Nuffnang Ads

Pages

Monday, March 31, 2014

Lawatan ECER Memastikan Amanah DS Najib Membangunkan DUN Tahan Jerantut Boleh Tercapai



















WZWH memberi penerangan kepada Dato’ Jebasingam Issace John CEO ECER tentang beberapa projek pembangunan yang dicadangkan dan sedang diusahakan di DUN Tahan. Turut hadir Pegawai Daerah Jerantut, CEO FELDA Wilayah Jengka dan pegawai-pegawai ECER, FELDA, Pejabat Daerah Jerantut dan MDJ.

Hari ini lawatan ECER ke DUN Tahan turun padang bagi meninjau, melihat sendiri dan memberi feedback kepada kerajaan bagaimana mahu membangunkan DUN Tahan dan memajukan Kuala Tahan getaway Taman Negara.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang dirasmikan pada hari Selasa, 29 Oktober 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Program atas inisiatif kerajaan pusat ini merupakan program ekonomi ketiga selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utara Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.

Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 hingga 2020. Peneraju utama ialah perbadanan minyak dan gas iaitu Petronas. Kita ada baki lagi 6 tahun.

WZWH lebih berminat bercakap mengenai projek-projek ECER Taman Negara. Kalau kita lihat ECER lebih fokus kepada ekonomi Pahang Timur. Boleh dikatakan tiada lansung projek-projek di belah Pahang Barat terutamanya Jerantut.

Blog WZWH banyak mencadangkan beberapa projek dalam posting yang terdahulu di DUN Tahan dan Taman Negara. Sedikit sebanyak apa yang WZWH beri pandangan dan komen-komen pembaca blog WZWH turut membuka mata DS Najib PM.

CEO ECER Dato’ Jebasingam Issace John berkata bahawa DS Najib telah mengarahkan beliau supaya mengkaji apa-apa projek yang boleh dilaksanakan di Taman Negara dan Jerantut. Beliau mengaku sedang meneliti dan mengimplemen saranan PM.

CEO ECER berkata DS Najib mahu Kuala Tahan sebagai Gateway to Taman Negara menjadi daya tarikan bertaraf internasional. Boleh membuatkan pelancong-pelancong asing berminat melawat Taman Negara.

Memang Dato' Jebasingam issace John dibayar gaji oleh Petronas untuk memikir keseluruhan projek ECER. Namun WZWH berpendapat kita orang Jerantut terutama golongan muda dan profesional perlu juga mencadangkan apa projek-projek Taman Negara yang terbaik kepada kerajaan.

Apa yang menarik adalah ECER bertanggungjawab bagi pembangunan special zone Kuala Tahan terutama dari pihak swasta. Untuk initial outlay, ECER telah memperuntukan berpuluh juta ringgit bagi persediaan Kuala Tahan menjadi pembangunan special zone melalui MDJ dan geran kajian.

Bagi fokus kepada pengembangan ekonomi Jerantut pula sektor Pertanian, Pelancungan, Infrastruktur, Renewal Energy, dan Pembangunan Luar Bandar sangat sesuai dan tepat untuk diaplikasi di Jerantut. Pemimpin-pemimpin politik Jerantut terutamanya perlu ke depan fikir bagaimana sektor-sektor ini boleh diimplementasi di Jerantut.



















Dato’ Jebasingam Issace John CEO ECER adalah pemimpin yang serious, berpandangan jauh, bijak, kuat berkerja, mempunyai azam yang tinggi adalah pilihan terbaik DS Najib bagi membangunkan DUN Tahan terutamanya dan Jerantut serta Pahang, Terengganu, Kelantan, serta Mersing Johor.

Antara projek-projek yang dicadangkan, diluluskan dan sedang diusahakan di DUN Tahan:

Projek Menaiktaraf Jalan Jerantut-Kuala Tahan bagi memudahkan perhubungan. Jarak dari bandar Jerantut ke Kuala Tahan ialah sejauh 75km

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi sejauh 23km

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling sejauh 42km

Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu dari Kg Mat Daling ke Kg Pasir Raja sejauh 60km

Projek Hidoelektrik Sg Tekai

Projek Penternakan Ikan Sturgeon dan Taman Kaviar

Projek Bandaraya Rimba Tropika Taman Negara Sultan Hj Ahmad Shah

Projek Taman Safari

Projek Ladang Gaharu

Projek Agropark Tembeling

Projek Menaiktaraf Airport Sg Tiang

WZWH akan menulis bagaimana ECER boleh membantu pembangunan DUN Tahan dalam posting akan datang.

5 comments:

Anonymous said...

ECER memang tak balance pun pada Pahang Barat.Tapi daerah Lipis,Raub,Bentong dan Cameron Highlands bila Central Spine Road dan jalan Ulu Sungai,Raub-Ulu Slim,Perak siap,daerah2 ni dah boleh maju sendiri.Sungai Jelai boleh dikokokan lagi.Jadi tinggal jelah Jerantut kat Pahang ni yang nak dimajukan entah macam mana entah.Daerah Bera yang baru wujud pun lagi advance,cuma takde jambatan Sungai Pahang je.Jerantut daerah terbesar dan termundur, macam biasalah sumbangannya cumalah membekalkan oksigen segar kepada umat Semenanjung.

Jambatan berkembar Kuala Tembeling takde dalam list ke?Tempat bermula Sungai Pahang,tempat asal-usul kerajaan beraja Pahang,bagi support la sikit.
ECER ni akan ambik alih tugas LKWJ dan DARA ke?Sebab apa Pahang cerdik sangat bubarkan agensi ni?Negeri lain marah,tapi Pahang tak kesah?Kalau wujud lagi mungkin Pahang dah boleh dapat 2 daerah baru Jengka/Kuala Krau dan Muadzam Shah.Macam takde management betul la..

Anonymous said...

Wzwh tau tak ECER ni buat projek apa untuk daerah Temerloh?

Anonymous said...

Tahniah. Teruskan usaha.

Tapi apa yang perlu adalah Highway dari Karak-Jerantut-Kuala Berang -Kuala Terengganu.Tapi mungkin lambat lagi kot... highway pantai timur pun tak siap siap lagi.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 11:24, pemimpin-pemimpin Pahang Barat perlu proaktif cersama dengan pelabur swasta mencadangkan kepada ECER untuk memajukan Pahang Barat.


Anon 5:44, Apa ECER buat projek untuk Temerloh itu kena tanya Dato' Sharkar lah...


Anon 10:58, Prioriti kita yang utamakan ialah menyiapkan Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dan memulakan Fasa 2 sampai ke Kg Mat Daling.

Anonymous said...

bagus, macam2 perancangan utk pembangunan.