Monday, October 25, 2010

Mahatma Gandhi Sebagai Model Bagi Pemimpin-pemimpin UMNO

Mahatma Gandhi dari keluarga aristokrat dan kasta tinggi India, belajar di England, perjuangan politiknya untuk rakyat bawahan yang majoriti, berpakaian kain kapas putih ala "ihram" yang dipakai oleh rakyat marhain India adalah pejuang kemerdekaan India-politik tanpa kekerasan-"The Peacemaker"-Tokoh pendamai dan pelerai konflik.

WZWH sangat berminat dengan perjuangan politik Mahatma Ghandi. Nilai-nilai murni politik Ghandi perlu ditanam dan disemai kepada pemimpin dan ahli UMNO.

Berikut sejarah Mahatma Ghandi...

Mohandas Karamchand Gandhi (2 Oktober, 1869 - 30 Januari, 1948) juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sanskrit: "berjiwa hebat") adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India.

Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan British. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakan kemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri.

Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.

Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.

Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Di sekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang "mediocre" atau sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya.

Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.

Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.

Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi gagal. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan. Lantas beliau pun pergi ke negara yang asing ini. Di sana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".

Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibu negeri Natal. Sewaktu di dalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.

Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan di sana.

Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.

Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi.

Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi berbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).

Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama.

Gandhi tidak pernah menerima Penghargaan Perdamaian Nobel, meskipun dicalonkan sebanyak lima kali antara 1937 dan 1948. Beberapa dekad kemudian, hal ini disesali secara umum oleh pihak Jawatankuasa Nobel. Ketika Dalai Lama dianugerahi Penghargaan Nobel pada 1989, ketua Jawatankuasa Nobel mengatakan bahawa ini merupakan "suatu cara untuk mengenang jasa Mahatma Gandhi".

Museum elektronik Nobel mempunyai artikel mengenai hal tersebut. 

Sepanjang hidupnya, aktivis Gandhi telah menarik berbagai komentar dan pendapat. Misalnya, sebagai pemimpin Kerajaan British, Winston Churchill pernah berkata "Menyedihkan...melihat Mr. Gandhi, seorang peguambela daripada Kuil Tengah (Middle Temple) yang menghasut, sekarang tampil sebagai seorang fakir yang biasa dari Timur, menaiki tangga Istana Viceregal dengan badan setengah telanjang."

Begitu juga dengan Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."

Berikut kata mutiara Mahatma Gandhi yang pemimpin-pemimpin UMNO perlu renungkan:
  • Masa depan bergantung pada apa yang kita lakukan saat ini.
  • Kepuasan terletak pada usaha, bukan pada hasil. Berusaha dengan keras adalah kemenangan yang hakiki.
  • Pertama mereka tidak mempedulikanmu, lalu menertawakanmu, lalu mereka berkelahi dengan mu dan kamu menang.
  • Orang-orang mengatakan bahawa saya adalah orang suci yang tersesat dalam dunia politik. Faktanya adalah bahawa saya seorang politikus yang sedang berusaha sekuat tenaga menjadi orang suci.
  • Saya pertama kali belajar tentang konsep 'tanpa kekerasan' dalam perkawinan saya.
  • Mereka yang tahu bagaimana cara berfikir tidak memerlukan guru.
Mahatma Gandhi - Pemimpin India memberi 7 saranan yang baik
Tujuh hal yang akan menghancurkan kita:
  1. Kekayaan tanpa kerja
  2. Pengetahuan tanpa karakter
  3. Bisnes tanpa moralitas
  4. Ilmu pengetahuan tanpa kemanusiaan
  5. Ibadah tanpa pengorbanan
  6. Politik tanpa prinsip
YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut juga politiknya mirip Mahatma Gandhi. Tokoh pendamai menyatukan berbagai-bagai puak politik Jerantut, berpolitik tanpa kekerasan. Beliau layak memimpin kepimpinan UMNO Negeri Pahang kerana "karismanya" dan hubungan sosial politiknya yang luas dan matang. Beliau berpendidikan Akademi Tentera di Lahore Pakistan sejak tahun 1961 dan Degree in Banking di England pada awal tahun 1970an. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri di JPM dan Kementerian Pengangkutan. Beliau pernah menolak jawatan Timbalan Menteri Kementerian Luar selepas diumumkan secara rasmi semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi (satu peristiwa yang pertama kali berlaku dalam sejarah politik Malaysia).

4 comments:

Helang Buana said...

Betul tu, kepala pun macam matma ghandi juga. Bukan saja menyatukan rakyat, boleh jadi belaka. Yg penting Tengku selamat dan sejahtera.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Cg Pian,
Saudara seorang "observer" pemerhati yang sangat baik. WZWH akui Ku Lan tokoh yang diminati dan disayangi oleh ramai orang Jerantut.

Anonymous said...

Salam sejahtera. Memang betul Mahatma Gandhi Pemimping yang kita hormati Tapi adakah Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang sama dengannya?. Saya rasa sangat jauh bezanya.
Sebagai contoh
1. Kebanyakan Pemimpin sekarang tidak benar-benar jujur dan ikhlas dalam memikul tugas dan tanggung jawab.
2. Ada pemimping mementingkan diri sendiri serta kroni-kroninya.
3. Tidak selalu turun padang. Kalau masa pilihan raya baru muncul.
4. Pilih kasih.
5. Pentingkan wang dulu.

Apa yang saya rumuskan ini memang terbukti. oleh itu saya sarankan UBAHLAH SIKAP KITA DULU DAN BARULAH KITA BOLEH MENGUBAH SIKAP RAKYAT. BOLEH TAK?.

MARILAH KITA SAMA FIKIRKAN KEBAIKAN DAN MENEGAH KEJAHATAN.
WASALLAM

chenerong ular said...

Pemimpin agung INDIA itu tidak mempunyai apa2 kepentingan peribadi di kala itu,tidak mementingkan kesenangan diri dan kroni,berkorban apa saja demi rakyat dan negara india,kita lihat dari segi berpakaian beliau,cara keterampilan beliau,tidak berkereta besar menemui rakyat malah berkaki ayam,sanggupkah PARA PEMIMPIN PEMIMPIN KITA BUAT MACAM BELIAU?,TAK USAK IKUT CARA BELIAU MENEMUI RAKYAT,KERANA MUNGKIN KITA TAK SANGGUP MELAKUKAN APA YANG BELIAU LAKUKAN,SEPERTI ULAR MENYUSUR AKAR BISANYA PASTILAH TAKKAN HILANG?,JIKA TAK MAMPU NAK BEKERETA KECIL BERJUMPA RAKYAT,CUKUP AMBIL IKTIBAR DARIPADA SEMANGAT BELIAU MENGURUSKAN NEGARA INDIA ?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...