Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh Dalam Kenangan RIP...



Malaysia kehilangan seorang ahli politik dan peguam yang hebat...

Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (28 Jun 1940 - 17 April 2014), ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau merupakan bekas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.

Beliau yang berusia 73 tahun, dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu sebutan semula kes mahkamah sewaktu kemalangan itu berlaku. Beliau bersama rakannya Michael Cornandez dan dua penumpang lain termasuk anaknya Ram karpal menaiki jenis kenderaan Toyota Alphard, dipercayai telah berlanggar dengan sebuah lori sebelum hilang kawalan di Perak.

Mendiang Karpal Singh diingati dalam dua perkara:

Pertama beliau sepatutnya menjadi atau dilantik Menteri Undang-Undang kerana kemahirannya berhujah dalam undang-undang.

Kedua beliau adalah pejuang mempertahankan dasar sekular perlembagaan negara. Majoriti peguam dan komuniti perundangan tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah supreme law. Tidak ada siapa yang boleh mengubah Perlembagaan.

Kerana itu Malaysia aman dan stabil kerana ada Perlembagaan.

Perlembagaan Malaysia adalah sekular tidak boleh diubah. Namun Islam sebagai agama rasmi dan hak-hak istimewa kedudukan Raja Melayu, Orang Melayu dan Bahasa Melayu PUN TIDAK BOLEH DIUBAH.

Berunai boleh melaksanakan hudud kerana Sultannya adalah 'absolute monarchy' boleh mengubah perlembagaan atas kuasa mutlak Raja.

Sultan dan Raja di Malaysia adalah constitutional monarchy-Raja Berpelembagaan.

Ahli-ahli parlimen seramai 222 orang itu pun TIDAK BOLEH MENGUBAH Perlembagaan.

Ya ahli parlimen boleh meminda dan membuat undang-undang, ordinan dan akta tetapi mereka semua tidak mampu mengubah Perlembagaan Persekutuan.

Raja pun tidak boleh mengubah Perlembagaan Pesekutuan.

Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diubah melalui revolusi jalanan dan anarki.

Rakyat Malaysia seramai 28 juta tidak akan mengambil risiko mahu menghuruharakan negara.

3 comments:

Anonymous said...

Siapa lagi yang akan meneruskan legasi anti Melayu dan Islam mamat ni lepas ni?

Anonymous said...

mengapa nak di agung agungkan Bai ni, dia tahu kes nuar, kenapa dia membela seorang peliwat, dia tahu anwar memburukkan Negara mengapa dia menyokong, dia putar belit fakta kerana nak selamatkan anwar orang yang dia lawan semasa anwar dalam kerajaan, orang yang tidak credible ini, tidak ada integrity ini hendak di sanjumg?,,dia tahu perlembagaan, dia tahu undang undag tubuh negeri, mengapa buat tak tahu, ini credible ke, ada integrity ke...Tanya lah diri sendiri...."musuh islam akan terus menentang islam sehingga kamu mengikut mereka".. pahamkan maksud ayat akhir tu..

Anonymous said...

Rip,rest in peace,t telah difatwakan tidak boleh diguna oleh org islam. Krn ia diguna dlm kristian. Be carefull bos wan. Buka web majlis fatwa kbgsaan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024