Thursday, April 3, 2014

Kg Labu Dapat Masjid Baru Dan Surau Baru



















Masjid Kg Labu Tembeling Tengah tidak selamat untuk digunakan bagi kegiatan ibadah sembahyang Jumaat dan lain-lain struktur bangunan sudah uzur. Masjid perlu dibaik pulih.

Pada masa ini surau di Kg Jong Berlaboh digunakan untuk sembahyang Jumaat oleh penduduk. Menurut YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan peruntukan RM200,000 tidak mencukupi. Beliau cuba untuk mencari peruntukan tambahan.

Masjid Kg Labu didirikan di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh arwah Wan Razak Wan Latif iaitu bapa kepada ADUN Tahan untuk  penduduk Kg Labu. 



















Baru-baru ini semasa lawatan ECER ke Labu Sentral, DUN Tahan, Dato’ Jebasingam Issace John CEO ECER telah bertanya kepada Encik Hamdan Ismail Tok Empat merangkap Ketua UMNO cawangan Kg Labu dan AJK UMNO Bahagian Jerantut yang kebetulan Pengerusi Biro Agama tentang surau Kg Labu yang bersebelahan Labu Sentral bolehkah diguna untuk sembahyang.

Encik Hamdan Ismail menyatakan surau Kg Labu tidak boleh digunakan kerana banyak kerosakan dan merbahaya kepada jemaah.

Dato' Jebasingam Issace John bersetuju untuk membaikpulih surau Kg Labu melalui peruntukan ECER. Beliau mahu pelancong yang beragama Islam boleh menunaikan ibadat di surau itu ketika mengunjungi Labu Sentral.

WZWH kira Kg Labu sungguh bertuah kerana tidak lama lagi boleh dapat masjid dan surau baru.



















WZWH pun tersentuh hati walau Dato' Jebasingham Issace John seorang Kristian tapi beliau prihatin kepada tempat ibadah orang Islam.

5 comments:

Anonymous said...

Beruntung orang kg Labu. Tak macam orang Pulau Tawar Apa pun tak dapat, Yang Umno tidak berfungsi, Yang Pas kerja nak bangkang belaka, penyudahnya satu habuk pun tak dapat.

Anonymous said...

Anon 3:31am..kerja orang umno buat surau/masjid..kerja org pas mengajak orang pergi masjid. Ini beza antara umno dgn pas...
Orang umno kadang2 mintak projek kat kg2 bukan kerana keperluan tapi lebih kpd faktor nak bermegah.."orang lain ada masjid kita pun nak masjid, org lain ada dewan kita pun nak dewan"...tapi penggunaan bangunan yg dibina menggunakan duit orang ramai ini tidak sebagaimana sepatutnya.
Apabila masjid tak ramai yang org dtg berjamaah maka geng2 umno mula menyalahkan org pas kononnya pegawai masjid terdiri drp orang2 yg pro pas dan kuliyah yg diatur berbau pas.

Orang umno lebih suka klu setiap masjid cuma berkuliyah bab solat dan taharah..bab syiasah, bab muamalat, bab hudud qisas tazir tak payah sebab ini cerita politik pas...
Maka tinggalah masyarakat dlm keadaan kejahilan..miskin.

Anonymous said...

orang pas nak bangkang belaka, benda molek pun bangkang, bangkang selagi terdaya. bila berdepan dengan dap semua pas setuju belaka

Anonymous said...

memang patut bangkang pun banyak pekara yang tak molek dari molek.tengok jalanraya dah muka mcm dompok berlubang sana sini tu semua disebabkan lori bijih dengan balak dompok yg punya.tengok air sungai pahang tak pernahnya jernih.loji air batu embun tu selalu ditutup disebabkan tahap pencemaran dan kotoran yang melampau tu semua menyusahkan rakyat untuk menjalankan kehidupan seharian.dah lah kena penipu di puaka2 umno tu wehhh.jangan la jdi bangsat dibumi sendiri.

Anonymous said...

balak dan lombong bijih dompok punya?bukanlah! ahmad albab yang punya.bodoh punya tuduhan! yang tuduh tu orang mat lan MP.ini ajelah keje orang mat lan! nak buat macam dompok tak mampu sebab bodoh tak berakal! jadi cari ajelah buruk dompok!low class punya pengikut mat lan!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024