Wednesday, March 26, 2014

WZWH Mengaku Orang Asli Sg Tekai Lebih Cerdik Di Majlis Penerangan Projek Hidroelektrik Tekai



Majlis Penerangan Projek Hidroelektrik Tekai, Tahniah pada YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan membawa transfomasi dan merealisasikan pembangunan untuk masa depan warga DUN Tahan.

Sejak WZWH berblog dari tahun 2010 lagi WZWH banyak menulis posting tentang Projek Hidroelektrik Sg Tekai di DUN Tahan Jerantut.

Malah WZWH telah membawa usul ini dalam Mesyuarat Agong Pemuda UMNO Jerantut 2009 dan juga diterima tanpa bahas dalam Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Jerantut 2009.

Ada cerita disebalik usul itu. Pada tahun 2009, oleh kerana WZWH berasa kecewa sebab  kerajaan tidak begitu serious mahu buat Projek Jalan Ulu Tembeling lalu WZWH telah berjumpa ADUN Tahan yang ketika itu memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut untuk meluluskan usul WZWH yang mahu bina hidroelektrik di Sg Tembeling supaya Ulu Tembeling tenggelam jadi kerajaan tidak perlu membazir duit bina jalan tersebut.

Lagi pun Projek Hidroelektrik Sg Tembeling adalah projek Almarhum Tun Abdul Razak yang tidak selesai. Dengan muka yang marah ADUN Tahan terus memaki WZWH lalu berkata," Aok nak bunuh aku ke mampus nanti Orang Tembeling tak undi aku!

ADUN Tahan cakap," aok mana tahu aku kerja kuat untuk pastikan kerajaan buat Projek Jalan Ulu Tembeling"

Sewaktu WZWH berehat di Kuala Tahan, Chu Mezah AJK UMNO Bahagian ketika itu telah beritahu WZWH,"Wok, dulu awal tahun 1980an Chu pernah kerja dengan Syarikat Jepun yang mengkaji potensi Hidroelektrik Sg Tekai, kalau Wok cadang Hidroelektrik Sg Tekai, Orang Tembeling tidak marah....

Wah ini idea bagus, WZWH cepat-cepat tukar usul dengan tajuk Hidroelektrik Sg Tekai lalu ADUN Tahan bersetuju kerana tidak ada penduduk di situ kecuali 60 keluarga Orang Asli Sg Tekai. Itu pun kerajaan telah bina perumahan untuk mereka dekat jambatan Sg Tekai sebelum tapak hidroelektrik.

The rest is history...

Ini posting terbaik WZWH mengenai Hidroelektrik Tekai sila klik sini.


Perbincangan Projek Hidroeletrik Sg Tekai di antara YB Dato Wan Amizan ADUN Tahan dgn Ir Shahar Mior Nazri (GM) Projek Hidro ,bersama pengurus kontrak ,Pengurus Kanan,Jurutera 2 di Hotel Darul Makmur.

Minggu lepas  telah diadakan Majlis Penerangan Projek Hidroelektrik Tekai kepada masyarakat Orang Asli Sg Tekai oleh TNB dan ADUN Tahan.

Majlis itu telah dihadiri oleh 60 buah keluarga  Orang Asli Sg Tekai. Majlis penerangan berjalan lancar.

Bila GM TNB Hidro berucap, Tok Batin dan 60 keluarga Orang Asli Sg Tekai menganggok...

Bila ADUN Tahan berucap, Tok Batin dan 60 keluarga Orang Asli Sg Tekai lagi kuat menganggok...

Maka suka sangat GM TNB Hidro kerana penerangan TNB sangat mudah difahami oleh masyarakat Orang Asli Sg Tekai.

ADUN Tahan lagi berbesar hati....

Bila tiba Tok Batin bangun semasa sesi QnA...Tok Batin dengan cool berucap....

YB Engku...,

Kami ini tidak mintak banyak

Kami minta sikit aje.

Bukan minta beratus juta...

Bukan minta beratus ribu...

Minta beribu-ribu aje...

Projek ini berbilion-bilion...

Kami di sini ada 60 buah keluarga.

