Sunday, October 10, 2010

Program Sehari Bersama Generasi Muda Parlimen Jerantut Berjaya


















YBM Dato' Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut sedang berucap. Berdiri dibelakang ialah YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan.

Semalam WZWH menghadiri Program Sehari Bersama Generasi Muda Parlimen Jerantut dan Majlis Jamuan Hari Raya ADUN Tahan anjuran bersama Parlimen Jerantut, DUN Tahan, UMNO Bahagian dan Felda Wilayah di Felda Padang Piol, Jerantut.

Program ini telah bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Antara aktiviti aktiviti yang dijalankan:
  • Perlawanan futsal dan bola jaring
  • Ceramah agama oleh Imam Muda Astro (Ustaz Nuri Ali bin Arbain)
  • Jamuan makan malam orang ramai
  • Persembahan nasyid SMK Padang Piol dan anak-anak istimewa PDK Padang Piol
  • Ucapan ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak
  • Ucapan ahli parlimen, YBM Dato' Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
  • Penyampaian hadiah dan cenderamata
  • Persembahan Kebudayaan oleh artis-artis muda Pahang dan artis 1960an Dato' Jeffri Din
Ramai belia felda dan orang ramai terlibat dengan aktiviti terutama ceramah agama oleh Imam Muda Astro, Ustaz Nuri Ali bin Arbain.

Sekitar 5000 belia Felda dan orang ramai menghadiri jamuan makan malam. Sudah tentu kehadiran artis 1960an, Dato' Jeffri Din mendapat sambutan hangat dari peminat-peminat berusia.

Program sehari Bersama Generasi Muda Parlimen jerantut adalah program julung kali di adakan untuk mendekati generasi muda dan masyarakat setempat di kawasan Felda dan kampung-kampung pendalaman.

Melalui program ini kita dapat melahirkan generasi muda yang cemerlang di dunia dan di akhirat dengan adanya aktiviti riadah yang turut diadakan seperti perlawanan futsal dan bola jaring.

Dengan cara ini generasi muda dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan berkongsi kegembiraan serta menanamkan sifat kerjasama antara satu sama lain.

Objektif Program ini ialah :
  • Generasi muda diharap dapat beramah mesra dengan pemimpin setempat disamping menanamkan rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara
  • Melalui program ini juga generasi muda dapat melatih diri agar patuh dan taat kepada agama dan hormat menghormati antara satu sama lain
  • Menzahirkan kehendak dan aspirasi generasi muda ke segenap pelusuk dunia untuk menjadikan generasi muda sebagai satu modul perjuangan yang lantang berlandaskan keutamaan agama, bangsa dan tanah air
Bagi memastikan pelaksanaan Program Sehari Bersama Generasi Muda Parlimen Jerantut memberi impak besar dan menyeluruh kepada generasi muda, pihak penganjur telah menjemput penceramah dari Program Astro iaitu Imam Muda Nuri Ali bin Arbain.

Mesej sebenar yang WZWH hendak sampaikan ialah generasi muda Jerantut menyokong YBM Tengku Azlan sebagai pemimpin harapan dan besar Jerantut. Generasi muda Jerantut percaya dan yakin YBM Tengku Azlan punyai masa depan politik yang cerah untuk kemajuan dan pembangunan Jerantut.

15 comments:

Anonymous said...

Salam WZWH.Dah 3 penggal YBM Ku Lan jadi ahli parlimen Jerantut.Namun tidak ada perubahan pun yang dilakukan oleh beliau.jadi bagaimana perlu kita pilih beliau lagi?.WZWH juga pernah menulis bahawa jerantut perlukan pemimpin yang baru.Kenapa sudah berubah pendirian? Atau WZWH memang seorang yang tidak berpendirian?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 6:45,
Pendirian WZWH tetap dan jitu. Jerantut amat perlukan YBM Ku Lan bertanding di DUN sebagai ADUN. Jerantut akan membangun dengan lebih pantas dan cepat. Anon 6:45 perlu percaya kepada perancangan politik WZWH untuk kemajuan Jerantut.

