Tuesday, March 25, 2014

WZWH Brief Dengan Lebih Mudah Projek Ikan Sturgeon Di Jerantut




















Sebagai blogger yang berasal dari Jerantut adalah menjadi tanggungjawab WZWH untuk menerang dengan lebih mudah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan, Jerantut.

Projek ini untuk memastikan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk generasi baru peneroka FELDA dan kampung tradisional.

Ianya menjadi penyumbang utama agenda sekuriti makanan negara dengan membiak ikan di darat.

Penghasilan telur kaviar dan daging ikan sturgeon untuk diperkenalkan dengan jenama Malaysia di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Mengubah perspektif orang ramai terhadap nilai kaviar dan memberikan kesan limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan dengan hasil pulangan yang tinggi.

Menjadi nilai tambah kepada Sektor Pelancongan, Sektor Perniagaan Kecil & Sederhana bagi Kerajaan Negeri Pahang.

Harga pasaran telur Kaviar boleh mencecah 7,000 USD sekilogram! (Harga terkini: USD4000/kg).

Pasaran Kaviar dunia telah mengalami penurunan bekalan hasil tangkapan ikan sturgeon liar dari 22,000 tan pada tahun 1970 ke 373 tan pada tahun 2008 sumber FAO.

Kekurangan bekalan kaviar pada tahun 2012 adalah sebanyak 1,800 tan. Trend kekurangan bekalan kaviar dapat dikesan sejak tahun 2000 lagi.

Pasaran Kaviar adalah pasaran yang menguntungkan.

Sasaran impak ekonomi melalui Projek Penternakan Ikan Sturgeon Kuala Tahan, Jerantut:

Mensasarkan 30 metrik tan kaviar dan 60 metrik tan daging ikan sturgeon.

Nilai 30 tan metrik tan kaviar adalah berjumlah RM96 juta.

Mensasarkan pendapatan golongan peneroka dan kampung tradisional yang boleh mencapai RM13,000 sebulan.

Dijangka projek ini akan menambahkan 30,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

Projek ini menggunakan teknologi Aqua Farming yang digunakan di Korea dan sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Dilaksanakan secara integratif di mana kolam-kolam penternakan dibina berdekatan dengan pusat penyelidikan untuk pembangunan teknologi penternakan dan pembangunan produk baru.

Nilai pelaburan projek ini sebanyak RM150 juta yang akan dibiayai melalui suntikan modal dan pembiayaan luar.

Antara spesis ikan sturgeon yang akan diternak ialah:

  • Siberian
  • Amur
  • Sterlet
  • Beluga

Lokasi projek penternakan Ikan Sturgeon ini di Kuala Tahan, Taman Negara , Jerantut, Pahang dalam DUN Tahan.

Tanah seluas 50 ekar diperuntukkan untuk memaksimunkan pendapatan dan penggunaan kos secara efisien.

Taman Kaviar secara konsep kolam satelit yang akan diusahakan oleh generasi baru peneroka dan kampung tradisional melalui buyback guarantee.

Kemudahan yang disediakan:


  • Sebuah kolam penternakan pusat dan beberapa kolam pembiakan satelit kapasiti pengeluaran 30MT Kaviar
  • Sebuah Bangunan Pejabat Pentadbiran, Pemasaran, Kajian dan Pembangunan (R & D)
  • Sebuah Bangunan yang dilengkapi Kemudahan Seminar & Pengajaran, Show Rooms, Mini Akuarium dan Kemudahan tempat tinggal.

Proses penternakan ikan sturgeon menggabungkan kaedah Sistem Peredaran Semula Air (Recirculation Aquaculture System) dan Sistem Pengaliran Air (Running Water System)

Malaysia mempunyai sumber air asli terutama Pahang yang mampu membekalkan air bersih yang mencukupi bagi projek ini.

Penjimatan sehingga 50% daripada kos keseluruhan berbanding penggunaan Sistem Pengaliran Air Sahaja.



ADUN Tahan meraikan pelabur-pelabur dari Korea Selatan yang mahu menjalankan projek ini dengan teknologi Korea yang disesuaikan dengan teknologi Malaysia.

Apa faedah projek ini kepada rakyat DUN Tahan Jerantut?

  • Peluang pekerjaan kepada 300 warga tempatan sekaligus dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat.
  • Menjana pendapatan dalam bidang akuakultur di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.
  • Merangkumi 9 skop pekerjaan iaitu pembenihan, tapak semaian, penternakan, penyelenggaraa, pembangunan dan penyelidikan, fasiliti, pentadbiran, pelancongan dan pendidikan.
  • Peluang pekerjaan generasi baru FELDA dan kampung tradisional dengan Penternakan siput kecil untuk dijadikan sumber pemakanan ikan sturgeon.
  • Melahirkan Tenaga Pakar-Prospek tertumpu kepada golongan graduan Generasi Baru FELDA dan kampung tradisional dalam bidang agrikultur.
  • Pelajar akan menjalani latihan terlebih dahulu di Korea Selatan.

