Sunday, April 20, 2014

Industri Ternakan Lebah Madu DUN Tahan Fasa Implementasi



Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Dato' Zainal Dahalan menyampaikan sumbangan tong induk lebah madu kepada penduduk Kampung Pagi Ulu Tembeling, Jerantut hari ini.

Perternakan lebah madu moden guna hive untuk mendapatkan madu dan produk lain seperti lilin lebah, propolis, royal jelly dan debunga. Paling penting aktiviti penternakan lebah adalah untuk proses pendebungaan terutamanya buah-buahan dan tanaman makanan yang lain. 

Kawasan aktiviti memelihara lebah dipanggil apiari. Di Malaysia kita tidak banyak punya kawasan apiari kerana aktiviti penternakan lebah madu pada tahap rendah.

Di DUN Tahan Jerantut sangat sesuai diusahakan industri ternakan lebah madu kerana kawasan pedalaman Pahang dikelilingi oleh hutan Taman Negara dan ada banyak kampung-kampung tradisional.

Walau pun orang Tembeling lebih suka madu lebah tualang memandangkan adalah sukar mendapat bekalan kerana kekurangan lebah madu tualang dan lebah liar ini tidak boleh diternak maka industri ternakan lebah madu boleh diusahakan sebagai sumber pendapatan.

WZWH menyanjung tinggi dan memuji usaha pihak LPP yang berusaha mahu industri ternakan lebah madu di kampung-kampung tradisional dalam DUN Tahan. Ini ialah implementasi asas kepada pengenalan industri ternak lebah madu. 

Diharap orang-orang kampung dengan bantuan teknikal dan kepakaran pegawai pertanian dan peladang dapat membantu mengembangkan industri ini ke peringkat yang lebih maju.

WZWH telah menulis posting berkenaan ternakan lebah madu di DUN Tahan sebagai sumber alternatif ekonomi orang kampung  sila klik:



5 comments:

Anonymous said...

Madu pulak dah

Anonymous said...

Sesungguhnya otak Wzwh mmg jenis maju 10 tapak ke depan, tgok hidroelektrik tekal, safari park taman negara, dan yg terbaharu pasal madu lebah. Kalau tak dapat jadi ahli parlimen penggal akan datang taktahu nak cakap la, mat lan konpem tak dicalon dah sbb buat pengurusan umno jerantut mcm bapak dia punya je. Lantik org pekan kalah bertanding, lantik dato shaharudin yg bukan ahli umno, lantik plak org gombak yg muflis. Ini semua buat org lama umno jerantut marah belaka. Cuma aku nak pesan, SPRM sedang berkampung di jerantut. Wait n see ya.... Wakakaka

Anonymous said...

Kalau puak wan jd mp lagi haru,g ke kubur ziarah org mnggal pun pelok tubuh je,baik tak payah,jhanam,sombong angkuh

puak wan yang tak ada wan. said...

tugas MP bukan gali kubur, bodoh!tugas MP bawak pembangunan ke kawasan parlimennya! mangkuk bodoh ni hina keturunan orang apa cerita?keturunan kau tu baik sangat ke?

baik buruk orang bukan kerana keturunan.ramai juga puak wan yang baik.jadi maulana berapa orang?jadi yb berapa orang?jadi imam berapa orang? kalau tak suka kat wan mizan pun jangan hina keturunan orang! keturunan awak dulu makan biawak jangan awak tak tahu!bodoh!

Anonymous said...

Hahaha,marah,lagi terang dan nyata,ni bkan masalah kutuk keturunan,tp hakikat,cuba sape2 di sini g ke kubur bila ada kematian,nak mencari org menggali kubur pun susah sebab mereka ni terasa dirinya tinggi sgt martabat sampai nak pegang cangkul pun jijik,tangan berpeeluk tubuh atau tangan menghisap rokok dan merasakan kerja tu orang kampung je patut buat

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...