diatas. Iam speechless dengan kata WZWH, Ong tau ke cara bajet diluluskan. Pemungkor betul lah awak ini. Siakap senohong gelama ikan duri, becakap kelentong akan jadi Keri. keri diri sendiri. Apakah ini gambar sebenar Cik Gu WZWH, penuh angan-angan mat jenin, bijak separti pak pandir. Hai weh, teruk anah murid ong dapat cik gu macam ini?, Adakah WZWH diberi tanggungjawab mengajar ilmu FUTURISTIK atau Sains FICTION. Cukup - cukup lah .....eheeeeee...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:48,
Untuk pengetahuan Anon, 3 projek yang WZWH cadangkan tiada kena apa-apa dengan bajet 2011. Ini OFF bajet. Kita cuba guna dana KWSP dan SWASTA. Harap Anon baca posting WZWH betul-betul.

Buntat said...

WZHH mencadangkan pembangunan KAWASAN ADUN TAHAN? Puti..... EH LU SAPA?. Lagi nak memperbobohkan? Kalau zaman hariq tu bolehlah ong nak tipu. Sekarang orang kampung macam ong juga belajar ke luar negara jugak. jangan fikir ong seorang yang pandai. Lebih ramai dluar sana yang bijak pandai tau
Hentilah membuat kenyataan yang tak masuk akal.
HAKUK RINDUKAN KEBENARAN.

Anonymous said...

org tak kata dato sharif ahmad, wan bakar, bazain, kamarulzaman baria, ku lan dan lain-lain pungkor, org kata ke awak dan Yb *tut* je

chenerong ular said...

Salam,emenda setakat nok memberi cadangan yang taok masuk akal turk ?,kamiq pun pandai,fikir lah sebelum bercakap,kalau ong cadangkan semua penerima SAHAM SAHAM PERCUMA RANCANGAN FELCRA yang mempunyai pendapatn tetap yang lumayan,yang senang,sebagai cuntuh,bini2 tok 4,tok penghulu,kruni2 yb,bini kuntrektor yang berkerja dan kaya, di tarik balik dengan serta merta di sebabkan mereka bukan rakyat TERMISKIN,LEPAS ITU YB YB DAN KERJAAN LAKSANAKAN CADANGAN ONG TURK,BARU BETUL,SEMUA RAKYAT HULUQ TEMBELING DAN KAWASAN YANG SEWAKTU DENGANNYA AKAN MEGHURMATI ONG,KERANA APA YANG KITA BUAT DILANDASAN YANG BETUL,YANG BERHAK KITA BERI MENGIKUT KELAYAKAN?,Ini tidak? mempertikaikan ketidakan puasan hati rakyat terhadap apa keputusan yang kita buat tak betul,yang paling sedihnya menyatakan bahawa rakyat yang salah kerana sentiasa tak puas hati.Cermin diri kita apabila mahu menuduh,apakah yang kita lakukan itu betul?.kami ingin mencadangkan agar ong tolong kabor ke pm turk agar MELULUSKAN SATU PRUJEK ATAU MEMBINA SEBUAH "ISTANA PEMUNGKUR DI LANGIT KETUJUH"ong kabor pada PM DI LANGIT KETUJUH BANYAK RUANG2 KUSUNG UNTUK DIBANGUNKAN,BERSEBELAHAN DENGAN KERAJAAN LANGIT "AYAH PIN.lepas perhimpunan UMNO ne buleh lah ong ajak yb dengan PM GI DAJAK DAJAK KAWASAN DILANGIT TURK...KAH KAH KAH HA HA HA.......

Anonymous said...

Salam Buntat,
Buntat jangan lupa WZWH ialah AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. WZWH bawa usul dalam Mesyuarat Pemuda dan UMNO bahagian Jerantut. WZWH bukan cakap kosong. WZWH bercakap atas lapisan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Buntat, you must know to respect people.

Salam CU,
Om semakin emotional dan tak dapat mengawal perasaan. sabar. Biarlah YB Dato' Wan Amizan menguruskan hal felcra itu.

Anonymous said...

Setakat AJK Bahagian Jerantut pun nak bising, KJ KP Malaysia pun dah tak pakai dek org, WZWH, bukan awk sorang ajk Pemuda dalam Malaysia ni, bersepah, apa istimewa sgt awak tu?

Yer yer yer, awak mmg istimewa, awk OKU.

Anonymous said...

chenerong ular tu dah biol,sibuk sokmo ke saham felcra.padahal dah senang duduk dah.dapat saham tu senyap ler tu..

Anonymous said...

Anon 5:19,
WZWH istimewa tak tahulah tapi WZWH satu-satunya blogger Jerantut yang diiktiraf oleh Raja dan Kerajaan Negeri Pahang dengan Anugerah Kurnia Darjah Kebesaran Bintang Yang Amat Mulia Ahli Mahkota Pahang AMP sempena keputeraan Baginda Sultan Pahang ke 80. Memang WZWH pemuda Jerantut yang istimewa!

Anonymous said...

Syabas wzwh dan teruskan berkarya.
Persetankan blogger2 lain yg merendahkan mu.
Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Anonymous said...

Istimewa = OKU

komen sendiri pakai anon wahai WZWH

Buntat said...

