Wednesday, April 9, 2014

FB Penternakan Ikan Sturgeon Di Kuala Tahan


Ini Facebook namanya Penternakan Ikan Sturgeon Di Kuala Tahan. Tujuan FB ini ditubuhkan untuk memberi maklumat yang sahih kepada orang ramai tentang faedah penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan sila klik sini.

FB ini menerangkan apa itu ikan sturgeon. Telur ikan itu yang dipanggil kaviar dan harga yang sangat mahal membuatkan perniagaan ini mendatangkan hasil yang lumayan.

Dasar negara tentang penternakan ikan sturgeon. Kenapa pemimpin tertinggi negara dan pemimpin korporat @ GLC dan pelabur menyokong penuh projek ini.

Kenapa penternakan ikan sturgeon dipilih untuk menaikkan ekonomi generasi baru peneroka dan kampung tradisional.

Penternakan ikan sturgeon di Felda dan Jerantut. Kenapa pilih Kuala Tahan dan Kg Perlok di Jerantut sebagai projek perintis berskala besar dan berteknologi tinggi.

Kalau mahu tahu maklumat dan info yang sebenar kena tengoklah FB ini.


Jika tidak dapat maklumat yang sebenar maka senang dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang mahu menentang projek ini atas sebab tidak mahu melihat masyarakat beroleh kebajikan.

FB Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan menjawab kemusyiklan Q n A tentang projek ini.

Orang kampung mudah faham.

Pecinta alam mudah mengerti projek ini tidak menganggu alam sekitar dan sistem ekologi flora dan fauna.

Pelancong lebih berminat mahu mengenali proses penternakan ikan sturgeon ini.

Pemimpin masyarakat dan masyarakat serta pengundi boleh mengenali yang mana yang bathil dan yang hak.

Hanya jauhari yang boleh mengenal manikam.

Kejahilan yang perlu dibasmi untuk mengilap ketamadunan.

Jelawat, Kelah, Patin tidak perlu cemburu kepada Sturgeon.

Ini empat madu ikan yang terbaik bagi Lembah Tembeling!

12 comments:

Usin malaun said...

kenapa spesis ikan yang diharamkan dibawa masuk ke malaysia dihalalkan oleh puaka2 umno semula untuk membawa spesis pemangsa masuk ke negara kita.tidak kah kita berfikir secara rasional dan kepentingan habitat semulajadi di masa akan datang.ini lah kerja bodoh dompok dah lah merosakan alam semuljadi dgn pembalakan yg berleluasa dan ingin menambah ke spesis ikan pemangsa pula.itulah kalau kita memilih pemimpin yg tak lulus SPM.

Anonymous said...

Komen pakai ilmu bro.. Sebelum bukak mulut tu tengok dulu tingkah laku dan jenis pemakanan ikan sturgeon ni. Komen kau mengingatkan aku kepada bantahan terhadap pengenalan spesis mekong giant cat fish yang merupakan pemakan algea di tasik kenyir kerana takut akan mengancam ikan tempatan. Pemakan algea.. Dengan kadar pembiakan yang rendah. Dibantah. Tapi ikan siakap air tawar pula dilepaskan. Cuba kau kaji balik golongan "puaka" mana pula yang lepaskan ikan siakap ni. UMNO ke golongan penyokong parti yang takkan dapat dosa tu. Cuba kaji dalam2 sket...

Anonymous said...

Jangan hanya pandai membangkang sahaja. Yang baik perlulah disokong kalau tak baik tu berikan cadangan dan kalau bagus sangat buat lah yang dirasakan baik tu. Jangan hanya cakap jee dengan modal air liur sahaja.
Kalau teringin nak memerintah tu kepala hotak tak boleh jadi macam pembangkan je kena tune kepala tu sebagai pemerintah baru la tahu susah senang melaksanakan sesuatu projek.

Anonymous said...

Tak abis2 kroni umno nak bahan duit rakyat,dengan kos lagi,cukupla dema bahan projek2 bangunan,jalanraya wei,ni hutan untuk rakyat untuk org kampung,sungai mngalir elok2,kenapala ada lagi orang mnyokong umno ni,dema dah tau tempat pelancongan memang laghonya arak dadah berleluasa tula sebab dema berani buat kat sini,sogok cikit sorang buat liga kampung ada kugiran senyapla org kotahan ni,budo amat,tau dah tak akan ada bantahan

Anonymous said...

Patutnya pahang tumpu pada ladang sawit. Bukak ladang baru isi peneroka.. Di pahang kilang proses sawit bersepah. Tuhan jadikan bumi pahang ni sesuai untuk bercucuk tanam. Kalau di eropah tu boleh tanam sawit rasanya sungai yg ada sturgen pun diorang kambus. Alih alih kita pulak nak besusah payah bela ikan yg memang terkenal leceh dan lambat matang..

Pelaburan bukanya sikit ratus ratus juta. Oh tuhan.
Kenapalah pemimpin di pahang ni BODOH POHPALE.

Anonymous said...

Bukan pemimpin yang bodoh,tp yg memilih bodoh dan bangang abadi,anak muda kotahan tun sampai tido dlam bot rumah takde,tak pulak dema sedar lagi tu,memang betul la orang kata,tempt plncongan memang lagho

Anonymous said...

memang pon org kotahan bodoh.minum kuat dgn berjudi kuat biar pun tak berumah.dompok campak seringgit dua dgn buat kejohanan bola suka sakan.bangsa sakai sebab tu bodoh.tgok dompok bkawan dgn amynor di kotahan tu.dah la mabuk todi mcm tu kawan dompok.nampak sangat dompok tak cerdi.

Anonymous said...

Aku rasa lepaskan saje specis tempatan Jelawat, Kelah dan Patin kedalam kolam Sturgeon tu. Biar dibalo ikan2 jerantut tu oleh Sturgeon luar negara. Bila bertelor nanti mesti lawa punya telor kacukan ini. Boleh la kita gelar telor2 ni dengan nama Carvlawat,
Carvlah dan Carvtin yg sungguh glokal tu. Nanti ramai pelancung akan datang tengok orang Jantut makan telor atas biskut hasil usahasama yg hebat ni. Ekonomi mesti naik punya. Jgn suka komen saje tp tak kreatif
lansung. Tin outsheikh the bog. Cakap omputeh sikit.

Anonymous said...

Jangan adatangan gatal lepaskan dalam Sungai Pahang dah la..

Anonymous said...

Jangan adatangan gatal lepaskan dalam Sungai Pahang dah la..

Anonymous said...

Kalau libatkan kos yang besar kerajaan akan lepas tangan je nanti,usaha tak menjadi,orng yg keja x di byar gaji,mesti ada sikit hati mau lpaskan mrh,tak mustahil diaorang akan lepaskan ke sungai tembeling,umno mana ada fikir semua ni,janji kroni memegang hasil negara,sedang hudud boleh suruh orang hina dengan buat drama,nila kerja umno sampai mati,kalau tak terima dahla rosak akidah,ni sanggup upah macai berlakon,nk kutuk kelantan kutukla,tapi agama janganla main main

Anonymous said...

aku rasa lebih baik membuat pembukaan felda atau felcra itu lebih relevan dari projek ikan ni.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...