Thursday, October 21, 2010

Kelas Melayu Mengikut Profesion-Kepentingan Mana UMNO Jaga?


Kerajaan Pentadbiran DS Najib berusaha untuk liberalisasikan ekonomi Malaysia menuju ke negara berpendapatan tinggi. WZWH memohon pada kerajaan agar kepentingan orang Melayu tidak diketepikan dalam perlaksanaan polisi liberalisasi ekonomi. 

Kepentingan orang Melayu harus diberi keutamaan dalam mana-mana polisi kerajaan kerana 62% kaum  Melayu memperolehi pendapatan di bawah RM3,000 sebulan. 62% daripada keluarga Melayu miskin dan adalah begitu penting - kepentingan golongan ini diberi keutamaan. Mana-mana polisi yang membawa kesan negatif pada masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah harus ditolak. Apa gunanya pembangunan ekonomi negara jika ia membawa tekanan pada majoriti dalam negara itu.

Isu kepentingan Melayu merupakan agenda utama dalam politik Malaysia sejak sebelum Merdeka. Dalam Perlembagaan kita, Perkara 153 telah menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu. 

Hasrat di belakang Perkara 153 adalah munasabah, walaupun parti-parti politik boleh berbeza pemikiran terhadap pembentukan polisi-polisi untuk membangunkan masyarakat Melayu. 

Munasabah kerana apabila  dilihat sejarah moden dunia, dalam 500 tahun yang lalu suatu ekonomi baru telah menimbul di benua Eropah dan merebak ke seluruh dunia dan menembusi semua benua, semua rantau. Perkembangan aktiviti ekonomi baru telah membawa penghijrahan berjuta-juta manusia daripada negara-negara asal mereka ke negara baru.

Orang putih telah pergi ke Amerika, Afrika, Asia dan Australia.
Orang Afrika dibawa sebagai hamba ke Amerika dan Eropah.
Orang India dan Cina datang ke Asia Tengara sebagai kuli.

Kadangkala apabila penghijrahan berlaku, penduduk asal dipinggirkan dan dijadikan rakyat kelas dua di negara mereka sendiri. Masyarakat Inca umpamanya. Apabila Cortez membawa pasukan militer ke Amerika Latin, masyarakat Inca merupakan satu empayar besar dengan sistem pertanian yang teratur dan masyarakat yang kaya. Tetapi masyarakat Inca ditewaskan dan dijadikan hamba dan dibawa kerja di lombong-lombong perak. Beribu-ribu mati.

Akhirnya apabila Latin Amerika dapat kemerdekaan, bukan keturunan kaum Inca yang menguasai negara-negara merdeka itu. Orang putih keturunan penjajah yang menjadi pemimpin negara-negara tersebut, dan orang Inca masih rakyat kelas ketiga di negara mereka sampai hari ini.

Perkara yang hampir sama berlaku dengan Maori di New Zealand dan kaum Aborigine di Australia. Dan di Afrika Selatan, kaum orang putih telah dapat menguasai negara itu untuk beberapa dekad dan menjadikan orang asal rakyat kelas kedua di bawah sistem apartheid. 

Oleh kerana ke semua ini, boleh difahami mengapa masyarakat Melayu telah mendesak supaya kepentingan orang Melayu dimaktubkan dalam perlembagaan negara ini sebagai Perkara 153. Perasaan risau dan bimbang mereka pada masa itu bukan satu khayalan yang tidak berasas.

Kerajaan BN telah mencapai banyak dan bahawa parti pembangkang tidak harus pandang rendah terhadap pencapaian UMNO-BN.

Pada 1957 kerajaan Malaya dikuasai orang putih. Tetapi dalam 52 tahun yang lalu, hampir semua jabatan dalam jentera kerajaan diketuai oleh orang Melayu. Ketua pengarah, ketua setiausaha, pengarah-pengarah kanan -- hampir semuanya Melayu.

Dari segi agenda Melayu, ini satu pencapaian yang besar. Jentera kerajaan di tangan Melayu.

Dan ini bukan suatu kerajaan yang kecil atau lemah. Bajet kerajaan persekutuan untuk tahun 2011 - RM212 bilion. Ini merupakan satu-pertiga keluaran kasar dalam negeri. Kerajaan kita yang ada pengaruh besar  ekonomi negara. Dan kerajaan ini 'solid' di tangan Melayu.