Salam Anonymous yang memberitahu pasal WZWH. Aku kenal dia tu sapa?. Ngapa nak masuk aginda ini dalam perhimpunan UNMO. PIIIIIIIIII DAH. Dia dipilih masuk dewan ke. Setakat duduk bersimbang diluar dewan lebih baik tak yah gi.
Ngapa nak ambil tindakan kat aku?. Ramai kekawan aku yang lebih tinggi jawatan dalam Umno dari ong. Aku tak heranlah. Ong ingat jawatan kuasa ong tu berkuasa sangat ke?.
Aku lakukan untuk menegakkan KEBENARAN.
AKU RINDUKAN KEBENARAN TAK NAK BERSEKONKOL DENGAN KEMUNGKARAN. INGAT TUHAN MEMERHATI APA YANG KITA LAKUKAN SETIAP SAAT.
FIKIRLAH SENDIRI TUHAN BAGI MANUSIA AKAL UNTUK BERFIKIR YANG MANA BAIK DAN BURUK. TIDAK SEPERTI HAIWAN DIA TIDAK BERAKAL.
PILIHLAH SENDIRI YANG MANA SATU MANAUSIA ATAU HAIWAN.
SUDAHLAN PERANGAI MENIPU ONG TU. HENTIKAN DARI SEKARANG

Anonymous said...

orang yang komen negatif diatas adalah orang upahan seseorang yang tak berkenan dengan ong zurik.orang-orang yang bodoh sombong macam patpatsikulipat.teruskan usaha ong tu.ramai lagi yang celik akal yang membacablog ong tu.kalau tak takkanlah sampai ratusan orang yang baca blog ong.orang luar negeri tak baca blog bodon cenerong ular dan patpat siku lipat.ong jangan bimbang blog aku akan keluar tak lama lagi.kita kerjakan orangf yang bodoh sombong ni.

LALTALILAT.

chenerong ular said...

saya takkan biarkan perkara2 yang tak betul dilakukan,saya tak meminta APA2,sekadar ingin memberi tahu kekadang kita ada membuat keputusan yang salah,dengan cara ini boleh menyedarkan sesiapa?,UNTUK MAKLUMAN ANON2, SAYA TAK PERNAH TERINGIN UNTUK MEMOHON SAHAM FELCRA,SEBAB SAYA TAU BUAT MASA INI SAYA SENDIRI MENTAKRIFKAN SAYA, BUKAN DIPARAS KEMISKINAN, SEPERTI BINI2 TUK 4,BINI2 DAN SAUDARA2 MARA TOK PENGHULU YANG DIANUGRAHKAN SAHAM LADANG TESEBUT?,kita boleh berbohong pada semua orang,tapi kita tak akan dapat membohongi ALLAH S.W.T,JIKA SEMUA MENGATAKAN YANG DIBERIKAN SAHAM FELCRA ITU LAYAK BILA DI BANDINGKAN DENGAN RAKYAT TERMISKIN,OK TERUSKAN,KAMI TAK DAPAT MEMBALAS,CUMA ALLAH YANG MAHA BERKUASA,AMBIL LAH PELUANG UNTUK MENDAPATKAN SESUATU,DENAGN APA CARA SEKALI PUN DI WAKTU DIRI ANDA MASEH DIBERI KUASA OLEH ALLAH,HALALKAN APA CARA SEKALI PUN?, UNTUK MAKLUMAN.SAYA TIDAK EMOTIONAL DALAM SOAL SAHAM FELCRA INI,MUNGKIN SAYA SILAP MENGATAKAN RAKYAT TERMISKIN SEPATUT DI BERI KEUTAMAAN UNTUK MEMILIKI SAHAM FELCRA INI?.DAN SAYA TIDAK DUDUK SENANG,SUSAH SAYA TIDAK MEMINTA BANTUAN DENGAN SESIAPA?.

Anonymous said...

chenerong ular tipuuuuuuu....sembang tarak jatuh punye...

Buntat said...

Salam Anon2 semua. Saya nak tanya kenapa pakai nama tu?. Kalau nak komen IKHLAS pakailan nama sendiri?. Ngapa deme takut dengan kenyataan ke?. Tak palah TUHAN tau sapa yang benar dan siapa yang pemipu BESAR.
BERANI KERANA BENAR.JANGANLAH BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.
SAYA AKAN MENEGAK KEBENARAN.
SAYA DAH LAMA RINDUKAN KEBENARAN DAN KEIKHLASAN.
SAMA FIKIRKAN POSITIF.
JANGAN FIKIRKAN NAGETIF TERLALU BANYAK DALAM KEPALA OTAK KITN.

Anonymous said...

Problemnya bg WZWH dan kuncu2nya, jika ada org kritik mereka anggap semua dtg dari group blogger saingan dia org yg kononnya di atur oleh seseorang. Dia org langsung tak fikir boleh ada individu2 tertentu yg bersuara dan memberi komen dari hati nurani bukan ada agenda seperti WZWH tuduh group gerila.

Blog dibaca oleh semua org tanpa sempadan, jgn igt semua ini politik jerantut tapi biasa la org tgh duduk atas, angkuh dan rasa mereka betul. Biarlah nanti sampai ketentuan Allah bila dah menyembah bumi baru tahu langit tinggi ke rendah

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 2:53,
Bro, you are free to criticise WZWH. No hard feeling. WZWH open to any critics. See blog Urag Drrulug how they criticised WZWH. WZWH is UK trained student. Feel free to criticised WZWH.

Anonymous said...

ckp omputih pulak bendahara ni, kami sakai tak reti

Anonymous said...

anon di atas,dah tau x reti belajo la..dahlah bodoh sombong pulak tu..baghal..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...