Tapak pembangunan projek ini boleh dijadikan satu tempat tarikan pelancong dimana ia menyediakan pengalaman yang meransang daya ingin tahu dan memberi pendedahan kepada pembangunan kaviar.

Bakal menjadikan Malaysia sebagai Negara kedua terbesar di Asia dalam projek penghasilan Kaviar dan penternakan ikan Sturgeon setelah UAE memiliki loji ternakan ikan Sturgeon terbesar dunia di Muzalifah Industrial Park, Abu Dhabi.

Malaysia mengikuti UAE sebagai negara Islam pengeluar Kaviar terbesar dunia dan Halal Food.

WZWH faham sentimen penduduk tempatan yang mahu supaya pengeluaran, penjagan penternakan ikan-ikan tempatan yang menjadi kebanggaan nenek moyang orang Tembeling seperti Ikan Jelawat, Kelah, Patin dan lain-lain di pertingkatkan.

Itu kita akan usahakan di.masa akan datang. Mungkin pengalaman membela ikan Sturgeon ini akan memberi pengetahuan bagaimana kita akan meningkatkan juga penternakan dan pengeluaran ikan Jelawat, Kelah dan Patin terutamanya.

Demikian brief WZWH secara lebih mudah mengenai Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan, Jerantut.

Projek yang baik untuk masyarakat kita semua kena sokong. Dan WZWH ingin menjelaskan di sini ada banyak projek-projek lagi yang kita mahu buat untuk pembangunan DUN Tahan terutamanya dan Jerantut.

22 comments:

Anonymous said...

Kalau ikan terlepas ke Sungai Tembeling jadi ape nanti?Kalau la terlepas..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Penternakan ikan Sturgeon di Taman Kaviar dalam persekitaran sistem tertutup berteknologi tinggi dan kawalan sekuriti. Ikan ini tidak boleh hidup dalam persitaran natural sungai di Malaysia.

Anonymous said...

Boleh ulas sikit pasal isu semasa mH370.Pasal apa orang Cina pandai komplen saja?

Wanx Ismail said...

Kenapa mesti sturgeon dan bukan ikan lain? Klu terlepas boleh hidup n mungkin xleh membiak.. mungkin.. ikan ni makan planton n rumpai2 kecil.. kalaula terlepas habisla... xkan beri kesan dalam masa terdekat.. patut difirkan sumber ekonomi lain dari projek ni...

Anonymous said...

Orang umno mana ada fikir rakyat dan kesannya,dema tau dan sedar sebenarnya,pemimpin tak betul pun dema tetap sokong,kalau tengok dalam parlimen tv1 baik je macam dema tu maksum sgt dan membela rakyat dengan baca teks bodoh dema tu,padahal tv1 tu jelas yang edit video,yang kena hentam dengan pembakang mana ada tunjuk,napala orang kuala tahan bodoh tak bantah bnda projek yg masuk ke poket kroni ni,yang aki k.tahan tu,tp awk guide dan pencinta alam sekitar untuk plncong,kenapa tak bantah projek ni,jangan jadi guide semata2 duit,fikir anak2 cucu nanti,hidupan ni kalau terlepas sekali ke sungai tembeling taula kesan ekosistem kita,ikan2 sungai tembeling akan pupus,jgn nak ckpla zuri terkawal,sedang kelah santuari tu hancur projeknya,kalau tempat plancongan memang pandang ke duit je dema ni

Anonymous said...

bodek lebih kembung laa perut koo....

Anonymous said...

Ayat yg terakhir tu mmg tak boleh blah...projek lain nak bangun kan kuala tahan???baikla korang baiki jalan raya yg asek rosak dek lori balak tu dulu..pastu basic emenities mcm elektrik n air pon kejap ade kejap takde boleh plak ckp sumber air mencukupi boleh dibekalkan untuk projek ni??korang ni mmg nampak $$$ je tapi tak tengok benda2 basic yg korang patut buat kt kawasan kuala tahan tu dulu...u ni PA wan mizan kan?suruh die baiki jalan2 tu dulu!!stop la balak2 tu sume!!sebok nak sturgeon2 bagai!!you guys are nonsence!!!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Projek-Projek Jalan sedang dan dalam proses berjalan.

Kos mantenance jalan pun sudah dipohon.

Bila banyak projek-projek besar dan berimpak tinggi di Kuala Tahan maka kerajaan terpaksa menyediakan perkhidmatan api dan air yang sempurna dengan pemasangan sistem paip, api bertaraf Bandaraya.

Anonymous said...

orang sekitar boleh dapat 13k sebulan, orang atasan boleh dapat ratus ribu sebulan, projek pada dasar menguntungkan orang kampung tapi hanyalah omong-omong kosong untuk mengaburi mata masyarakat je

Anonymous said...