Pada 1957, adalah analisa bahawa Melayu miskin kerana syarikat-syarikat besar orang putih yang menguasai sektor moden di Malaya -- perladangan pembankan, perlombongan, pembinaan. Dalam 50 tahun yang lalu sebahagian besar daripada sektor korporat telah pindah ke tangan kaum Melayu. Pemilikan ekuiti di sektor korporat oleh individu Melayu dilaporkan sebagai 18% pada masa ini. 

Tetapi dalam sektor korporat penguasaan/control adalah juga penting. Isu pengambilan pekerja, promosi untuk kakitangan, pemberian kontrak dan keputusan pelaburan. Kesemua ini di tangan eksekutif kanan.

Dulu syarikat-syarikat saperti Guthrie, Highland and Lowland, dan Golden Hope yang dimiliki orang putih menguasai sektor perladangan di Malaysia. Sekarang Sime Darby memegang tanah perladangan seluas 600,000 ekar di Malaysia. Siapakah pengerusi besar lembaga Sime Darby; siapakah CEO Sime Darby, siapakah pengarah-pengarah kanan di Sime Darby? Bukan orang putih, bukan Cina, bukan orang India. Hampir semuanya orang Melayu.

Dan sama juga untuk syarikat-syarikat GLC yang lain -- KPJ, Pantai, Gamuda, PLUS, MAS, CIMB, KTMB, Petronas. Walaupun pemilikan bukan di tangan individu Melayu, tetapi lembaganya dan posisi utama seperti CEO, Pengerusi Lembaga semua di tangan Melayu. 

WZWH  ucapkan syabas pada UMNO. Ini adalah kejayaan polisi UMNO - telah mencapai sebahagian besar daripada agenda Melayu.
Jentera kerajaan dalam tangan Melayu.
GLC - yang menguasai beberapa sektor juga di tangan Melayu.
Hampir 60% daripada KNK dikuasai oleh pihak Melayu.

Permasalahannya adalah masih ada kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu. Walaupun agenda Melayu sedang dicapai, masih Melayu biasa menghadapi banyak masalah.

Di Kampung Kuala Sat , Ulu Tembeling ada pelajar Melayu yang tercicir kerana tidak dapat mampu bayar tambang bot sekolah. Di kawasan perkampungan, berpuluh-puluh keluarga Melayu desa yang tidak dapat bayar bil air sebanyak RM20 sebulan sehingga bekalan air ke rumah dipotong. Bil elektrik keluar atas kertas merah untuk berpuluh-puluh keluarga Melayu. 

Mengapa wujudnya kemiskinan begini banyak di kalangan masyarakat Melayu 52 tahun selepas Merdeka? Tidak boleh menyalahkan orang putih lagi. Tidak boleh menyalahkan pihak orang tengah Cina juga. Itu cerita lama.

Daripada statistik kerajaan sendiri, kita ketahui bahawa 62% daripada keluarga Melayu mendapat pendapatan bulanan di bawah RM3,000. Mereka adalah petani, penoreh getah, nelayan, pekerja kilang, peniaga kecil dan juga pekerja biasa di kerajaan. Mereka boleh dipanggil Melayu Marhaen -- satu istilah yang dicipta oleh Allahyarham Soekarno.

34% daripada keluarga Melayu perolehi pendapatan antara RM3,000 ke RM10,000. Mereka merupakan pegawai kerajaan dan di GLC, dan juga kontraktor dan peniaga kecil. 

Hanya 2.8% daripada keluarga Melayu berpendapatan antara RM10,000 dan RM20,000 dan mereka adalah pegawai-pegawai tinggi di GLC, peniaga dan kontraktor besar dan juga para professional di sektor swasta. Hanya segelintir kecil keluarga Melayu, 0.5% sahaja yang menerima pendapatan yang lebih daripada RM20,000, dan kebanyakan mereka merupakan kaum korporat dan pegawai tertinggi dalam GLC dan kerajaan.

Jadi ada empat golongan dalam masyarakat Melayu -- Melayu Marhaen, kakitangan kerajaan dan GLC, kontraktor dan 'businessmen', dan Melayu korporat.

Dalam konteks ini apabila orang politik sebut kepentingan Melayu, apakah maknanya?

Apakah dia kepentingan orang Melayu? Adakah kepentingan semua lapisan masyarakat Melayu sama? 

Adakah situasi di mana kepentingan lapisan kelas bertentangan?

