Wednesday, October 20, 2010

Lembaga Kemajuan Lembah Tembeling (LKLT)



Dulu Tun Razak tubuh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) untuk majukan kawasan penempatan baru Wilayah Jengka yang merangkumi Daerah Maran, Temerloh dan Jerantut serta Pahang Tenggara.

Kerajaan Negeri Pahang ternyata melakukan kesilapan besar apabila tidak membantah pembubaran dua agensi pembangunan Persekutuan, Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Dara) pada tahun 2000 kerana pembubaran kedua-duanya mengakibatkan kawasan yang berada di bawahnya selama ini menjadi terabai.

Bukan itu sahaja, pelbagai projek pembangunan sosial dan ekonomi setempat kini kurang diberi perhatian, Lebih menyedihkan, perancangan kemajuan bandar yang dirancang sekitar tahun 1980-an terbantut. Contoh jelas ialah Bandar Jengka yang yang kelihatan tidak terurus dan ceria berbanding semasa kewujudan LKWJ.

Semua ini menjadi rungutan ramai terutama kawasan-kawasan terlibat. Ini disebabkan dua syarikat yang menggantikan peranan dua agensi pembangunan wilayah itu jauh daripada yang diharapkan.

Selain daripada itu, Pahang dikatakan kerugian RM2.48 bilion selepas pembubaran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dan satu lagi agensi Persekutuan, Projek Bersepadu Pembangunan Pertanian (IADP) berdasarkan peruntukan tahunan yang diperoleh daripada ketiga-tiga agensi itu bagi melaksanakan pelbagai projek di kawasan Jengka, Pahang Barat dan Pahang Tenggara sehingga menyebabkan banyak projek yang dirancang dan sedang dilaksanakan ketika itu terbengkalai.

LKWJ ditubuhkan di bawah Akta 285, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka pada tahun 1983 dengan mengambilalih Perbadanan Kemajuan Jengka, iaitu sebuah Perbadanan Negeri yang ditubuhkan pada tahun 1971 bertujuan memesatkan lagi pembangunan kawasan Jengka. Pembangunan LKWJ dibuat berdasarkan kepada Pelan Indikatif yang memberi penekanan kepada Pembangunan Bandar Jengka dan pembangunan in-situ bagi kawasan yang tidak termasuk kawasan FELDA. Wilayah LKWJ terletak dalam empat Daerah iaitu Maran, Jerantut, Temerloh dan Bera dengan keluasan 196,728 hektar.

Dara pula ditubuhkan di bawah Akta 68, Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara 1972 untuk menerajui strategi pembangunan secara bersepadu melalui pendekatan pembukaan hutan belantara berpandukan pelan induk yang telah digubalkan oleh Kerajaan. Penekanan diberikan kepada usaha-usaha untuk mengeksploitasi sumber, penyedian rangkaian perhubungan dan pembangunan pusat-pusat pertumbuhan dan bandar-bandar baru yang lengkap dan moden. Wilayah DARA terletak dalam empat Daerah iaitu Rompin, Pekan, Bera dan Maran dengan keluasan 1,002,197 hektar.

Sejak itu, kedua-dua agensi berkenaan bertindak memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial bagi memastikan pemodenan sektor pertanian di Kawasan LKWJ, perusahaan dan perdagangan selain mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan segala aktiviti.

Dengan dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed pada ketika itu, Kerajaan Pusat mengambil keputusan membubarkan dua agensi berkenaan. Sedangkan kemampuan dan tahap kesediaan di kalangan Kerajaan Negeri dari segi kewangan dan tenaga kerja untuk membangunkan kawasan masing-masing masih belum bersedia.

Dua agensi tersebut kemudiannya dibubarkan pada 2 Oktober 2000. Kerajaan seterusnya menetapkan supaya LKWJ diswastakan kepada Warisan Jengka Holdings (M) Sdn Bhd. Ekuitinya terdiri daripada Wawasan Jengka (51%), Keska Corporation (10%) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (mewakili kerajaan negeri – 39%).

Sementara Dara pula diswasta kepada Teras Dara Konsortium (TDK). Namun ternyata kini kedua badan swasta itu tidak dapat memainkan peranan mereka dengan berkesan gagal mencapai objektif diharapkan.

Sedangkan Kerajaan Negeri Pahang mempunyai pilihan untuk memohon tidak dibubarkan agensi-agensi berkenaan seperti di negeri-negeri lain. Umpamanya Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Kelantan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dikekalkan hingga ke hari ini.

Yang menjadi persoalan kepada umum, apakah yang ada dalam pemikiran pemimpin kerajaan negeri pada ketika itu sehingga ‘merelakan’ pembubaran agensi-agensi tersebut sedangkan mereka sepatutnya lebih memahami dan amat menyedari bahawa negeri Pahang yang luas ini bukannya kaya untuk memajukan kawasan-kawasan berkenaan jika tidak dengan bantuan Kerajaan Pusat.

WZWH mencadangkan kepada YAB DS Najib supaya menghidupkan kembali LKWJ dan DARA yang ternyata berkesan membantu membangun ekonomi wilayah masing-masing.

WZWH turut mencadangkan kepada DS Najib supaya satu badan yang serupa untuk memajukan ekonomi kawasan Lembah Tembeling Jerantut. Ini boleh dinamakan Lembaga Kemajuan Lembah Tembeling (LKLT).

Lembah Tembeling terbahagi kepada 3 kawasan:
  • Ulu Tembeling
  • Tembeling Tengah
  • Kuala Tembeling
Keluasan Lembah Tembeling ialah 570,068.78 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut(755,771.93 Hektar). Mempunyai 18 JKKK dan penduduk seramai 20,000 orang (bancian 2010). Kalau dari keluasan tanah Lembah Tembeling sangat dominan di Daerah Jerantut.

Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.

Banyak projek-projek potensi yang boleh dibangunkan di Lembah Tembeling seperti:
  • Projek Tenaga-samada hidroelektrik atau NPP
  • Projek Bersepadu Eco-nature resort pelancungan Kuala Tahan
  • Projek Pelancungan eco-nature tempat "exotic" Tembeling
  • Projek Pertanian kerana tanah yang begitu luas samada sawit, getah atau bioherba.
  • Projek Akuakultur bela ikan air tawar
  • Projek Jalanraya dan jambatan
  • Projek Kaolin atau ceramik bagi industri kraftangan kampung
  • Projek Madu Tualang gred A bertaraf dunia
  • Projek Perlombongan besi dan emas
Jika kerajaan boleh membangunkan kawasan Wilayah Jengka dan Pahang Tenggara maka kerajaan pun boleh membangun dan memajukan Lembah Tembeling melalui Lembaga Kemajuan Lembah Tembeling (LKLT). Ini yang WZWH fikir dan cadangkan.

8 comments:

Anonymous said...

Yang menjadi persoalan kepada umum, apakah yang ada dalam pemikiran pemimpin kerajaan negeri pada ketika itu sehingga ‘merelakan’ pembubaran agensi-agensi tersebut sedangkan mereka sepatutnya lebih memahami dan amat menyedari bahawa negeri Pahang yang luas ini bukannya kaya untuk memajukan kawasan-kawasan berkenaan jika tidak dengan bantuan Kerajaan Pusat.

salam tuan blog...saya bukan anak pahang dan tak tau sejarah pahang. soalan saya siapakah yg memerintah kerajaan pahang masa pembubaran itu dibuat. mengikut keterangan kwn saya dia kata masa itu kerajaan DAP yg perintah negeri pahang...memang bangsat betul DAP ni...memang diaorg ni x pandai perintah...kita patut sama2 jgn bg peluang kpd DAP ni.
terima kasih...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:50,
Betul cakap kawan Anon tu, yang memerintah Pahang masa itu ialah "DAP UMNO"! Tq sudi singgah diblog WZWH.

chenerong ular said...

Salam anon 12:50,slam encik wzwh,memang tak dapat disangkal,persoalan yang saudara utarakan TEPAT SEKALI,silapnya KEPUTUSAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN2 MASA LALU DAN JUGA PEMIMPIN2 MASA KINI,TIDAK BERFIKIR APA AKAN TERJADI SEBELUM SASATU PERKARA HENDAK DI LAKUKAN DAN KESAN KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI SETEMPAT SERTA KESAN PADA RAKYAT,SYABAS WZWH,JIKA PERKARA YANG TAK BETUL ITU DIKATA KAN TAK BETUL?,SEPERTI PEMBUBARAN KEDUA DUA AGENSI TERSEBUT,DENGAN TINDAKAN SEDEMEKIAN MERUGIKAN PERSIKITARAN,MEMANG KEPUTUSAN PEMIMPIN YANG SALAH,SEPERTI YANG SELALU DIAMALKAN SEKARANG,BANYAK KEPUTUSAN YANG TAK TEPAT,BILA RAKYAT BERSUARA,MAKA PEMIMPIN MARAH ?,RAKYAT YANG DIKATAKAN SALAH TAK MENGENANG BUDI?,TAHNIAH ATAS IDEA YANG BERNAS,TENTANG KEPUTUSAN PEMBUBARAN DARA DAN LKWJ,.....WASALLAM

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam CU,
Bila LKWJ ditutup kesanya kepada pembangunan ekonomi Jerantut cukup terasa. Negeri lain pertahankan Lembaga Kemajuan masing-masing tapi kita Pahang tutup maka terputuslah peruntukan tetap dari Kerajaan Pusat. Kerajaan Pahang kena minta baru-Lembaga Kemajuan Lembah Tembeling (LKLT) sebagai ganti.

Anonymous said...

memang betul .... bangsat betullah Kerajaan DAP Pahang yang memerintah dari tahun dari tahun 1986 hingga 1999. Yang peliknya kerajaan DAP ni diterajui oleh MB Melayu . MP Rompin pun masa tu tak silap adalah dari DAP juga ....

http://pasfeldaawah.blogspot.com/2010/01/setelah-bubar-kini-lkwj-dan-dara.html

Anonymous said...

Sapa ke nama menteri beso pahang masa tu yek? budo amat dia york.Dia dari DAP ke york? bukan UMNO yang mulek ni

Anonymous said...

aku ni wan heru mencabar UD berdebat secara terbuka kerana dia telah menyentuh aku dalam blog picisannya yang langsung tak berkualiti.jangan bersembunyii sebalik nama.kalau anak jantan datang jumpa aku dan berdebat dengan aku atas apa saja topik.itu pun kalau ada batu.dia memanggil aku wan keliru.sebenarnya sapa keliru?aku kata kamaruzaman yang keliru.aku kata wan mokhtar melawat jerantut pada tahun 1993.bukan kamaruzaman jadi yang berhormat pada 1993.jadi boss UD yang keliru bukan aku.ayat aku dalam ucapan aku pun dia tak dapat nak tafsir apa lagi nak tafsir pemikiran aku.UD sudah-sudahlah jadi pencacai kamaruzaman.berdebat dengan aku secara anak jantan jangan jadi blogger tanpa wajah.tanpa wajah ni biasanya hantu atau jembalang.bengonglah ong UD

Anonymous said...

U.D memang bebal..angkat diri utk jadi pembela nasib ulu tembeling..boleh jalan laaaa..
dah la pencacai anak baria..kulup..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...