Tuesday, April 29, 2014

WZWH Jawab Utusan Malaysia Isu Status Projek Jalanraya Ulu Tembeling terkini

WZWH tidak tahu apa motif dan tujuan Utusan Malaysia memapar isu status Projek Jalanraya Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi yang sejauh 22km bernilai RM121 juta tanpa merujuk dan bertanya  kepada pihak-pihak yang berkenaan perkara yang sebenar.

Sila baca artikel Utusan Malaysia bertarikh 29 April 2014 di bawah:



WZWH imbas kembali Lawatan DSD Adnan Yaakob MB Pahang ke Kg Pagi pada 27 Oktober 2013 berdasarkan utube...dan  sila klik posting WZWH ini




Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 sepanjang 22km dengan kos RM121 juta dari Kg Tuit ke Kg Pagi adalah usaha bersungguh Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang bagi membina infrastruktur yang dijangka siap pada 2014.

Bukan itu saja seterusnya....

  • Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling sejauh 40km bernilai RM310 juta
  • Projek Jalan Ulu Tembeling - Kg Pasir Raja Terengganu sejauh 50km bernilai RM400 juta
  • Projek Jalan Sg Lembing-Jerantut sejauh 40km bernilai RM300 juta



















DSD Adnan Yaakob MB Pahang dan ADUN Tahan banyak memerah otak memikir bagaimana mahu memajukan negeri Pahang Darulmakmur ini.

Berkenaan dengan kedua-dua artikel Utusan Malaysia di atas...WZWH sangat memahami permasalahan dan perkara-perkara berbangkit terutama kehendak orang Ulu Tembeling.

Projek Jalanraya Ulu Tembeling Fasa 1 itu telah Kementerian memberi tarikh 30 Jun 2015 sebagai dateline untuk menyiapkannya.

WZWH telah bertanya kepada Consultant dan Kontraktor berkenaan Project Management status projek ini bila boleh siap?

Jawab mereka hujung tahun 2014 siap Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 ini siap dengan tar sekali.

WZWH ulangi hujung tahun 2014...

Final Date Projek ini sebenarnya yang telah diluluskan oleh Kementerian ialah pada 30 Jun 2015.

Bererti ada tambahan 6 bulan lagi.

WZWH tidak suka bila Utusan Malaysia mengeluarkan kenyataan...

...harapan penduduk Kampung Pagi untuk melihat jalan raya seperti dijanjikan berkecai kerana sehingga kini tiada gambaran sebenar bila ia dapat disiapkan.

WZWH ingin bertanya kepada Chief Editor Utusan Malaysia sejak bila Akhbar Rasmi kerajaan dan parti UMNO ini sudah berperanan macam akhbar Harakah suka tulis artikel tanpa mempunya fakta-fakta yang punya credibility... tidak berfikir dengan matang secara politik apa implikasi dan kesan dari artikel-artikel yang ditulis memberi persepsi negatif...

WZWH ingin menegaskan kepada Utusan Malaysia bahawa ada banyak lagi projek-projek pembangunan dan Visi di Lembah Tembeling yang tidak boleh difikir, digambarkan dan dibayang oleh Utusan Malaysia.

WZWH tidak peduli siapa tokoh dan ahli politik di belakang Utusan Malaysia...

Jangan hanya pandai bercakap tapi tidak ada memberi sumbangan dan usaha.

Jangan cuba menghalang agenda yang dirancang, diusaha dan diimplementasikan.

Membujur Lalu Melintang Patah.

7 comments:

usin malaun said...

dah puas org tempatan merasai kesusahan dan keperitan hidup bukannya mcm org luar.kita tunggu la 6 bulan lg wahai org kg pagi siap ke tak siap jalan tu.bkn apa aku takut jalanraya ke kg pagi terbengkalai mcm jalan jerantut ke maran dan jerantut ke benta.bkn apa WZWH mengeluarkan kenyatan berapi2 yg peruntukan menyelesaikan jalanraya terrbengkalai dah keluar tp tak juga selesai2.yang selesai ialah balak aje yang jalan.

Anonymous said...

Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.
Lambat pula rasanya PRU 14 ni.. :P

usin malaun said...

kalau Jabatan Audit Negara yg kelurkan kenyataan tak payah nak berdolak dalik la WZWH yang jalan ke kg pagi dah telewat dan tidak mengikut jadual.Banyak lg Projek yang terbengkalai perlu dirujuk ke Jabatan Audit Negara serta SPRM kerana duit ini bkn duit WZWH,Usin Gampang Gila dan kutukan dewata dewale.

Anonymous said...

PRU14 nanti dapatlah tu.

Anonymous said...

Aku rasa dia dengki ada org dapat untung dari pojek 22km bernilai RM121 juta tu. It is not a matter of principle, it is a matter of money.

Anonymous said...

Inshaallah hujung tahun ni siap jalan tu.Orang luar yang tak pernah lalu jalan ni boleh cakap saja tanpa tahu perkembangan pembinaan jalan ni.Sekarang ni jalan asas dah nak sampai pun ke kg.pagi.Buat masa ni tumpuan ialah menambun bukit 7 minit setinggi 40 meter.Dari kuala tahan ke kg pagi sekarang pun 30-40 minit sahaja.

Anonymous said...

Sape-sape yang tak pernah tengok projek ni sila datang ke kg pagi.tengok setinggi mana bukit dan jurang yang nak diteres dan ditambun untuk membentuk jalan asasnya.Puncak bukitnya sahaja melepasi paras 3 pokok tualang.begitu juga dengan jurang dan gaung yang dalam mencecah lebih 40 meter.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...