Comfirm ker boleh bagi peluang pekerjaan kepada orang tempatan? Atau akan di penuhi oleh warga asing. Biasalah syarikat nak untung lebih, boleh bayar gaji murah kepada warga asing.

Aznir said...

As-salam En. Wan. As a river enthusiast & conservationist, I am very very worried about the potential disaster that this project may bring.

History has shown that projects involving alien fish species eventually result in these species escaping or being put into local waters, and destroying the ecological balance.
Siakap in Kenyir; tilapia/cichlids in Temengor; peacock bass in Cenderoh; toman in Klang Gates: these are just 4 examples.

I assume that this project is in close proximity to Sg Tembeling or Tahan? If so, then the risk is there. How do we guarantee its mitigation?

The wisdom from the West is that one should never relocate a fish species from one natural water (eg. river) to another, not even the same species. Let alone putting an alien species from the other side of the world.

We are currently repeating the same error from the West. We are not learning from mistakes, and thus we will be despised by our future generations.

These are my sincere thoughts. I don't mean to spoil your fun, but I fear for the future of the rivers and lakes of this beloved country.

Aznir Malek

Anonymous said...

Agak-agak berapa tan kayu balak akan di keluarkan di sepanjang jalan hingga ke tapak projek

Anonymous said...

Projek Sturgeon di tukar kepada Projek Patin Buah Negara ...Amacam! 100% kepakaran dalam negara :)

Anonymous said...

weiii... bagilah peluang pada wan amizan.. kan dia sdg berbincang dgn pelabur2 muda dari Korea tu.. dia selain pandai bahasa orang putis pandai juga cakap korea...K-Pop.. Kak Wok hitam lagi pandai bahasa korea... dema boleh?

Anonymous said...

Ada buat research tak pasal ikan yang bakal digunakan ni boleh evolve kat sungai M'sia? Saya tak tau la keadaan sungai berdekatan tapi haiwan biasanya akan evolve untuk adapat kat surrounding. Tolong kaji dari aspek biologi jugak. Sayang la kalau ikan tempatan hilang macam tu je.

Anonymous said...

Adapt*maaf typo

Ismail Ibrahim said...

Askm En Wan, orang yg dah jiwa nya membangkang memang suka membangkang aje, susah nak hargai usaha orang lain. niat dalam hati hanya Allah yang tahu. Tahniah atas usaha kerajaan utk cuba meningkatkan taraf hidup rakyat di tahan. saya percaya mitigation plan yang sepatutnya telah diambil oleh pihak pengusaha bagi memastikan species ikan2 tidak terlepas ke sungai berdekatan di mana dikhuatiri ikan ini akan memusnahkan sys ecology sungai pahang.

Unknown said...

As'kum En WZ. Boleh tolong saya? Boleh tolong tanya Felda atau ECER mcm mana 30mton boleh dpt RM96 juta? Siapa punya financial model yg depa pakai? Boleh dpt detail model? Lambat laun akan kena keluar detail jugak. Klu pakai org punya model boleh kena saman tak?? Tolong tanya En WZ. Boleh?

Anonymous said...

yg komen -ve dlm nie sbnrnye dgki korang x dpt join projek nie kn..hahahaha

Anonymous said...


Rm13000 untuk peneroka atau utk sang buaya kat atas nun.
Sejak FGV ada, kami x de kaya mana pun. Jgn kata 13000, 5000 sebulan blm tentu lagi. Blm cite pasal saham FGV yg mcm goreng pisang. Awal2 aje panas, lama2 hangus.

Anonymous said...

Dato dato bodoh jerantut.. apa jadi dgn projek dgn korea? Pi bela ikan puyu je lah.. korea mintak geran dari kerajaan depa.. yang Felda longgok rm40m kat korea... kena tipu dgn korea.. sekarang ni dok pi sembah mintak balik duit.. haram depa nak bagi balik sekupang pun.. berapa banyak DoF MoU dgn korea.. satu pun tak jalan.. depa ni penipu! Masyarakat dunia dok gelak.. yg rugi sapa? Felda. Yg untung sapa? Ex Pegawai felda... dpt rm5m cash n kawin bini baru korea... tapi duit dah kena cekau dgn kpop... hanggus! Bodoh piang!

Anonymous said...

Dato dato bodoh jerantut.. apa jadi dgn projek dgn korea? Pi bela ikan puyu je lah.. korea mintak geran dari kerajaan depa.. yang Felda longgok rm40m kat korea... kena tipu dgn korea.. sekarang ni dok pi sembah mintak balik duit.. haram depa nak bagi balik sekupang pun.. berapa banyak DoF MoU dgn korea.. satu pun tak jalan.. depa ni penipu! Masyarakat dunia dok gelak.. yg rugi sapa? Felda. Yg untung sapa? Ex Pegawai felda... dpt rm5m cash n kawin bini baru korea... tapi duit dah kena cekau dgn kpop... hanggus! Bodoh piang!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024