Anonymous said...

La dulu WZWH jgk kata Ku Lan dah tak layak untuk dicalonkan lagi.Mana satu yang betul ni?

Anonymous said...

wayar sudah putus itu wzwh.
giler punya org...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:34 dan Anon 12:24,
Kaji betul-betul apa WZWH cakap, please read between the lines. Semua orang Jerantut mesti sokong.

Anonymous said...

Lepas ni akan keluarlah ayat: "WZWH akan pastikan Dato' Sri Najib calonkan Tengku Azlan bertanding."

Lepas tu: "WZWH akan pastikan Dato Najib kekal PM."

Lepas tu: "WZWH akan pastikan BN kekal memerintah."

Sapa WZWH ni? Tuhan?

Anonymous said...

Orang Jerantut mesti sokong? Orang Jerantut tak sokong WZWH itu pasal WZ kalah dalam poll dengan Urag Drrulug.

Cepat dia ubah pendirian, mmg dah lama putus tu, hehe. Dia rasa di yg provoke orang sedangkan orang yg provoke dia..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:22,
Sebenarnya WZWH memenangi poll Urag Drrulug. Bila WZWH balik dari Ulu Tembeling, undi WZWH meningkat naik, pada pengundi ke 175, WZWH 69% UD 21% dan tally dengan jumlah pembaca kounter UD dengan perbezaan undi, pada pengundi ke 350, WZWH 56% UD 44%. Tapi peliknya bila pengundi meningkat ke 825, perbezaan pengundi tidak sebanyak 475 tidak mewakili pembaca UD yang kaunternya hanya berjumlah 70 hit pada hari itu! Itu yang buat UD panik dan manipulate poll.

Anonymous said...

bodoh, org provoke mcm tu pun nak layan beria sgt, mcm mana nak jadi pemimpin mcm ni? gaduh hal remeh temeh.

igt datuk najib nk layan ke otg mcm ni?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 2:08 yang tersangat cerdik,
WZWH ingin mengingatkan bahawa Anon-anon yang saudara cakap komen hal remeh temeh inilah yang mengundi di Jerantut ini. Undi mereka sangat bermakna. Sebab itu WZWH layan mereka sama aje taraf. WZWH sangat menghargai komen-komen dari anon-anon semua tidak kira yang bersetuju dan tidak bersetuju. Anon-anon semua sangat bernilai pada PRU 13 nanti.

Anonymous said...

apa kena mengena dgn awk dia org mengundi pru 13? awk bukan ahli parlimen atau adun, tak mungkin akan jadi sbb awk sakit jiwa, blog pandir mcm urag drulug pun awk layan berpandir serius sgt, igt najib nk pandang ke org mcm awk ni.

Anonymous said...

Salam,Ini adalah tulisan WZWH dulu yang mengatakan semua pemimpin pemimpin UMNO jerantut yang lama perlu direhatkan.Cuba WZWH ingat semula tulisan ini.

Justru itu WZWH mencadangkan semua pemimpin UMNO Jerantut baik YBM Tengku Azlan, Dato' Dr. Shukri, Dato' Wan Amizan perlu digantung kasut bola mereka, biar mereka berehat, gantikan dengan pemain-pemain baru. Ertikatanya mereka tidak perlu bertanding lagi dalam PRU 13 nanti kerana akan menyusahkan dan menjadi liabiliti kepada UMNO. Kalau itu kehendak rakyat Jerantut semua.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon-anon semua,
Politics is the art of posible and impossible.

Anonymous said...

jawapan terbaru wzwh ini jawapan org yg dah bankrupt idea, lebih elok awk tulis pasal cerita2 dongeng saja la, itu talent awk, tak payah tulis ttg politik dan ekonomi, tak sesyuai

Anonymous said...

Salam Anon 9:26,
kalau Anon handal sangat, Anon buat blog sendiri tulis blog. Jangan pandai komen orang saja.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...