Sunday, October 24, 2010

Terima kasih KDYMM Tuanku Sultan Pahang Atas Pengiktirafan


WZWH merafak sembah mengucap terima kasih kepada KDYMM Sultan Pahang atas pengiktirafan terhadap WZWH sebagai blogger politik Jerantut dengan mengurniakan Darjah Kebesaran kepada WZWH sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Tuanku.

Melalui surat daripada Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang kepada WZWH  menyatakan Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-80 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang serta menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Dato' SUK dengan segala hormat dan takzimnya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah mengampuni limpah perkenan mengurniakan kepada WZWH:

DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG
YANG AMAT MULIA - PERINGKAT KEEMPAT
AHLI MAHKOTA PAHANG (AMP)


Di atas kurniaan ini diucapkan setinggi tahniah kepada WZWH dan semoga WZWH akan terus menyumbangkan khidmat bakti yang cemerlang kepada Raja dan Negeri Pahang Darul Makmur.

WZWH merasakan kurniaan dan pengiktirafan dari Tuanku Sultan Pahang ini amat WZWH hargai. Ini adalah satu pengiktirafan tertinggi kepada blogger-blogger politik Jerantut kerana terdapat lebih 40 blog politik Jerantut.

Sumbangan WZWH di dalam menulis blog politik Jerantut dengan memaparkan pandangan bebas politik demi kemajuan Jerantut serta mengalu-alukan sebarang pemikiran politik Jerantut terutama dari Rakyat Jerantut.

WZWH berharap terpulang kepada pembaca-pembaca blog WZWH dari Jerantut menilainya samada blog WZWH berperanan menyumbang idea dan input yang berguna atau sebaliknya. WZWH tetap dan akan lebih komited menulis blog lagi berkenaan politik Jerantut.

Ampun Tuanku, patik WZWH pacal yang hina ini akan tetap terus menyumbangkan khidmat bakti yang cemerlang kepada Raja dan Negeri Pahang Darul Makmur.


DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA
Darjah ini hendaklah mempunyai empat peringkat iaitu:
• i. Peringkat Pertama - Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.)
• ii. Peringkat Kedua - Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.)
• iii. Peringkat Ketiga - Setia Mahkota Pahang (S.M.P.)
• iv. Peringkat Keempat - Ahli Mahkota Pahang (A.M.P.)
Kelayakan
Orang- orang yang boleh memasuki mana-mana Peringkat Darjah Kebesaran ini hendaklah daripada lelaki atau perempuan yang telah memberi atau yang memberi perkhidmatan terpuji kepada negeri.
Ahli-ahli Kehormat
Orang-orang dari luar negeri yang difikirkan patut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk dianugerahkan kehormatan untuk dipilih memasuki Darjah Kebesaran ini akan diberi gelaran Sri Indera Mahkota Pahang Kehormat atau Darjah Indera Mahkota Pahang Kehormat atau Setia Mahkota Pahang Kehormat atau Ahli Mahkota Pahang Kehormat mengikut penganugerahannya.
Penggunaan Huruf- huruf Ringkas
Barang siapa yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Yang Amat Mulia ini boleh menggunakan huruf- huruf S.I.M.P., D.I.M.P., S.M.P., A.M.P., selepas nama mereka pada tiap- tiap masa.
Cop Mohor
Cop Mohor Darjah Kebesaran ini hendaklah bercorak seperti Lencana Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Mulia.

PERINGKAT KEEMPAT
AHLI MAHKOTA PAHANG (A.M.P.)

Darjah Kebesaran A.M.P (Lelaki & Perempuan) 


Darjah Kebesaran Peringkat Keempat ini diwujudkan supaya pengurniaannya secocok dengan taraf dan kedudukan penerima.  Kedudukan Bintang ini adalah di antara Bintang A.A.P dan Pingat P.K.C.  Pada Kebiasaannya Bintang A.M.P. dikurniakan kepada Pegawai Kerjaan Gred N41 sama ada dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan nasihat Menteri Besar Pahang.
Lencana
Lencana Darjah Kebesaran ini berukuran 2 inci hendaklah serupa dengan Lencana bagi Darjah Kebesaran Peringkat Ketiga.
Gelaran Pemakaian
Tiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli-ahli yang dianugerahkan Darjah Kebersaran ini.

15 comments:

Helang Buana said...

Tahniah, tentunya sdr wzwh merupakan penyumbang besar dalam politik jerantut. Selayaknya sdr menerima pengiktirafan itu. Tahniah.

