Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, October 27, 2010

Strategi Ku Li Memenangi PRK Galas


YBM Tengku Razaleigh Hamzah memilih kempen yang lemah lembut, halus dan bijaksana melawan PAS untuk PRK Galas. Beliau menafikan dakwaan PAS bahawa beliau merajuk atau berperanan dibelakang tabir kerana ketiadaan beliau semasa proses pemfailan pencalonan di Pejabat Daerah Gua Musang.

Pengarah Kempen BN ini mahu PRK Galas diadakan secara "friendly" kerana keputusannya tidak memberi kesan kepada kedudukan PAS Kelantan memerintah negeri.

Ku Li mahu ubah cara berkempen. PAS sudah majoriti penuh di DUN Kelantan, kalau PAS menang itu bonus. Jika BN menang ianya tidak mengubah pentadbiran Kelantan. 

Ku Li mahu pentingnya semua ADUN di parlimen Gua Musang diwakili oleh panji BN yang sama. Dua lagi DUN ialah Nenggiri dan Paloh dimenangi BN dengan majoriti 2090 dan 2833 undi.

Arwah Che Hashim Sulama (PAS) yang kematiannya menyebabkan PRK telah merampas DUN Galas dari BN dengan majoriti 646 undi pada PRU 2008.

Pada PRU 2008, PAS dapat 38 dari 45 kerusi DUN manakala BN 6 dan PKR 1.

Ku Li sekali lagi menafikan khabar angin yang beliau mengambil peranan kecil dalam kempen PRK Galas. Beliau tidak nampak ada kesalahan kerana tidak menemankan calon BN, Abdul Aziz Yusoff bila memfailkan pencalonan

Ku Li tidak biasa pergi ke Pejabat Daerah bilamana proses pemfailan berlaku kerana ramai kawan-kawannya bersama calon. Lebih baik Ku Li berada di luar dengan para penyokong yang ramai datang dari pelusuk negeri.

Ini helah PAS untuk buat Ku Li menentang calon BN atau ada masalah dalaman Ku Li dengan pengikut-pengikut Saufi Deraman yang kecewa kerana Ku Li tidak meyokong pilihan mereka atas pengorbanan Saufi Deraman memberi laluan mudah kepada Ku Li menjadi Ketua Bahagian UMNO Gua Musang selepas Ku Li membubarkan parti Semangat 46 kembali menyertai UMNO.

Ku Li menegaskan cara psywar ini tidak berkesan untuk buat beliau menentang calon kerana ini ialah calon yang beliau menyokong 100%. Calon telah dipilih oleh AJK UMNO Bahagian Gua Musang. Calon mendapat undi tertinggi. Nama calon yang diserah kepada DS Najib.

Difahami Ku Li telah mendapat jaminan dari pemimpin UMNO supaya tidak melibatkan kempen secara negatif dan memastikan tiada kelibat NGO pertubuhan Melayu Perkasa semasa kempen hingga hari mengundi 4 November.

Ku Li menjelaskan para pekerja kempen BN adalah "grassroot" UMNO yang bekerja meminta dan merayu sokongan undi di 13 pusat mengundi. 

Ku Li tidak suka mengadakan perhimpunan besar untuk memenangi undi kerana ini akan menganggu persediaan di pusat-pusat mengundi. Ku Li mahu kekalkan pekerja kempen di pusat pengundi yang telah ditetapkan.

Ku Li dengan rendah diri menyatakan walaupun beliau adalah Pengarah Kempen, beliau masih lagi salah seorang "gurkha" yang juga bekerja di pusat-pusat mengundi

Ku Li telah "delegate" tugas-tugas kepada ketua-ketua di peti-peti pengundi jadi kuasa tidak berpusat di Bahagian. Semua aktiviti perlu dilaksanakan di pusat-pusat pengundi dengan ahli-ahli cawangan berada di peti-peti undi masing-masing. Yang lain boleh membantu.

Ku Li juga mahu lawatan oleh ramai Menteri dikoordinasikan aktiviti-aktiviti Menteri untuk menjadi lebih efektif supaya tidak ada pertindihan dalam aktiviti kempen.

Meski pun kempen BN yang dipilih Ku Li ini secara senyap namun Ku Li tetap yakin peluang BN untuk merampas kembali DUN Galas adalah cerah.

"Pekerja-pekerja kempen parti bersemangat tinggi dan ceria tidak seperti PRU 2008 dulu. Ramai datang menolong memberi motivasi kepada orang kita", demikianlah kata YBM Tengku Razaleigh, Pengarah Pilihanraya PRK DUN Galas.
Tengku Razaleigh Hamzah meets with residents during a walkabout session in Galas last night. The BN campaign chief is aiming to keep the contest for the state seat clean. — Picture by Choo Choy May

4 comments:

chenerong ular said...

YBM Ku LI nampak macam gaya tak yakin jer BN akan dapat merampas kembali krusi DUN GALAS ?,Kita akan dapat lihat nanti keberkesanan gerak kerja yang diatur oleh YBM Ku LI SEBELUM PRK INI,iaitu kesan yang lama2,juga buat masa sekarang.
sama ada rakyat galas boleh menerima BN setelah YBM Ku LI dilantik sebagai PENGARAH PILIHAN RAYA PRK DUN GALAS INI,YANG MANA SEJAK AKHIR AKHIR INI JELAS BELIAU TELAH BANYAK MENGAMBIL BERAT HAL EHWAL RAKYAT KELANTAN MELALUI KERAJAAN YANG ADA DI KELANTAN.

Anonymous said...

Salam CU,
Ku Li dah 50 tahun menjadi ahli politik, mentadbir dan mengurus parlimen Gua Musang dan 3 DUN. Beliau pernah jadi ADUN Galas (Ulu Kelantan Barat). Serah pada Ku Li apa strategi-strategi beliau nak guna. Ku Li amat mengenali pengundi Melayu, Cina, Orang Asli dll dikawasannya. Yang penting PM, TPM, dan pemimpin tertinggi UMNO termasuk pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan turun membantu.

WZWH said...

Salam Anon 11:09,
Betul. WZWH setuju dengan pandangan Anon.

chenerong ular said...

Salam Anon 11.09 dan WZWH,memang kemenangan yang kita harap,saya setuju kata kata saudara,politik Kelantan ini unik ?.