Nuffnang Ads

Pages

Saturday, October 30, 2010

Gugurnya Novelis Cikgu Ibrahim Omar

WZWH berasa sedih kerana gugurnya sebutir bintang kesusasteraan Melayu, al-Fatihah. Pada Jumaat 29 Oktober 2010 novelis "Desa Pinggitan", Ibrahim Omar, 74 meninggal dunia di Kampung Mela, Lipis Pahang.

Beliau dikenali sebagai Cikgu Ibrahim kerana pernah bertugas sebagai guru di Pahang dan Perak. Pada tahun 1966, Ibrahim pernah menjadi Guru Besar di Sekolah Arab Al-Ehya Assyarif, Gunung Semanggol, Perak.

Nama Ibrahim juga tidak asing bagi para pelajar pada tahun 1960-an kerana novel Desa Pingitan, karyanya pernah menjadi teks Kesusasteraan Melayu untuk peperiksaan SPM 1966-1968.

Buku biografi "Wajah" terbitan DBP keluaran tahun 1988 merumuskan bahawa novel "Desa Pingitan" mengemukakan kisah masyarakat Melayu di kampung dan bandar dengan perbezaan hidup serta sikap terhadap pembangunan.

Novel itu terus segar dibaca sehingga kini kerana Ibrahim lebih awal telah menerapkan elemen 1Malaysia di dalam "Desa Pingitan".

Beliau meninggalkan banyak antologi cerpen dan 50 buah novel. Antaranya:

  • "Desa Pingitan" DBP 1964 diterjemah ke dalam bahasa Inggeris
  • "Embun dan Tanah" PMB 1965
  • "Hilang" PNS 1966
  • "Hujan Panas" PTKT 1966
  • "Patah Galah Haluan Perahu" UM 1973
  • "Tiba Masanya" UP&D 1977

Ibrahim dilahirkan pada 17 Jun 1936 di Kampung Jeram Landak, Mela, Lipis Pahang. Beliau pernah belajar SM Inggeris Clifford, Kuala Lipis sebelum memilih kerjaya sebagai guru dan penulis kreatif berupa novel dan skrip drama Radio Malaysia sejak awal 1960-an.

Kemuncak kejayaan Ibrahim ialah apabila novel "Desa Pingitan" memenangi tempat pertama dalam sayembara anjuran DBP pada tahun 1962 di Kuala Lumpur.

Beliau pernah menjadi penulis sepenuh masa dan editor Utusan Malaysia pada tahun 1975.

Kali terakhir Ibrahim menghadiri majlis ilmu di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis empat bulan lalu.

Watak beliau sebagai insan merendah diri serta gemar bercakap tentang motivasi, falsafah dan selitan jenaka bermutu.

Pertama kali WZWH berjumpa dengan Ibrahim Omar di Restoran Azza, Jerantut pada lewat tahun 1980-an. Beliau menceritakan pengalaman sewaktu berada di London dan kisah orang Inggeris. 

Beliau ada hubungan persaudaraan dengan WZWH kerana moyang WZWH yang bernama Wan Ismail bin Wan Salleh pernah berkahwin dengan Cik Khaimah anak Orang Kaya Mela dari Kampung Jeram landak, Mela kira-kira 150 tahun dulu. Keturunan ini termasuklah keluarga bomoh patah yang terkenal di kampung Jeram Landak.

"Kita jangan tinggalkan bidang kesusasteraan kerana di dalamnya banyak mengajar kita tentang erti kemanusiaan dan saya gembira kerana Kementerian Pelajaran kini memperkasakan semula subjek itu di sekolah," kata Ibrahim Omar.

WZWH fikir kalaulah Ibrahim Omar dan Pak Sako masih muda belia sudah tentu mereka akan menjadi penulis blog yang hebat dan "contemporary".

8 comments:

Buntat said...

Salam semua,
Marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH Cikgu Ibrahim Omar semoga ditempat orang-orang yang beiman.

Saya amat berterima kasih kepada BELIU kerana mengajar saya semasa di Sekolah Menengah dulu. Jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila. AMIN.
WASALLAM.

WZWH said...

Salam Buntat,
auk...tahun bila arwah mengajar ong, sekolah mana?

chenerong ular said...

Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh beliau dan ditempatkan di kalangan orang orang yang SOLEH...

al - FATIHAH .................. AMIN

oRang kAmpong said...

Alfatihah dr oRang kAmpong.tqlah kerana bagitau kwn bau xd bukak blog aok tidak leh juga menziarah.kwn juga xlupa sampaikan salam takziah dr rodong2 temeloh.

WZWH said...

Salam Orang Kampong,
Kirim salam kepada rodong-rodong Temerloh.

Anonymous said...

semasa raya aidilfitri yg lalu sempat bertandang kerumah allahyarham...

Anonymous said...

Salam tuan WMWH & Sema2...,

Gugurnya Novelis Cikgu Ibrahim Omar

Inna.. InnalilLah … …, Al Fatihah untuk Allahyaram Cikgu IBO. Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh beliau dan ditempatkan di kalangan orang orang yang SOLEH... Takziah kepada kaum keluarga.

Tak terlalu mengenali Allahyarham secara dekat, cuma pernah sekali ketemui kira2 30 tahun yang lalu, di Bandar Jerantut. Walaupun belajar subjek Tawarikh, ungkapan dalam buku “Desa Pingitan” Allahyaram semasa buat analisa, telah menulis, sampai sekarang masih terngiang2 lagi dailek urang Ulurk Temeling perkataan “bola” disebutnya “bula”. Tq diatas maklumat ini…

Pang5 Banir… Al Fatihah…

Anonymous said...

Salam, Al Fatihah untuk Allahyarham. Susah nak dapat Novle ini. Dimanakah boleh baca online?