Sunday, April 6, 2014

Menteri KJ Luluskan Peruntukan RM1.6 juta Menaiktaraf Padang Bola Dan Gelanggang Futsal Kuala Tahan

YB Saudara Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam lawatan ke DUN Tahan bersama Program Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di Rainforest Resort telah bersetuju meluluskan permohonan peruntukan menaiktaraf padang bola awam Kuala Tahan dan membina gelanggang Futsal baru.

Menurut sumber, permohonan itu dari belia dan masyarakat Kuala Tahan dan Kg Padang yang dibawa oleh Encik Ramlan bin Mat Amin (@ Farouk) Ketua Pemuda UMNO Kg Padang merangkap AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Kelulusan permohonan itu telah dimaklumkan kepada YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan.




















Tahniah kepada Saudara Ramlan bin Mat Amin (@ Farouk) AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang sungguh prihatin kepada keperluan orang muda di Kuala Tahan. WZWH harap ADUN Tahan cepat followup kelulusan peruntukan RM1.6 juta itu untuk menaiktaraf padang bola awam dan membina gelanggang Futsal dengan segera.

Kemudahan ini sudah tentu melega dan menyenangkan para belia Kuala Tahan yang aktif dan berbakat dalam permainan bolasepak dan untuk kegiatan riadah masyarakat Kuala Tahan.



















YB Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia berucap dengan penuh semangat menaik moral dan motivasi di hadapan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di Dewan Janing Rainforest Resort, Kuala Tahan.

Di Kuala Tahan, Jerantut, KJ lebih bersemangat berucap kerana ini tanah pahlawan Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Pawang Nong dll serta tanah berdaulat Lembah Tembeling.

Sebelum itu KJ telah meninjau Projek Kompleks Sukan Jerantut yang bernilai RM12 juta diiringi oleh pemimpin-pemimpin  UMNO Bahagian Jerantut.



















KJ diiringi KP Pahang Saudara Shahruddin Ahmad dan kepimpinan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan serta AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut ke padang bola awam Kuala Tahan.



















KJ di sambut oleh belia Kuala Tahan di padang bola.



















KJ bergambar kenangan bersama Team Bolasepak Kuala Tahan FC, dan pemimpin Pemuda UMNO Pahang dan Jerantut.



















KJ santai bersama kepimpinan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di Rainforest Resort Kuala Tahan.

WZWH mengucapkan terimakasih kepada YB KJ Menteri Belia Dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam rangka lawatan kerja ke Jerantut dan DUN Tahan.

Kuala Tahan ke Kampung Pagi
Singgah mandi di Jeram Dedari
Terima kasih daun keladi
Untuk semua kami  bersedia jumpa YB lagi

ADUN Tahan tidak dapat hadir kerana di sebelah pagi menghadiri Majlis Anugerah Bintang dan Darjah Kebesaran di Istana Abu Bakar, Pekan dan pada sebelah petang pula menghadiri Kejohanan Golf Tengku Muda Pahang bersama Pemimpin dan Pegawai Kerajaan Pahang di Maran.

8 comments:

Anonymous said...

Sapa dapat projek juta juta tu..

Anonymous said...

Kat Feri dengor cete akan bangunan kedai 30 pintu...

usin malaun said...

projek rumah kos rendah bila nak disediakan pulak.dah berganti penggal dompok duk cerita tp habuk pun tak ada.takkan dah beranak pinak pun nak duduk rumah org tua.tak tau la plk org2 kuala tahan nak duduk padang futsal.patut la farok banyak tanah dia pandai membodek habis adik beradik dia dapat.adik beradik yg dapat rumah felcra sewa kat org lain patut la felcra tak boleh ambil tindakan.

usin gampang said...

husin malaun RBA!dalam otak dia tak lalu yang positf!kerja malas,semua benda nak free.nak rumah cari duitlah malaun!

Usin malaun said...

lain kali jangan bejanji.apa yg free usin gampang masuk jamban pun bebayar.Masalah aku ada rumah sendiri tp org kampung yang dijanjikan masa nak PRU bkn main manisnya.Masih ramai yang beranak pinak tp masih menumpang dirumah sendiri.dah berapa penggal tanah2 kuala tahan dompok aje yang sapu.kalau memberi tanah tapak rumah boleh la rakyat memohon rumah mesra rakyat.

Anonymous said...

Kalau bukan menipu bukan umno bn namanya,nak buat projek ikan sturgeon mesti kena sogok pdang futsal cikit,nila org kotahan bodoh,yang muda bawak ke hulu sungai kena tipu ajela

Anonymous said...

Kenapa dema sayang sgt kt umno ni,orang bandar terang terang tolak umno,kerja dema fitnah anwar lepastu politik air dalam tv,aku pun heranla,takkan anak muda tak boleh fikir najib menaikan kos sara hidup rakyat tp masih lg nk nyokong,bodoh orang ngundi bn

Usin malaun said...

usin gampang byk dapat projek tu yg duk menyokong sangat puaka2 umno.org kampung merana mana taknya kos sara hidup tinggi tp harga getah dan kelap sawit sangatlah rendah.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...