Anonymous said...

mmmmmmm ....no komenlahhh .....

mmmmm nak komen juga laaa ... patutlah dah u-turn

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Cg Pian,
WZWH ibarat seekor semut dalam menyumbang kepada politik Jerantut. Yang menyumbang kepada politik Jerantut ialah semua ahli-ahli UMNO Jerantut dan rakyat Jerantut. Mereka lah yang berkuasa menentukan hala tuju masa depan politik Jerantut yang sebenar. Terima kasih.

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & MUT...,

Junjung kasih tuanku...,

Tahniah diatas kurniaan KDYMM Tuanku Darjah Kebesaran AMP, semoga dengan kurniaan tersebut terus mencetus insiprasi baru kepada rakyat Negeri Pahang khasnya pedalaman Jerantut, Ulu Tembeling...

Pang5 Banir..., tidak lupa pandang belakang..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:40,
Terima kasih.

Anonymous said...

AMP tu Ahli Mungkor Pahang?

sesuai amat.

Anonymous said...

Salam Anon 6:14,
Hati-hati bila menulis, Anon boleh didakwa atas kesalahan menghina Raja dan Negeri Pahang Darulmakmur. Nanti bila PDRM dan SKKM cari Anon akan menghadapi masalah. Kalau Anon rasa seronok tidur kat lokap semalaman atau 2/3 malam. Teruslah dengan komen Anon yang macam ini. Saya cabar Anon 6:14 cuba ulang kembali komen Anon itu lagi KALAU ANON BETUL-BETUL BERANI DAN ANAK JANTAN DAN TIDAK TAKUT DIBUANG DAERAH!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 6:14,
WZWH ingin menasihatkan Anon jangan menghina Raja dan Negeri Pahang Darulmakmur. Anon jangan sesekali memperlekehkan Darjah Kebesaran anugerah KDYMM Tuanku Sultan Pahang. Anon boleh serang peribadi WZWH. WZWH tidak marah tapi Anon JANGAN MENGHINA DAN MEMPERLEKEH TITAH KURNIA KDYMM TUANKU SULTAN PAHANG. Ini pelajaran SIVIK dan TATANEGARA untuk Anon 6:14

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & MUT...,

Anonymous said...

AMP tu Ahli Mungkor Pahang?

sesuai amat.
October 25, 2010 6:14 AM

- Sebahagian dari jiwa Melayu yang sudah pun "melayuu". Teruslah belajar dari sesetengah pemimpin yang tidak mengaku Melayu.

- Setuju lulus sejarah dapat sijil SPM kenyataan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin TPM dalam perhimpunan UMNO yang baru saja ditangguh.

Pang5 Banir... belajar kenal Tawarikh setakat Upper Six tahun 1980. Serahkan kepada Pang5 orang hina - Raja2, Islam dan Melayu/Negara.

Anonymous said...

Ehhh. naik angin pulak. Buat bersabar sikit. Nak ambil tindakan pulak?. Tak faham ke orang kata tu. Dahlah tu ini perkara kecil aja. Ada perkara lebih penting lagi. Kita pasti kan rakyat di tempat kita sukakan pemimpinnya. Pastikan PRU 13 UMNO BN menang besar.
Wasallam

Anonymous said...

sapa yg cabar tu sekarang saya ulang:

AMP tu apa? Ahli Mungkor Pahang...

Sila ambil tindakan jangan jadi seperti menteri amaran.

Anonymous said...

wzwh,anon October 25, 2010 6:14 AM & October 25, 2010 10:48 AM orang jahat.
repot jangan tak repot,beliau itu berlidah anjing.
tapi dia takut nak bgtau nama.hahahaha..anjing bercawat ekor..

Buntat said...

Salam WZWH dan Anon Oktober 25, 2010 3.35 PM. LU nak repot?. Repotlah Lu lagi mulut celupar kata orang lidah ANJING. Ngapa kamu ni dari gulungan MALIKAT KE?. Sebenarnya kamu suroh (api-api) amenda sebabnya. Banyak ke MASUK?.
Sepatutnya kita ubah sikap apa yang PM laung-laungkan dalam perhimpunan baru 2 hari lepas.
Kita seharus menyelesaikan masaalah. Menambah masaalah pulak.
FIKIR-FIKIR KAN LAH. CARI YANG TERBAIK. JANGAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN. CERMIN DIRI KITA NI SIAPA?.

SAYA MEMERHATI APA YANG TERJADI DAN TERKINI DI DEARAH JERANTUT.

WASALLAM

chenerong ular said...

Tahniah...,atas anugrah AMP oleh KDYMM Tuanku Sultan,agar ianya memberi dorongn yang lebih kepada saudara untuk melaku kan kerja kerja kemasyarakatan dengan lebih gigeh,ikhlas serta jujur.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam CU,
Terima kasih atas dorongan dan sokongan moral.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...