YB Engku...kami minta cuma:

Sebuah rumah diberi sebuah kereta...

Setiap orang diberi gaji RM4000 sebulan!!!

Bergerak-gerak kedua-dua telinga ADUN Tahan mendengar permintaan Tok Batin!

Ha Ha Ha...Ha...WZWH mengaku Orang Asli Sg Tekai lebih cerdik di Majlis Penerangan Projek Hidroelektrik Sg Tekai.

Kalau mahu tahu lagi cerdiknya Orang Asli di Sg Tembeling ini sila klik sini.

13 comments:

Anonymous said...

Berapakah keluasan hutan yang akan tenggelam nanti dan berapa pulak kuasa yang boleh dijana empangan ni nanti?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Fakta Ringkas Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai:

Oktober 2013- Penilaian EIA dan kajian keselamatan
Mac 2015- Pembinaan kuarters dan jalan utama
Julai 2017- Kerja-kerja tanah bagi bina empang dan stesen janakuasa
Februari 2019- Proses takungan air
Jun 2020- Empangan Hidroelektrik Tekai memulakan operasi
Keluasan kolam: 8,210 hektar merangkumi Hutan Simpan Tekai-Tembeling
Kos: RM5.42 bilion
Kapasiti: 400MW boleh menampung 10% keperluan elektrik Semenanjung
Kontraktor: Syarikat usahasama TNB dan swasta

Anonymous said...

nok lahit loh sudoh jenabak dari demek ke urang asli yg tok bape panai mudoh amatloh deme ni genabak weh. jgn gon ke wen dan supit ipuh sudahloh. deme memeng suko duk kat hayak ajer.

Anonymous said...

Luas jugaklah kawasan yang akan tenggelam nanti.Keluasan yang lagi banyak dari Ulu Jelai.Harap-harap memang akan dapat jana 400MW.Kalau tak,tak berbaloi la.Ulu Jelai kawasan lagi kecil dapat generate tenaga lebih kurang Tekai?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ulu Jelai dari terjahan air gunung itu berbeza dari kedudukan tingi. Memang tidak banyak tenggelam. Memang kuasa Ulu Jelai lebih. Di Tekai kita buat dua jenis empangan.

Anonymous said...

Kena planning elok2 sebab dah dekat dengan Taman Negara.Bila Jalan Jerantut-Sungai Lembing dgn Ulu Tembeling-Pasir Raja siap,akses jadi lagi senang. Pertanian,pembalakan,perlombongan akan lagi banyak.Memang Jerantut potensi besar,kawasan luas tapi jangan jadi macam Cameron Highlands.Sungai Jelai yang dah lama punah,jangan Sungai Tembeling ikut sama dah la.Nanti rosak la Sungai Pahang.Bila banjir..kecoh

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Preserve ecologi. Kalau boleh kurangkan perlombongan kerana banyak merosakkan alam sekigar. Betul sungai-sungai di Pahang kena jaga. Apa yang berlaku di Sg Jelai boleh jadi pengajaran. Sg Tembeling kena preserve.

Anonymous said...

Kawasan resorvoir empangan ni adakah balak akan dikeluarkan dulu?Atau memang disubmergekan aja macam Kenyir?Masa ni la balka patut ditebang.
Ke guane?

Anonymous said...

Kerajaan Negeri Pahang sudah tebang dah

Anonymous said...

Saudara,boleh buat artikel pasal MH370?

Pasal apa kawalan ruang udara Malaysia lemah?
Pasal apa orang Cina cuma pandai komplen saja?Makin naik kepala..
Pasal apa orang Melayu sendiri memperlekehkan Melayu sendiri?

Serabut la..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ulasan tentang krisis MH370 adalah sensitif...banyak melibatkan Keselamatan Negara...WZWH tidak boleh beritahu kepada public...yang penting kita tunggu analisa Black Box bila dijumpa

Anonymous said...

Bangkai pun tak jumpa nak jumpa kotak hitam macam mana,jadi pelik pulak,umpama mencari benda yang tak wujud,kos banyak keluar,tapi kerajaan tak penah cite

Anonymous said...

Org asli cerdik sebab senang orang nak kelentong.... duit beb...lol

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...