Monday, March 24, 2014

Kuala Tahan FC , Penaja Dan Penyokong Ultra



















ADUN Tahan menyaksikan majlis akur janji pemain Kuala Tahan FC dengan penaja-penaja.

Bertempat di Persona Village Resort malam Sabtu lalu, YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan meluangkan masa melayan kehendak anak-anak muda Kuala Tahan bagi Kuala Tahan FC mendapatkan penaja-penaja bagi Liga Emas FA Jerantut.

Sumbangan penajaan dari korporat terutama Beta Construction, DS Wang dan ramai lagi penyumbang individu bagi membiayai segala kemudahan Kuala Tahan FC dan kelab penyokong ultra bermain di Liga Emas FA Jerantut.

WZWH perhatikan generasi muda Kuala Tahan aktif dengan bolasepak dan sering menjuarai kejohanan bolasepak di Jerantut.

Berikutan kemenangan SAS Muda Kuala Tahan menjuarai kejohanan edisi pertama pada Sabtu lepas anak-anak muda Kuala Tahan dari kanak-kanak hingga remaja begitu bersemangat sekali.





































Penyerahan jersi rasmi Kuala Tahan FC oleh wakil pemain kepada ADUN Tahan semasa majlis makan malam dan akurjanji pemain dan penaja.




















Sebahagian dari pemain dan penyokong ultra Kuala Tahan FC.

3 comments:

usin malaun said...

Tahniah adun tahan kerana memberi sumbangan dalam pembangunan sukan di kuala tahan tapi jangan lupa janji untuk menyediakan perumahan kos rendah untuk penduduk kuala tahan yang ada keluarga masih menumpang di rumah ibu bapa lg walaupun dah berdozen anak.yang nampak gayanya janji tinggal janji sejak turun temurun lg bila nak PRU.bersukan2 juga takkan dah bekeluarga pun masih nak menumpang dgn keluarga lg tolong beri pencerahan ke YB Dompok tu wan zuri..

Anonymous said...

Ni buat untuk menutup atau takut belia k.tahan bantah projek sturgeon tu,kalau la orang k.tahan berakal dia boleh fikir kesan alam sekitar,ramai dah penduduk jerantut bantah projek ni,tgk sndiri,orang luar tu yang bantah bkn penduduk k.tahan,diaorang pun tau kesan buruk,janganla tutup mata

Anonymous said...

Org luar bantah tu sebab xbuat kt tempat dia orang,xkn la org kuala tahan nk bntah,duit mari tu,kami dh brakal sangat dah,pelaburan brjuta juta ringgit,FGV yg manage,consultan dri korea,perfect,bakal menjadi tariksn bru tman ngara,makin rmai la pelancong lpas ni,alhamdulillah,thanks adun tahan,u are the best..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024