Wednesday, April 2, 2014

WZWH Menyakinkan ECER Bahawa Labu Sentral Adalah Gateway Ke Safari Park



Labu Sentral adalah satu kawasan rehat yang sesuai untuk kedua-dua air dan pengguna pengangkutan darat dilancarkan di Kampung Labu, Tembeling Tengah, Jerantut pada 28 Aug 2012 .

Labu Sentral R & R adalah satu persinggahan yang sesuai untuk pelancong perjalanan ke Taman Negara melalui Sungai Tembeling manakala mereka yang melancong di sepanjang jalan persekutuan juga boleh singgah untuk membeli kraftangan dan hasil pertanian.

Dibina oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Majlis Pembangunan (ECERDC), RM273,000 kawasan rehat juga merupakan satu peluang bagi penduduk tempatan untuk memperkenalkan produk mereka manakala bergaul dengan pelancong yang sedang berehat daripada tiga jam menaiki bot dari jeti Kuala Tembeling.

Taman Negara menerima pelancong seramai 65,000 tahun 2013. Sektor pelancongan adalah lombong emas di DUN Tahan perlu diambil peluang oleh rakyat tempatan dengan dibantu oleh kerajaan.

Dana RM150 juta telah diagihkan kepada projek-projek tertentu termasuk di Jerantut di bawah ECER. Peruntukan RM11.5 juta telah diberi kepada MDJ untuk membangun prasarana Kuala Tahan.



Kedatangan ramai pelancong dari dalam dan luar negara diharap dapat menceriakan Labu Sentral.



















Bagaimana mahu menarik ramai pelancong baik dari dalam dan luar negara singgah di Labu Sentral?



















Kedai kraftangan kalau diserbu ramai pelancong akan berkurang stoknya. Produk labu dari tanah liat koalin berkualiti tinggi dari Kg Pasir Durian mendapat sambutan hebat. Apa lagi variety yang boleh dioffer?



















Dato’ Jebasingam Issace John CEO ECER mahu aset Labu Sentral yang sedia ada dijaga maintenance dengan baik. JKKK Kg Labu perlu jaga, bersih dan selenggara aset Labu Sentral. MDJ tidak ada peruntukan dan bukan dibawahnya.

CEO ECER merenung masa depan Labu Sentral bagaimana mahu menjadikannya lebih menarik dikunjungi oleh ramai pelancong. Perlukah Labu Sentral diupgrade?



















WZWH menyakinkan CEO ECER bahawa Labu Sentral adalah Gateway ke Safari Park di seberang Kg Labu. 

Labu Sentral akan menjadi lebih ceria dan meriah bila Projek Safari Park siap nanti.

Safari Park juga dipanggil wildlife park ialah macam seperti zoo menarik pelancong komersil dimana pelawat boleh memandu kereta mereka sendiri atau kenderaan disediakan untuk memerhati binatang-binatang bergerak bebas. Biasanya daya tarikan ialah binatang besar dari Afrika seperti zirafah, singa, badak sumbu, gajah, kuda belang, antelope, badak air, buaya, babon dan sebagainya.

Projek Safari Park di Tembeling ini boleh juga selain memperagakan binatang tempatan yang ada seperti harimau, gajah, seladang, beruang, rusa, tenuk juga binatang-binatang dari kepulauan Melayu seperti orang utan, biawak naga comodore dan lain-lain. Binatang dari India juga boleh ditonjolkan.

Safari Park ini boleh buat pelancong lebih dekat dengan binatang-binatang. Taman Negara yang ada sekarang ini susah pelancong mahu lihat binatang kecuali ada seekor dua rusa dan tenuk jinak.

Safari Park lebih besar dari zoo tetapi lebih kecil dari game reserve. Biasanya luas Safari Park antara 100 ekar hingga 750 ekar iaitu kurang dari 1000 ekar. 

Bagi Projek Safari Park di Tembeling ini boleh dikembangkan hingga 7000 ekar kerana keluasan tanah masih ada. 

Biasanya di Safari Park ada tarikan pelancong seperti golf course, carnival rides-roller coaster, cafe, restoren, kereta api kecil dan gift shop serta hotel dan resort.

Bali Safari and Marine Park adalah model yang baik dibuat contoh sila klik sini.

Sebenarnya sudah lama DS Najib fikir mahu sebuah taman safari dibuat di Taman Negara. WZWH menyakinkan ECER bahawa Labu Sentral adalah Gateway ke Safari Park.

Dato’ Jebasingam Issace John CEO ECER bertanya kepada WZWH bagaimana pelancong mahu pergi dari Labu Sentral ke seberang Kg Labu Gateway to Safari Park?

WZWH jawab "By cable car!"

"Crazy idea" itu jawab CEO ECER!

Ya, kita boleh bina cable car atau tram.

Kita boleh bina jambatan Kg Labu!

15 comments:

Anonymous said...

Tahniah WZ,

Diharpa dapat dilaksanakan dan bukan hanya proposal dan jika dilaksanakan tidak terbengkalai.
Bila dah terlaksana maka kena ada budget untuk operation dan support, kalau tak habis rosak infra macam bukit cahaya dan lain lain tempat. kena swastakan kepada yang betul boleh handle projek ni bukan kroni yg tangkap muat je tapi kalau kroni yg boleh buat kerja bisa diatur.
Tuan punasihat 20%. :)

Anonymous said...

satu lagi projek gajah putih baikkk...punya...

Anonymous said...

Aku pergi kat labu central caya gila ramai org kat situ... tapi cuma penduduk kg labu dan juga peniaga jee... kali ke 2 aku pegi dh banyak dh kedai yg tutup sebab xder org yg datang melawat. xlama lagi peniaga kat situ alamatnya gulung tikar laa...

Anonymous said...

Kenapa kena meyakinkan ye? Tak cukup yakin ke org ecer tu? Atau memang si pencadang dan si pembuat tu yang tidak meyakinkan..:)wallahualam

Anonymous said...

bila kerajaan buat sesuatu pembangunan,terus dituduh projek gajah putih, kerja nak menuduh dan syak wasangka sokmo penyokong pas ni, nabi ajar ke gitu?

usin malaun said...

tu semua projek penghulu zul,dompok dan pejabat tanah membuat projek bodoh yang menghabiskan duit rakyat.

Unknown said...

lg baik tanam getah or sawit buat mcm tnah pinggir or tnah rancangan untuk generasi kedua kg labu dn kg berdekatan. projek2 safari ke wildlife ke mengarut je. x kemane pun nti. ni nama dia projek ambik balak.

Unknown said...

Amende ke ni...pedooh belake

Unknown said...

Keje duk mmbazir xabis2

Anonymous said...

Aku sbgai anak jati kg labu terasa amat malu bila pengunjung dtg kesitu..takde menda pon..indah kabar dr rupa

Anonymous said...

Siannye org kg labu...projek gah2..tp penduduk???????...

Unknown said...

Sama la

Anonymous said...

Mungko handa...hampuraih...x jdi kemende..yg ada pon x bjaya....

Unknown said...

Mohd hirman ngn mezoh stuju sngt

Anonymous said...

Projek penghulu zul tu weh dasar bangsa indon mcm mana blh dapat jawatan tok penghulu.apa bangsat sangat ke org alor tembeling ni tiada yg layak jadi peghulu.dah la dtg pejabat pun payah asyik duduk embun jaya je tak masuk kerja.mkn la duit rakyat dgn dompok tu banyak2 mati nanti tahu la langit tu rendah ke tinggi.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...