Di Sungai Tembeling ada sebuah kampung dinamakan Kg Jong Berlaboh. Suatu skim TSK (Tanaman Semula Kelompok) telah berlangsung di kampung ini. Risda telah memberi projek pada seorang kontraktor Melayu. Sebahagian telah dilakukan. Pokok lama telah ditebang tetapi pokok baru belum ditanam. Dan sudah beberapa bulan sekarang. Apabila pekebun membuat aduan kepada Risda, badan tersebut memberitahu peruntukan telah dikeluarkan.

Dalam kes-kes ini jelas bahawa kepentingan Melayu Marhaen dijejas oleh aktiviti kontraktor Melayu yang cari untung besar tanpa melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan. Bila berlakunya percanggahan antara dua golongan Melayu, apakah pendirian ahli politik UMNO? YB menyokong pihak mana - Melayu Marhaen ataupun kontraktor Melayu? 

Marilah kita meninjau perhubungan antara kepentingan Melayu korporat dan kepentingan Melayu Marhein. 

Kerajaan kita sedang menggalakkan pelancongan 'kesihatan'. Ini akan membawa untung besar pada GLC-GLC yang menguasai hospital swasta - Pantai, Sime Darby, KPJ, Petronas dll akan mengaut untung besar. Melayu korporat tentu rasa seronok apabila untung korporat mereka meningkat. Tetapi perkembangan business di hospital swasta ekoran 'health tourism' ini akan mengakibatkan penghijrahan keluar doktor pakar daripada hospital kerajaan. Kesihatan dan kebajikan Melayu Marhaen yang bergantung pada hospital kerajaan untuk rawatan terjejas. 

Jadi, dalam hal ini - pelancongan kesihatan - kepentingan siapa dimajukan dan kepentingan siapa dipinggirkan? 

Cukai GST adalah satu contoh lagi. Adalah hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai terhadap korporat. Dulu, dalam tahun 1988 cukai korporat adalah 40% daripada untung syarikat. Sekarang telah turun ke 26%. Tetapi kerajaan mahu turunkannya lagi - Singapura hanya ada cukai korporat sebanyak 19%.

Tetapi cukai GST pula akan membebankan Melayu Marhaen. Kos hidup akan meningkat.

Jadi, apabila ada percanggahan antara kepenting Melayu Marhaen dan kepentingan Melayu korporat, apakah pendirian ahli politik UMNO?

Isu-isu pokok untuk Melayu Marhein adalah: 
  • Ketiadaan tanah dan pengangguran di peringkat kampung
  • Gaji rendah di kilang
  • Peruntukan bantuan seperti untuk tanaman semula yang di-'hijack' (dikebas) oleh kontraktor
  • Penswastaan kemudahaan asas yang meningkatkan kos
  • Pendidikan tinggi yang mahal tetapi tidak berkualiti
  • Kualiti rawatan yang sedang merosot di hospital kerajaan
  • Agihan saham Felcra yang tidak adil
Bagaimanakah peningkatan ekuiti Melayu korporat akan membantu Melayu Marhaen di Sungai Tembeling? Bagaimanakah Melayu Marhaen akan dapat faedah daripada polisi seperti ini?

WZWH rasa kita semua mesti lebih jelas dalam pemikiran dan analisa kita. Adakah situasi di mana kepentingan Melayu Marhaen berbeza ataupun bercanggah dengan kepentingan kategori lain di masyarakat Melayu? Ini suatu persoalan pokok.

Jika ya, kategori mana yang harus disokong oleh ahli-ahli politik UMNO. Melayu Marhaen ataupun Melayu korporat? Inilah persoalannya.

4 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah ... nampaknya wzwh sudah makin hampir berpijak dibumi yang nyata

chenerong ular said...

Salam saudara WZWH POSTING YANG AMAT BAIK,tapi kena ingat?,adakah pemimpin2 kita mampu melakukan perubahan sebagaimana yang saudara utarakan?. Persoalan nya sekaranG . Adakah pemimpin kita sanggup kehilangan kawan2 rapat dari golongan KOPRAT, yang telah sebati di dalam penhidupan mereka,ALAHAMDULILLAH,jika benar benar memikir kan tentang kesusahan MELAYU MARHAEN.

Anonymous said...

Pilih je Melayu keparat macam ong dan bos ong tu je

Anonymous said...

Salam Anon 9:11,
Melayu keparat atau Koperat? He he he he...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...