Wednesday, April 16, 2014

Untuk Siapa Harta Karun Kesultanan Melaka Mahu Diserah?

1511 Portugis menyerang Melaka...

Lebih 100 tahun Melaka membangun menjadi bandar pelabuhan termaju di dunia.

Sultan Mahmud yang ke8 dan terakhir memerintah Melaka. Posting ini tidak mahu bicara dari aspek politik dan sosial tapi lebih dari aspek ekonomi.

Berapa nilai harta kekayaan Kesultanan Melaka yang terakhir? Di mana harta karun itu?

Ramai ahli sejarah Portugis kata tidak banyak dapat diambil, banyak harta kekayaan itu 'hilang' dalam ertikata lain dibawa lari oleh Sultan dan pembesar-pembesar serta dibantu oleh rakyat.

Di mana harta karun itu? Di Melaka, di Pulau Nangka, Di Johor, Di Pahang, Di Gunung Tahan, Di Riau?

Selepas lebih 500 tahun harta kekayaan itu mahu ditimbulkan...

Untuk siapa harta karun Kesultanan Melaka mahu diserahkan?

Kerajaan Melaka moden, Kerajaan Johor, Kerajaan Pahang, Kerajaan Perak, Kerajaan Sumatera Indonesia?

Dari catatan sejarah....


Dari Eredia, Royal Portuguese cosmographer dan Gohindo Da Eveda orang kanan Alfonso d' Albuquerque...

Kapal Flor De La Mar belayar dari Melaka mahu balik menuju ke Portugal pada November 1511 membawa harta rampasan perang Kesultanan Melaka yang sempat dijarah telah karam di Selat Melaka Utara Sumatera pada malam hari ribut...


Kedudukan log route kapal Flor De La Mar yang karam.

Apa harta karun Sultan Melaka yang dibawa?

1. Perempuan-perempuan penenun kain 
2. Anak-anak perempuan Bangsawan Melaka
3. Tiang-tiang Istana yang dihias dan di lepa dengan emas dan perak 
4. Tandu gajah Sultan Melaka yang disepuh emas 
5. 60 Tan Emas barang kemas 
6. Meja berkaki emas 
7. Gelang Sakti Nakhoda Beego 
8. 6 Singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina 
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah 
10. Baju-baju berkain baldu dan sutera 
11. Mangkuk-mangkuk perak 
12. 2 pasu besar 
13. perabot-perabot indah.... 
14. 200 kotak berlian, delima, zamrud dan nilam.

Nilai harta-harta rampasan ini sekarang ini bernilai USD3 bilion.

Semua harta-harta ini karam bersama kapal Flor De La Mar tenggelam ke dasar laut Selat Melaka.

Harta Karun Di Pulau Nangka Milik Sultan Mahmud Menurut Sejarah Portugis.


Ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan dalam bilik-bilik bawah tanah dari struktur batuan keras oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud bernilai USD berbilion-bilion lagi.

Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan.

Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda.

Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu.

Apa yang mereka cari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.

Beliau menulis: “Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan).

“Gabenor (Alfonso d’ Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut.

Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat kerana istana itu sudah hangus terbakar.”

Untuk siapa harta karun Kesultanan Melaka mahu diserahkan?

Bolehkan harta peninggalan Kesultana Melaka ini dapat dirungkai dan diserahkan...?

5 comments:

Anonymous said...

Harta negara yang ni bukan untuk dijual. Kalau dah namanya rampas dari melaka, pulang kat melaka lah.

Unknown said...

Cari kat pulau nangka mane la nak jumpe.. lain tempat cari lain tempat simpannye, hihihi...

Unknown said...

Cari kat pulau nangka mane la nak jumpe.. lain tempat cari lain tempat simpannye, hihihi...

Unknown said...

Lojiknya emas dan bijih timah dilombong besar besaran oleh buruh buruh China yg dibawa Inggeris pd sekitar 1800 an.Maybe emas dan besi time itu diimport dr China.harta karun Mungkin tenggelam di perairan negeri Siam atau disembunyikan di sana.

Anonymous said...

Penipu la portugis ni. Sebenarnya harta sultan melaka semua dah disapu bersih dan dibawak balik ke portugal. Kerajaan portugal tak mahu rakyat malaysia menuntunt harta tersebut, jadi buat cerita tak dapat harta. Tujuan istana sultan dibakar untuk lenyapkan sejarah melaka dan menghilangkan semangat juang rakyat melaka.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...