Nuffnang Ads

Pages

Sunday, October 31, 2010

1,567 Anak Peneroka Felda Miliki PhD


Tun Razak tubuh Felda untuk kebaikan orang Melayu terutama bagi generasi muda Melayu. Tun Razak nampak visi ini bila peluang pelajaran yang dinikmati oleh anak-anak peneroka Felda dan generasi-generasi seterusnya akan megubah diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Ini faktanya dari 76,415 anak peneroka Felda yang mendapatkan pendidikan di IPTA dan IPTS:
  • 1,567 peringkat PhD
  • 27,160 peringkat ijazah pertama dan sarjana
  • 47,688 peringkat diploma
Seramai 1,567 anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendapat pendidikan di peringkat doktor falsafah atau PhD, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata mereka adalah sebahagian daripada 76,415 anak peneroka Felda yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Daripada jumlah itu, seramai 27,160 memiliki ijazah pertama dan sarjana manakala bakinya iaitu 47,688 mendapat pendidikan di peringkat diploma.

Ahmad berkata mereka yang mendapat keputusan akademik kurang cemerlang pula ditawarkan tempat di kolej Felda dan kolej luar seperti Pusat Giat Mara dan Institut Kemahiran Negara bagi mendapat sijil kemahiran.

“Sehingga kini, seramai 29,243 orang generasi Felda telah dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.

Jeyakumar mahu tahu bilangan anak peneroka Felda yang berusia 20 tahun ke atas mengikut pencapaian akademik tertinggi mereka.

Menurut Ahmad, selain itu, kursus peringkat diploma untuk anak peneroka turut ditawarkan Universiti LimKokWing dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, selain serta kursus Jurutera Pelatih Penyelenggaraan Pesawat dan Juruteknik Pelatih Rendah yang diselia syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS).

Ini adalah salah satu objektif DEB untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak muda Melayu untuk bersama-sama bertanggungjawab membangunkan Malaysia secara sama rata di antara kaum-kaum lain.

2 comments:

Anonymous said...

The quantity or passengers is the most vital truth.
The AFC West is the strongest division in football, with three
teams possessing winning records. There are several
transport options you can choose, ranging from buses to cabs
to local trains.

Look at my blog; denver airport limousine
My website: denver airport limo

Anonymous said...

Fortunately, it is not that difficult to find video SEO marketing service that's right for you. As an SEO professional, your service proposal will matter a lot to win client's confidence and
agreement. Hotel online marketingbudgets, on average, will increase: 5.


Here is my weblog; Référencement naturel